Khutbah Jumaat:
BAPA QAWWAM, WIRA TIDAK DIDENDANG
Bapa ialah tiang dalam bangunan keluarga. Jika tiang itu condong, maka seluruh rumah
akan retak. Tetapi jika tiang itu tegak dengan iman, sabar dan tanggungjawab, maka seisi rumah akan berdiri kukuh dengan kasih dan keberkatan.
Menjadi qawwam bukan sekadar memberi arahan, tetapi memberi teladan. Bukan hanya mencari rezeki, tetapi mencari reda. Bapa bukan hanya penjaga di dunia, tetapi
pembimbing menuju syurga.