U reminded me of @brigittenielsen in #BeverlyHillsCop2. Loved this! Got me hooked fr d get-go! Just finished 2nd episode - donโt wanna rush it but canโt wait to know what happened next. Itโs exhilarating! ๐ฏ๐ซถ๐
๐ก๐ ๐๐ฃ๐ ๐ก๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐จ๐ ๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฆ๐๐ก๐ฌ๐๐ฃ ๐๐?
๐๐ฃ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐๐ฅ๐จ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐๐ & ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐ข๐๐ข๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐?
Minggu ini, genap sebulan BERSAMA hadir di pentas politik negara.
Terima kasih kepada puluhan ribu rakyat Malaysia yang menjadi ahli BERSAMA dalam tempoh sebulan, dan puluhan ribu lagi yang membantu memperkenalkan BERSAMA di media sosial.
Tanpa anda semua, BERSAMA tidak sampai ke tahap sekarang.
Satu kelebihan BERSAMA ialah ahli-ahlinya yang proaktif. Mereka membuat kandungan, mempromosi BERSAMA tanpa arahan dan imbuhan.
Cuma ada satu cabaran bila ahli-ahli BERSAMA proaktif begini.
Mereka banyak tenaga macam kanak-kanak Ribena, jadi saya ditanyakan soalan bertalu-talu: โapa lagi panduan dan arahan terbaru, terutamanya bila nak masuk PRN Johor tidak lama lagiโ.
Berikut adalah panduan mengenai perkembangan BERSAMA untuk satu minggu yang akan datang:
Pertama - Kad Ahli
Sebanyak 17,000 kad ahli telah dicetak dan dihantar melalui Pos Malaysia minggu ini. Ada yang telah dapat, ada yang belum dapat.
Bila HQ BERSAMA menghantar kad, sistem keahlian BERSAMA akan menghantar email secara automatik memaklumkan kad ahli telah dihantar.
Insya-Allah, backlog kad ahli akan diselesaikan dalam seminggu dua ini.
Bila dah dapat kad ahli, saya mohon supaya ambil gambar dan pos kandungan ke media sosial masing-masing untuk menggalakkan kawan-kawan kita juga mendaftar sebagai ahli BERSAMA.
Kedua - Masalah Mendaftar
Masih ada ahli yang telah mendaftar tetapi tidak dapat disempurnakan, maka belum menerima nombor keahlian.
Selalunya ini disebabkan dua masalah:
1) Nombor telefon atau email yang digunakan semasa mula-mula mendaftar tidak tepat, jadi tidak dapat OTP. Bila cuba daftar semula, oleh kerana nama atau IC sudah ada dalam sistem tetapi nombor telefon tidak padan, rekod tidak sama.
2) Bayaran yuran ahli RM20 tidak lepas atau belum berbayar, jadi sistem keahlian masih menunjukkan permohonan tidak dapat diproses untuk diluluskan.
HQ BERSAMA sedang menyelesaikan setiap kes satu persatu.
Jika anda ada masalah ini, berikut adalah langkah yang perlu diambil.
Semak keahlian di pautan ini:
https://t.co/qcEMeXcCHm
Masukkan nombor kad pengenalan dan isi maklumat di situ. Sistem akan menghantar OTP ke email, pastikan email tidak masuk ke Spam atau Thrash folder.
Bila sudah masukkan permohonan di โSemak daftarโ, HQ BERSAMA boleh selesaikan kes secara manual satu persatu.
Ketiga - Kumpulan Whatsapp
HQ BERSAMA kini sedang membina kumpulan Whatsapp rasmi mengikut unit parlimen untuk mengumpulkan ahli-ahli BERSAMA.
Anda perlu imbas kod negeri untuk menyertai Whatsapp BERSAMA di negeri itu dan pilih unit parlimen.
Permohonan menyertai Whatsapp BERSAMA mengikut negeri dan unit parlimen akan disemak dengan maklumat keahlian, untuk memastikan hanya ahli BERSAMA yang dibenarkan masuk kumpulan.
Maklumat rasmi dan arahan kempen akan disebarkan melalui Whatsapp rasmi BERSAMA, termasuk kemaskini kempen dan panggilan menjadi jentera dan sukarelawan.
Keempat - Jentera Kempen Pilihanraya
Bermula Isnin, 22 Jun ini, sistem BERSAMA akan mula dibuka untuk menjemput ahli-ahli BERSAMA tampil menjadi jentera pilihanraya negeri Johor.
Ahli-ahli boleh memilih bentuk kempen yang hendak disertai, slot masa dan lokasi kempen mengikut kelapangan jadual masing-masing.
Sasaran kami ialah untuk mengaktifkan sekurang-kurangnya 20% dari ahli BERSAMA seluruh negara untuk menyertai kempen lapangan PRN Johor, yang membolehkan BERSAMA mencapai kekuatan sekitar 400 orang jentera di setiap DUN yang ditandingi (bila dicampur dengan jentera tempatan).
BERSAMA adalah sebuah parti yang kecil. Kita tiada keupayaan membayar jentera, kita bergantung kepada daya juang dan kelincahan setiap ahli kita.
Sebab itu perancangan gerak kerja kita - dari saluran komunikasi, pengarahan kempen, pembahagian kerja - mestilah bersistem supaya kita boleh memanfaatkan setiap seorang dari kita.
Itu semangat kancil yang kita perlu bina sebagai budaya kerja BERSAMA.
Bagi ahli BERSAMA di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor - mulakan dengan sertai Whatsapp rasmi BERSAMA.
Imbas kod-kod QR ini mengikut negeri seperti yang telah saya kongsikan dalam posting saya sebelum ini.
๐ฆ๐๐๐ฃ๐ ๐๐จ๐ก๐๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐?
๐๐ก๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐จ๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐๐ ๐ง๐๐๐๐ง ๐๐จ๐ก๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ก๐ ๐๐๐ก๐ก๐๐ฅ
Sejak BERSAMA dilancarkan, antara serangan utama ialah fitnah-fitnah mengenai sumber dana BERSAMA.
Ada serangan tersusun kononnya saya membeli BERSAMA pada harga RM8.5 juta. Disambung pula dengan tuduhan saya dibiayai oleh Toh Puan Naimah dan keluarga arwah Tun Daim.
Bila kami terus bergerak dan ada program, serangan itu juga diteruskan untuk memberi gambaran BERSAMA dibiayai seseorang.
Memang ada seorang yang menjadi funder terbesar BERSAMA. Orang itu adalah saya.
Setakat ini, perbelanjaan terbesar BERSAMA ialah pada hari pelancaran 17 Mei, yang menelan belanja RM30,000. Yang itu saya bayar.
Kemudian, bayaran deposit untuk ibu pejabat BERSAMA di Puchong, sekitar RM50,000. Yang itu pun saya bayar.
Perbelanjaan lain kami berhutang dahulu dan bayar ansuran, sementara kami mendapat yuran dari ahli dan sumbangan.
Selain dari saya, setakat hari ini ada sekitar 27,000 orang rakyat Malaysia yang menjadi funder BERSAMA.
Mereka terdiri dari ahli-ahli BERSAMA yang membayar RM20 yuran keahlian seumur hidup, 1,102 orang yang membeli merchandise BERSAMA sehingga kehabisan stok dan 2,003 orang yang menyumbang crowdfunding kepada BERSAMA.
Jumlah keseluruhan dari yuran, merchandise dan crowdfunding adalah sekitar RM750,000.
Dana inilah yang digunakan sebagai modal untuk membiayai Jelajah Kancil, menempah merchandise, membayar ansuran infrastruktur digital, ubah suai ibu pejabat, menempah bahan kempen dan lain-lain.
Oleh kerana semua petugas di belakang tabir bekerja secara sukarela, ia meringankan beban kos BERSAMA.
Kami gunakan duit RM750,000 ini untuk pusing modal terlebih dahulu. Terima kasih kepada pembekal yang bagi kami ambil dahulu dan bayar ansuran bila merchandise dah jual. Belanja lain macam ubah suai pejabat, infrastruktur digital, kad keahlian, bahan kempen, semua dibayar secara ansuran.
Funder BERSAMA adalah anda semua.
Memang kerja rumit dan cerewet bila bergantung kepada sumbangan kecil RM10, RM50 dari orang ramai, tapi kami tidak mahu BERSAMA jadi hamba kepada penyumbang dana.
Sebab itu kami kena terus raise fund dari orang ramai.
Majlis mengutip dana yang pertama akan diadakan seperti berikut:
Tarikh:
Sabtu, 27 Jun 2026
Masa:
Bermula jam 8 malam
Tempat:
SJKC Wangsa Maju
10, Jalan Usahawan 2, Taman Danau Kota, 53200 Kuala Lumpur.
Harga tiket-tiket:
Platinum - RM2,000 seorang atau RM18,000 semeja
Gold - RM1,000 seorang atau RM10,000 semeja
Silver - RM500 seorang atau RM5,000 semeja
Standard - RM150 seorang atau RM1,500 semeja
Pada majlis itu juga, BERSAMA akan melancarkan kempen dana untuk membiayai program khusus, iaitu:
1) Sewaan 2 trak kempen BERSAMA untuk PRN Johor, Negeri Sembilan dan kempen berterusan BERSAMA sehingga PRU16
2) Kos ubah suai ibu pejabat BERSAMA
3) Kos bahan kempen seperti bendera dan poster
Tiket-tiket untuk majlis dana BERSAMA pada 27 Jun 2026 ini boleh mula dibeli di laman https://t.co/6vXmDO7QDX
Klik Acara dan pilih dari senarai fundraising dinner yang ada.
Anda boleh pilih tiket, pilih tempat duduk dan meja sesuai. Semua jualan dibuat atas talian dan tiket dikeluarkan secara elektronik.
Kebebasan ahli dan parti politik membawa suara rakyat ditentukan oleh punca dana parti.
Kalau dibiayai golongan berkepentingan, ahli politik membawa suara golongan itu.
Kalau dibiayai rakyat, ahli politik membawa suara rakyat.
Sebarkan kepada rakan-rakan, mari BERSAMA menyumbang. Jumpa saya dan Nik Nazmi di SJKC Wangsa Maju pada 27 Jun ini, beli tiket sekarang.
If the people of Malaysia give Parti Bersama Malaysia the mandate to become the new government and Prime Minister, the three early victories ("quick wins") within the first 180 days would be:
Freedom and independence of the nation's key institutions (Agenda 08).
This is among the reforms that can be initiated the fastest.
Actions:
Limit political interference in GLCs (Government-Linked Companies) and statutory bodies.
Require a more transparent selection process for key institutional leadership positions.
Establish Parliamentary oversight committees to strengthen accountability and governance.
Impact:
Sends an immediate signal to citizens and investors that genuine institutional reform is taking place.
Strengthens public confidence in government institutions and the rule of law.
Improves Malaysia's reputation for transparency, stability, and good governance.
Eliminating rent-seeking and empowering SMEs (Agenda 04).
Agenda 04 โ Eliminate Rent-Seeking, Empower Small and Medium Enterprises (SMEs)
This agenda can be initiated quickly through administrative directives and government policy reforms.
Actions:
Review monopoly contracts and concession agreements.
Simplify business licensing and approval processes.
Accelerate government payments to SMEs.
Increase transparency in government procurement and tender processes.
Impact:
SMEs can begin to benefit within a few months.
Creates a more competitive and business-friendly environment.
Reduces barriers to growth and encourages entrepreneurship.
Helps shift economic opportunities from politically connected interests to productive businesses.
Initiating a National Social Protection System (Agenda 01).
An initial version can be launched quickly.
Actions:
Integrate government welfare and assistance databases into a single system.
Reduce duplication and overlap in aid programs.
Expand protection and support for vulnerable groups.
Impact:
Assistance reaches those in need more quickly and efficiently.
Reduces administrative waste and improves coordination between agencies.
Ensures public resources are targeted more effectively.
Strengthens the social safety net for low-income and vulnerable households.
All three can demonstrate real change without requiring billions of ringgit in spending or waiting years to see results.
Why did UMNO-BN fail over the past 60 years, both at the federal and state levels? Because their political interests were protected by not reforming these three agendas.
The system that was built, nurtured, and later continued by BERSATU-PAS-PN and PKR-DAP-PH has caused severe damage, impoverishing the people in terms of both knowledge and wealth.
Your choice, your vote, your life.
Parti Bersama Malaysia is just a platform for rakyat who truly want change after being scammed by previous governments and now by the present government.
Click here https://t.co/l3odXrGteX
Kepada semua pembayar cukai, khususnya penjawat awam, kita semua mesti bersatu hati menyokong perjuangan #BERSAMA ini bagi memastikan PENCEN-PENCEN orang politik DIHAPUSKAN secara total.
Gaji & elaun semasa perkhidmatan mereka sudah tinggi dan caruman KWSP sudah memadai. Pemberian pencen kepada mereka adalah 1 pembaziran dana negara.
Jika komitmen ini dapat dicapai, nescaya dana negara itu akan tertumpu hanya kepada rakyat & infra secara sepenuhnya.
Kalau benar ahli-ahli politik itu ikhlas untuk โberkhidmat demi negaraโ sebagaimana dedikasinya penjawat awam, maka mereka pasti akan menyokong perjuangan #BERSAMA ini.
Kita sebagai rakyat Malaysia mesti bertindak menghentikan amalan double standard & layanan berlebih-lebihan kepada ahli politik yang berlaku sekian lama.
Parti Bersama Malaysia โ 100-Day Reform Agenda
Day 1โ30
Mandatory Public Asset Declaration
Publish Ministers' and MPs' Attendance Records
Anti-Nepotism and Conflict of Interest Directive
Freeze Political Appointments in GLCs and Statutory Bodies
Publish Ministers' Travel and Official Expense Reports
Day 31โ60
Launch Open Government Procurement Portal
Launch Constituency Fund Transparency Portal
Introduce Ministerial KPI and Performance Dashboard
Establish National Whistleblower Reporting Platform
Day 61โ90
Publish Government Spending and Budget Transparency Portal
Open Recruitment for Key Public Sector and GLC Positions
Independent Audit of Mega Projects, GLCs, and High-Risk Government Contracts
Day 91โ100
Table Political Financing Reform Bill
Table Freedom of Information (FOI) Bill
Publish First 100-Day Government Performance Report
Objective: Transparency, Accountability, Meritocracy, Integrity, and Efficient Government within the first 100 days.
People political will vs political patronage.
Only your vote for Parti Bersama Malaysia can help realize this, because if you want to change the system, you need a real platform that is willing to fight for it.
Real reform can be a life-changing moment for Malaysians.
The problem is not the reform itself, but the people who have been scamming and misleading us for more than 25 years.
Dreams are free. Now let's make them happen. ๐ซก
@msuhaimisuib Berkali kali Sdr Raf sebut tentang keikhlasan dan keberanian ๐
I think ๐ค memang purposely dia ulang banyak kali ๐๐ป supaya mesej itu sampai & lekat di minda dan hati hadirin & penonton ๐โโ๏ธ
#BarisanRakyatSuaraMalaysia ๐ฒ๐พ
KENYATAAN RASMI
#TSR menyokong penuh pendirian Parti Bersama untuk TIDAK BERKOMPROMI DENGAN MANA-MANA PARTI POLITIK dalam PRN yang akan datang.
Kami amat berharap semoga pendirian ini dikekalkan dalam pertandingan PRU ke-16.
Sekian.
@partibersamamy
@totocat129@La_FarEast Iโm inclined to think that itโs merely his personal view (1st time I saw that term) - definitely not what Bersama stands for. Weโre an organic bunch w no one person to control everyoneโs view. Best we can do is remind each other to stay true to Bersama culture. โ๏ธ
@La_FarEast Jaga adab dan tata tertib. Diaorang nak gelar mcm2, biarlah.. kita x perlu ikut. Tumpu kpd yg positif. Donโt stoop to their level. Weโre much better than that. โ๏ธ
๐๐ ๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ ๐๐ก ๐ช๐๐ ๐ฃ๐๐๐ฆ๐จ
Kami ingin memaklumkan bahawa terdapat laman web palsu yang menggunakan nama Parti BERSAMA tanpa kebenaran.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi maklumat peribadi, membuat pembayaran atau berurusan melalui laman web tersebut.
Sebarang maklumat, pengumuman dan pautan rasmi Parti BERSAMA hanya boleh disahkan melalui laman web rasmi kami di https://t.co/4xO9KSPe24 serta saluran media sosial rasmi BERSAMA @partibersamamy .
Sila semak dan sahkan kesahihan sesuatu laman web sebelum membuat sebarang urusan.
Mohon bantu sebarkan makluman ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.
Terima kasih atas kerjasama dan kewaspadaan anda.
Berikut adalah ringkasan 12 Agenda Utama @partibersamamy yang dilancarkan pada 17-18 Mei 2026 di bawah kepimpinan @rafiziramli dan @niknazmi.
1. SISTEM PERLINDUNGAN SOSIAL NASIONAL - Bantuan bulanan automatik kepada isi rumah berdasarkan pendapatan, umur, dan tanggungan (tiada pendaftaran manual).
2. HAD PEKERJA ASING - Ketatkan kepada 5% sahaja daripada jumlah tenaga kerja negara (lindungi peluang pekerjaan tempatan).
3. PENJAGAAN KANAK2 UNIVERSAL - Pra-sekolah percuma untuk kanak-kanak berumur 4-5 tahun.
4. HAPUSKAN 'RENT SEEKING dan UTAMAKAN PKS - Angkat perusahaan kecil dan sederhana sebagai tulang belakang ekonomi, termasuk Akta Anti-Ali Baba.
5. PENDIDIKAN TINGGI 'DUA-TRACK' - Gabungkan pengalaman kerja praktikal dengan pembelajaran akademik.
6. NISBAH DOKTOR - Sasar 1 doktor bagi 300 penduduk menjelang 2030 (perbaiki akses kesihatan).
7. PENINGKATAN RANKING PISA - Bawa Malaysia ke suku atas dunia dalam pencapaian pendidikan.
8. REFORMASI INSTITUSI- Lindungi kebebasan institusi, desentralisasi kuasa (kurangkan kuasa Perdana Menteri, kuatkan Parlimen).
9. PERTUMBUHAN EKONOMI dan GAJI - Sasaran minimum 5% pertumbuhan KDNK setahun + kenaikan gaji pekerja minimum 5% setahun (dikaitkan dengan GDP).
10. TENAGA HIJAU - Jadikan Malaysia โbatteryโ Asia Tenggara melalui solar rooftop besar-besaran dan transisi tenaga.
11. PERTANIAN MODEN - Gunakan teknologi tinggi ('greenhouse' dan lain2) di luar bandar untuk tingkatkan sektor pertanian.
12. PERUMAHAN GENERASI BARU - Harga rumah tidak melebihi 4 kali pendapatan tahunan isi rumah, gunakan teknologi IBS.
Jelas agenda ini memberi fokus kepada kebajikan rakyat biasa yang menjadi tunjang kekuatan negara (sosial, pendidikan, perumahan, gaji, kesihatan) sambil menggabungkan reformasi institusi dan tenaga hijau demi kemaslahatan rakyat dan negara pada masa depan.
Ayuh Malaysia! Sila ke pautan https://t.co/ik6FIl1HuR untuk pemahaman yang lebih lanjut dan mendaftar menjadi ahli. Sumbangan juga boleh dibuat di dalam pautan yang sama.
Kepada ahli Bersama.
1. Jangan terlalu biadap di media sosial. Kita cuba bawa politik baru. Fokus perkenalkan parti dari menyerang PKR secara keterlaluan.
2. Jangan pandai-pandai mengaku penaja Negeri mahupun Bahagian. Telah dinyatakan tidak ada Bahagian dan Negeri hanya akan dimaklumkan oleh Pusat. Bukan lantik diri sendiri.
3. Jangan pandai-pandai kutip sumbangan. Jika ada yang ingin menyumbang boleh beri terus link https://t.co/PUKTieTdIX.
4. Follow direction Pusat melalui page rasmi dan jika ada yang buat infografik sendiri pastikan tidak lari dari maksud asal.
Kalau tiada disiplin bermakna kamu tidak sesuai di Bersama. Bersama bukan tempat buat oportunis tetapi mereka yang benar2 inginkan perubahan dalam politik tanah air.
Soalan utk Rafizi Ramli malam tadi berkaitan dana politik BERSAMA.
*Bukan verbatim
"Bagaimana nk pastikan parti politik BERSAMA kekal berprinsip, bila kos pengurusan dan kos masuk pilihan raya boleh melibatkan puluh juta, yg mungkin memerlukan dana dari taikun?"
1/n