Jom Meriahkan Grand Finale PRN Johor 2026! 💙
Ayuh bersama kita hadir memeriahkan Grand Finale PRN Johor 2026 sebagai tanda sokongan kepada perjuangan demi masa depan Johor yang lebih baik.
MARHABAN YA RAMADHAN
Bulan Ramadan yang mulia kembali menjelma, membawa seribu keberkatan dan peluang untuk kita memperbaiki diri serta memperkukuh hubungan sesama insan.
Semoga kedatangan bulan penuh rahmat ini menjadi medan untuk kita meningkatkan amalan.
INFAQ DANA PEMBANGUNAN KOMPLEKS PAS JOHOR
Sabda Nabi SAW: "Apabila mati seorang manusia, terputus daripadanya amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dengannya atau anak soleh yang mendoakan baginya". (Hadis riwayat Muslim)
PAS Johor Menyokong Penuh Titah DYAM Pemangku Sultan Johor
PAS Negeri Johor menjunjung kasih dan menyokong penuh titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor, berhubung kebimbangan mengenai kesesakan lalu lintas.
🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-68 🇲🇾
31 Ogos tanggal keramat yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia dalam semangat kemerdekaan.
Namun, selepas 68 tahun, benarkah kita sudah benar-benar merdeka? Merdeka dari penjajahan fizikal, ya.
ULASAN AWAL RMK13: ANTARA ASPIRASI & REALITI PELAKSANAAN
RMK13 dibentangkan pada saat Malaysia menghadapi pelbagai cabaran, terutama pertumbuhan global yang perlahan, ketidaktentuan geopolitik, beban kos sara hidup, peralihan tenaga & realiti negara menua menjelang 2030.
1/n
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor ingin mengajak semua bangsa Johor sama-sama memperingati Hari Hol Negeri Johor pada hari ini, 31 Julai 2025 bersamaan 6 Safar 1447H.
Sekitar Lensa Ceramah Masa Depan Malaysia di Pulai Sebatang, Pontian yang berlangsung di perkarangan rumah saudara Shamsudin Jaafar pada malam Ahad yang lepas.
Terima kasih kepada YB Ustaz Idris bin Ahmad atas kupasan dan membongkar pelbagai isu yang menarik.
Sabtu lepas telah berlangsungnya Himpunan Amilin Kebajikan PAS Johor 2025 yang diadakan di Kompleks Pendidikan Islam & Tahfiz Al-Hikmah, Kulai.
Turut diadakan Pelancaran Tabung Amilin PAS Kawasan Peringkat Negeri Johor dan Pertubuhan Kebajikan Dakapan Kasih Negeri Johor.
Minda Presiden PAS
NAMA NABI IBRAHIM AS DISALAHGUNAKAN BAGI JENAMA AJARAN SESAT
Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat yang menang dalam pilihan raya dengan sokongan Yahudi Zionis terus membantu negara haram Israel melakukan keganasan dengan semua jenis senjata secara bertali arus. Kini, dia berlagak menjadi pendamai yang menjadi topeng keselamatannya, dengan agenda perpaduan yang bernama agama Abraham bagi menyatukan tiga agama besar Yahudi, Kristian, dan Islam, kerana dikatakan sama-sama berasal daripada zuriat Nabi Ibrahim AS.
Terang lagi bersuluh bahawa meletakkan Islam dalam Abraham Accords (Pakatan Ibrahim) adalah satu penipuan yang halus bagi menyesatkan umat Islam.
Pada masa yang sama, mereka menubuhkan ‘pakatan Ahzab moden’ bagi bersama memerangi Islam. Tindakan tersebut diambil bagi mengelakkan kekalahan dalam menghadapi kumpulan Islam Palestin dan Republik Islam Iran yang dilabelkan sebagai golongan pengganas dan pelampau, padahal merekalah yang mengganas dan melampau, malah dapat disaksikan oleh seluruh pelosok dunia.
Malangnya, terdapat kalangan negara Islam dan Arab yang memisahkan antara dua kiblat; kiblat solatnya ke arah Kaabah (Rumah Allah) di Makkah, tetapi kiblat politik dan ekonominya ke arah White House (Rumah Putih) serta Bank Dunia (World Bank) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Washington, Amerika Syarikat yang memimpin pakatan Ahzab baharu.
Umat Islam menghadapi ujian dengan digoncang iman mereka. Ada yang beristiqamah, malah ada juga yang munafiq dan lemah imannya. Namun, majoriti rakyat umat Islam menunjukkan makin beristiqamah, seterusnya menunjukkan masa depan politik dunia ialah berpihak kepada Islam, yang tanah airnya masih ramai sumber manusia dan banyak sumber ekonominya yang perlu disatukan dengan perpaduan umat.
Serahkan masalah kekhilafan mazhab menjadi perbincangan para ulama’ yang tafaqquh fi al-din, bukan kepada orang awam yang jahil dan media yang terbabas mengikuti arahan musuh Islam bagi memecahbelahkan umat yang pernah menjadi agenda penjajah demi melemahkan umat Islam.
Baca selanjutnya:
https://t.co/S2sCPMOXk4
100 Tahun Tun Dr. Mahathir
Semoga Allah memberkati usia dan legasi ini.
Satu abad berlalu, namun suara dan fikirmu tetap segar di ingatan bangsa.
Dari perjuangan awal hingga kejayaan memimpin, Tun tidak pernah berhenti mencorak sejarah.
INFAQ JUMAAT
Tuan Puan, kita bukan sahaja berkongsi cerita, kita berkongsi perjuangan. Ini bukan sekadar halaman media, tapi suara hati yang menjerit keadilan.
DAULAT TUANKU
Merafak Sembah dan Menjunjung Kasih
Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah
Kepada
Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim
Pemangku Sultan Johor
INFAQ JUMAAT
Tuan Puan, kita bukan sahaja berkongsi cerita, kita berkongsi perjuangan. Ini bukan sekadar halaman media, tapi suara hati yang menjerit keadilan.
Minda Presiden PAS
ISLAM: KETETAPAN ALLAH YANG HARAM DICABAR
Kita masih berada dalam keadaan yang dipaksa oleh penjajah setelah jatuhnya kerajaan Islam. Kini, kita telah merdeka dan penjajah asing sudah pun keluar, sementara telah diletakkan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan. Maka, kedudukan perlembagaan dan undang-undang yang ditanam oleh penjajah yang masih tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan wajib dihapuskan.
Pada masa dahulu, para hakim veteran yang bijaksana seperti Tun Suffian Hashim, Tun Salleh Abas, Tan Sri Harun Hashim, Tun Ahmad Fairuz, Tun Abdul Hamid, dan lain-lain melakukan kebijaksanaan dengan merungkaikan yang tersirat tanpa merendahkan Islam, sementara perubahan tetap dilakukan.
Namun begitu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang didominasi oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan pengikut-pengikut mereka yang mempertahankan warisan penjajah cuba menegakkan kembali langkah sesat yang dilakukan oleh penjajah dahulu bagi merendahkan kedudukan Islam.
Ada kalangan yang mengaku Islam membawa pendekatan haddathah (pembaharuan) yang berjenama Islam dengan membawa perubahan cara Barat sebagaimana yang pernah dilakukan terhadap agama Yahudi dan Kristian atas nama agama. Mereka membawa pelbagai jenama dengan menempelkan bahasa al-Quran atau menempelkan Islam kepada perkataan bahasa penjajah. Cara ini diberikan amaran oleh Allah SWT:
“Maka, kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dia mengatakan, ‘Ini daripada Allah,’ (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka, kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa-apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa-apa yang mereka kerjakan!” [Surah al-Baqarah: 79]
Langkah biadap terhadap Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor juga ialah langkah mereka yang sumbang terhadap Islam.
Baca selanjutnya:
https://t.co/w4ROYgXIYL
Minda Presiden PAS
UMDAP MEMPERSUCI DAP
Kemenangan UMNO bersama DAP (UMDAP) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning tidak bermakna memberikan kesan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
SELAMAT HARI PEKERJA
Marilah kita bersama-sama menghargai segala jasa dan pengorbanan para pekerja di seluruh lapisan masyarakat.
Tanpa usaha gigih dan komitmen berterusan daripada setiap insan yang menyumbang dalam pelbagai sektor.