Jangan Pendam Sendiri: Kesihatan Mental dalam Perspektif Islam
Kesihatan mental penting, dan Islam menekankan penjagaan jiwa selain ibadah zahir. Dalam menghadapi tekanan, jangan pendam bersendirian.
Mendapatkan bantuan bukan kelemahan, tetapi usaha bijak menjaga amanah diri.
Ramadan telah berlalu, namun peluang meraih ganjaran luar biasa masih terbuka luas.
Jangan lepaskan peluang berpuasa 6 hari di bulan Syawal, amalan ringan, tetapi ganjarannya seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.
Para salaf dahulu, mereka berdoa kepada Allah selama 6 bulan agar dipertemukan dengan Ramadan.
Kemudian mereka berdoa lagi selama 6 bulan berikutnya agar Allah menerima amalan mereka di bulan Ramadan.
Begitulah tingginya pengharapan mereka. Moga Allah terima segala amal ibadah kita dan mempertemukan kita lagi dengan Ramadan yang akan datang. Amin ya Mujib.
Ramai ulama berpendapat malam ke-27 Ramadan antara malam yang paling kuat kemungkinan berlakunya lailatulqadar.
Jangan lepaskan peluang.
#ustazwadiannuar
Alhamdulillah tengah scroll2 terjumpa video ni. Semoga bermanfaat buat kita semua hendaknya. Marilah kita sama-sama perbaiki bacaan Al Fatihah kita ๐ฅบ
Dajjal akan muncul dari arah Khurasan.
Dia akan disambut oleh 70,000 pengikutnya daripada kalangan Yahudi Isfahan, Iran.
Fitnah akhir zaman pasti akan berlaku.
Itulah janji Nabi ๏ทบ yang benar.
Jangan tinggalkan Surah al-Kahfi. Semoga kita semua berada dalam lindungan Allah.
Ayat Kursi bukan ayat biasa. Rasulullah SAW menyebutnya sebagai ayat paling agung dalam Al-Quran.
Dr. Kamilin Jamilin menjelaskan, Ayat Kursi berfungsi sebagai pelindung mutlak daripada gangguan syaitan jika diamalkan dengan betul.
Antara fadhilat yang sahih:
Dibaca sebelum tidur, syaitan tidak mampu mendekati hingga Subuh
Dibaca pagi, dijaga hingga petang
Dibaca petang, dilindungi hingga pagi
Dibaca setiap selesai solat fardu, tiada penghalang ke syurga kecuali kematian
Ini bukan soal mistik. Ini soal tauhid, keyakinan dan istiqamah.
Jadikan Ayat Kursi amalan harian. Kerana perlindungan sebenar datang daripada Allah, bukan tangkal atau ritual pelik.