Akaun aku nak kena gantung atau kena terminate...ikut la....tapi aku nak siarkan jugak video ni!
Seorang ayah & anak perempuannya syahid sambil berpegangan tangan antara satu sama lain semasa pesawat rejim zionis mengebom rumah mereka
Allahuakbar 😢😭
Allahu ‘Akbar… Alhamdulillah.
.
Keadaan yang jarang berlaku di Gaza. Kembar Sarah dan Omar Hassan telah ditemui masih hidup dari bawah runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan ganas penjajah Israel di Kem Jabalia, utara Gaza.
Nama saya Nabilah Naufal, saya lahir pada 7/10/2023, kemudian Israel telah membunuh saya pada 13/10/2023.
Allah telah kurniakan kepada saya untuk melihat keburukan dunia selama 7 hari, kemudian aku terbang kembali semula kepada Dia.
TERKINI
Briged Al Qassam meletupkan sebuah kereta perisai Tentera Israel di Kem Pelarian Jenin, Tebing Barat. Mereka berjaya membunuh beberapa orang Tentera Israel di dalam kereta perisai itu.
Pasukan Penentang Palestin berjaya membunuh Tentera Israel dalam pertempuran di Kem Pelarian Jenin
Simpan & hafal doa ni.
Tak terhad sebagai doa qunut nazilah sahaja
Bila bila masa di mana sahaja angkat tangan dan bacakan doa ini buat mereka.
Ni senjata kita paling hebat.
Ni yang patut kita kirim buat mereka di sana tak kira siang atau malam.
Semoga doa kita termakbul.
TERKINI
Hamas menyeru agar Negara Arab dan Negara Majoriti Orang Islam untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan menarik keluar duta duta mereka dari Israel
TERKINI
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN GAZA
Kami merayu agar Mesir membuka Lintasan Rafah bagi membolehkan bantuan perubatan dan bahan api masuk untuk merawat mereka yang cedera dan sakit
Kami menyeru kepada negara negara lain di seluruh dunia untuk menghantar doktor doktor pakar mereka ke Gaza untuk menyelamatkan mereka yang cedera ketika ini
Pasukan Perubatan ketika ini mendapati agak sukar untuk merawat pesakit dengan luka terbakar dan kulit yg semakin cair dalam kalangan pesakit
Kami merayu kepada seluruh dunia untuk mempercepatkan pembekalan hospital dengan bahan api semula agar pesakit dpt diselamatkan
ASHRAF AL QUDRA
JURUCAKAP KEMENTERIAN KESIHATAN GAZA
24 OKTOBER 2023