@vocketfc Korang dok marah MFL buat apa, gi la marah dkt team management korang sebab tk reti ikut korg punya kehendak utk fill local player sahaja. Tkde siapa paksa utk fill import player.
Petikan Edisi Siasat
Rayuan Untuk Mendapatkan Keadilan daripada Tuan ES
Pada 18.12.2023 jalan lebih kurang 7.30pm, abang saya Mohanana Sundram a/l Guandansamy (770719-14-5907) dan kakak ipar saya Venee A/p Nadarajan (780413-10-5266) telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di E0908-X Besaraya Highway ketika pulang dari kerja dengan sebuah trak Pick Up langar lari (no kenderaan disertakan AJF 8370).
Abang saya telah maut di tempat kejadian manakala kakak ipar saya telah patah kaki/tulang pelvis di 3 tempat anggota badan beliau.
Berita kejadian ini telah dipaparkan di Star Online & ******** (disertakan rujukan).
Pada 12.1.2024 Pengawai Penyiasat (G26924) Insp Wan Mohd Salehuddin Fitri Bin Wan Hassan memberitahu bahawa beliau telah dapat menangkap kereta yang terlibat and pemilik trak telah membuat laporan polis(TRAFIK KUALA LUMPUR/003860/24).
Beliau telah menahan pick up 4x4 dan ada kesan perlanggaran dijumpai, kereta tersebut akan dihantar ke makmal kimia bersama motor abang saya pada minggu hadapan.
Pemandu akan membuat laporan polis pada 14.1.2023 kerana berada di Pulau Pinang. Insp juga tersebut telah memberitahu saya supaya menunggu pemandu membuat laporan polis.
Pada 17.1.2024, saya telah menghubungi Insp Wan dan dia memberitahu bahawa pemandu tersebut berada di Sabah atas urusan kerja, dan hanya akan pulang pada hujung bulan untuk membuat laporan polis.
Apabila saya menyoalkan beliau mengapa belum ambil tindakan, beliau menyuruh saya supaya tunggu lagi selama 10 hari disebabkan pemandu tersebut ada urusan projek di Sabah dan tidak dapat membuat laporan lagi.
Saya menanyakan beliau adakah tindakan yang sewajarnya akan diambil, pemandu akan ditahan atau tidak. Insp kemudian menjawab dengan penuh rasa tidak bertimbang rasa, beliau berkata bahawa bukti pelanggaran tidak kukuh dan semuanya hanya bergantung kepada DPP dan berkemungkinan akan ditukar ke seksyen yang lain.
Beliau juga menyatakan bahawa masih belum mendapat tarikh yang sesuai untuk menghantar kenderaan terbabit ke makmal kimia.
Beliau juga memberitahu saya yang beliau ada peguam kenalan yang boleh menolong membuat tuntutan Insuran.
Saya juga memberitahu beliau, tuntutan itu tidak penting dan mahukan keadilan yang setimpal bagi pihak kami.
Kemudian, Insp berkata yang dia perlu merujuk kepada pegawai atasan (nama tidak diberitahu) untuk tindakan selanjutnya.
Sepanjang perbualan saya bersama dengan Insp Wan, saya mendapati seolah olah beliau secara tiba tiba telah berat menyebelahi terhadap pihak pemandu.
Saya sekali lagi merayu supaya Tuan ES membantu kami sekeluarga mendapatkan keadilan yang sewajarnya.
Bersertakan
Nombor report saya : TRAFIK KUALA LUMPUR/128489/23
Nombor report Pemilik : TRAFIK KUALA LUMPUR/003860/24
Gambar abang dan kakak ipar saya di tempat kejadian.
Assalamualaikum
Pesta Cahaya Sains Angkasa kini berada di Lembah Kelang.
Bermula 20 Dis 2023 - 28 Jan 2024. Jam 8 malam - 12 tengah malam.
Giverny Walk, Sunsuria Sepang. Area Kota Warisan tu.
Tiket masuk RM7 dewasa / kanak kanak.
Baby & OKU percuma. Terdapat pesta makan juga di sini.