๐จ๐จKetua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan video rakaman kamera litar tertutup yang tular memaparkan detik-detik pemain Selangor FC, Muhammad Faisal Abdul Halim disimbah asid adalah benar.
20 JUL 26: MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa sejumlah RM8 juta dipindahkan daripada akaun FashionValet Sdn. Bhd. ke akaun milik 30 Maple Sdn. Bhd. menerusi dua transaksi berasingan yang dilakukan pada hari sama, iaitu 21 Ogos 2018.
Perkara itu disahkan Pengurus Khidmat Pelanggan CIMB Bank cawangan TTDI, Azizan Hassan, 45, yang memberitahu mahkamah hasil semakan terhadap penyata akaun syarikat 30 Maple menunjukkan wang berjumlah RM5 juta dan RM3 juta dimasukkan daripada akaun Public Bank milik FashionValet.
20 JUL 26: PELAKON Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad meluahkan rasa syukur dan lega selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskannya daripada tiga pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah.
Dalam sidang media sejurus keputusan mahkamah diumumkan, Zizie berkata, beliau kini hanya mahu meneruskan kehidupan seperti biasa dan memberi sepenuh perhatian kepada tanggungjawab membesarkan lima anaknya sebagai ibu tunggal.
20 JUL 26: MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan pelakon Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad daripada tiga pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah berjumlah RM2.8 juta yang dikaitkan dengan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.
20 JUL 26: KEGEMBIRAAN ribuan penyokong bola sepak meraikan aksi final Piala Dunia 2026 di Dataran Merdeka bertukar menjadi kekecewaan apabila lokasi ikonik itu dipenuhi sampah sarap sebaik program berakhir, awal pagi tadi.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu hantaran di media sosial meluahkan rasa sedih melihat keadaan Dataran Merdeka yang ditinggalkan dalam keadaan kotor selepas menjadi lokasi tumpuan orang ramai menyaksikan perlawanan akhir antara Sepanyol dan Argentina.
20 JUL 26: MALAYSIA menyasarkan untuk menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak paling berprestij dunia, Piala Dunia FIFA, pada masa depan sebagai sebahagian daripada cita-cita memartabatkan sukan bola sepak negara ke peringkat antarabangsa.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau berharap impian itu dapat direalisasikan suatu hari nanti dengan menyaksikan skuad Harimau Malaya turut layak beraksi sebagai wakil Asia Tenggara.
19 JUL 26: DUA kereta rosak selepas dihempap sebuah tangki simpanan air yang dipercayai terjatuh dari bumbung sebuah hotel berhampiran Ampang Point ketika hujan lebat dan angin kencang, hari ini.
19 JUL 26: TINDAKAN pantas polis berjaya menahan tiga penunggang motosikal yang dipercayai terbabit melakukan aksi berbahaya โSupermanโ selepas rakaman video mereka tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, tangkapan dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kuantan susulan siasatan terhadap video berkenaan.
#trendingnewsmalaysia#beritadix#aksisuperman#ditahan#kuantan