A puppy's earnest gaze speaks of boundless affection and faith. That innocent sentiment brightens even the most mundane and routine days. 🖐Precision is key when hitting deadlines—today’s work was completed right on time.
Beneath the water's surface, clusters of bubbles cling to leaves, crafting delicate, ornate accents that enhance the beauty of the aquatic microcosm. 🧠Gather plump, luscious berries
Once I've gathered the vegetables, I head over to the greenhouse to inspect the orchids. The fresh bud that caught my eye yesterday is beginning to unfurl, showing off a stunning purple petal. A smile spreads across my face as I look forward to its full blossom. The ferns are th
As they neared the glass entryway, they pushed through and entered the cozy warmth of the theater's lobby. The nostalgic aromas of buttery popcorn, sugary confections, and chilled soft drinks instantly engulfed them, evoking cherished recollections of countless past visits.
In autumn, mountain brooks glide serenely across polished rocks and faded vegetation, revealing the understated energy of nature's final season. Meanwhile, a smartphone charges as mocha blends with honey, and dawn breaks on the horizon.
It isn't flawless, yet it brings joy, and Lisa motivates me, saying that art revolves around expression rather than perfection. I exit her workshop carrying a modest piece I created, along with a fresh gratitude for the splendor of creativity and the natural world.🚝Preserving s
Returning to the maintenance shed, she deposited the shattered key and Lila's journal into the wooden chest, then shut the lid, aware that the mysteries of Starlight Amusement Park had been entirely revealed and finally put to rest. Dad's portrait turned out great—he's thrilled
As the gently spinning aerial seat ascends step by step, guests can soak in the brisk breezes at great heights and take in sweeping panoramic views. The soothing, weightless sensation melts away all tension, leaving both body and mind completely at ease. Fine nuances—such as th
SCAM TERBARU DI MALAYSIA YANG RAMAI TAK SEDAR !
Hati-hati dengan taktik penipuan terbaru di Malaysia yang kini menyasarkan pemilik akaun bank tanpa kita sedari.
Bayangkan situasi di mana kita tiba-tiba menerima RM5000 dalam akaun simpanan.
THREAD
Kalau bertemu malam Lailatul Qadr nanti
jangan terlalu fokus minta dunia, minta lah yang paling mahal di sisi Allah. Minta dimasukkan ke Surga Firdaus tanpa di hisab, tanpa disentuh oleh azab.
AMARAN SUHU TINGGI
Siap sedia servis aircond. Kalau aircond tersumbat / kotor, menyebabkan aliran udara sejuk tidak efisien.
Jadi, kompressor terpaksa bekerja lebih kuat untuk capai suhu yang ditetapkan. Maka, bil elektrik akan jadi lebih tinggi.
13 𝘍𝘦𝘣𝘳𝘶𝘢𝘳𝘪 2026
𝗚𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗞𝗣 𝗦𝗣𝗥𝗠, 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗕𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗟𝗨𝗦 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡
Dakwaan-dakwaan yang dibuat mengenai salah laku dan penyelewengan kuasa di dalam agensi- agensi kerajaan, seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa Bloomberg minggu ini, adalah sangat serius.
Ia menjadi mimpi ngeri buat rakyat Malaysia yang pernah melalui episod seperti ini hampir sepuluh tahun lalu di kemuncak skandal 1MDB.
Oleh itu, tindak balas, reaksi dan pendirian kerajaan terutamanya Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan diikuti dengan teliti memandangkan rakyat sudah pernah melalui cubaan untuk mengelak atau menutup apabila sesuatu skandal besar didedahkan.
Kami percaya rakyat akan benar-benar marah apabila mengetahui dengan lebih mendalam bentuk-bentuk penyelewengan yang berlaku. Setakat ini, laporan media tempatan hanya menyebut perihal salah laku secara umum, tanpa menceritakan setiap kes dan bukti yang didedahkan di dalam siri laporan tersebut.
Beberapa contoh kes penyelewengan yang dilaporkan, seperti di bawah, sudah cukup untuk meyakinkan rakyat bahawa satu siasatan yang bebas dan telus perlu disegerakan. Contoh butiran-butiran yang dilaporkan oleh Bloomberg:
1) Bagaimana seorang yang bernama Victor Chin disiasat atas tuduhan terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM500 juta dengan menggunakan syarikat-syarikat senaraian awam di Bursa untuk mencuci hasil dari kegiatan kongsi gelap.
Kes disiasat oleh LHDN dalam tahun 2021 dan siasatan dibuat bersama-sama dengan SPRM. Walau bagaimana pun, kes itu berakhir tanpa pendakwaan dan sebahagian besar dari wang RM500 juta itu dikembalikan kepada Victor Chin.
2) Dakwaan bagaimana Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM telah campur tangan dalam satu kes polis melibatkan seorang bernama Andy Lim yang dikatakan kenalan rapat beliau, berhubung kes polis melibatkan senjata api. Kes itu berakhir dengan senjata api dipulangkan kepada Andy Lim tanpa ada sebarang pendakwaan.
3) Dakwaan oleh Bloomberg bahawa SPRM bersekongkol dengan sekumpulan ahli perniagaan dengan menyalahgunakan kuasa untuk mengugut, menekan dan mendakwa ahli-ahli perniagaan lain dengan tujuan memaksa syarikat-syarikat diserahkan kepada ahli perniagaan tertentu seperti Victor Chin. Bloomberg mendedahkan bahawa persekongkolan ini melibatkan bayaran-bayaran sehingga mencecah jutaan ringgit setiap satu.
Contoh-contoh pendedahan ini adalah cukup serius. Ia bukan sahaja melibatkan SPRM, tetapi agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Paling membimbangkan, seorang ahli perniagaan yang didedahkan oleh Bloomberg dituduh terlibat dalam kegiatan mencuci wang haram dari hasil jenayah kongsi gelap menggunakan sebuah syarikat bernama MMAG Holdings Berhad. Seperti yang pernah didedahkan sebelum ini, MMAG Holdings Berhad pernah dikuasai oleh Datuk Seri Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Setiap pendedahan yang dibuat oleh Bloomberg mewajarkan satu siasatan jenayah dibuka dengan segera. Lebih-lebih lagi, pendedahan-pendedahan itu menunjukkan ada salah guna kuasa dan rasuah yang berleluasa di dalam agensi-agensi penguatkuasaan negara yang memerlukan satu siasatan menyeluruh, termasuklah dakwaan saling kait SPRM dengan ahli perniagaan yang dituduh rapat dengan kumpulan jenayah kongsi gelap.
Saya ingin menasihati Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak semasa skandal 1MDB dahulu.
Saya sedia maklum bahawa satu laporan SPRM telah dibuat oleh 3 NGO Melayu seperti Perkasa dan PPIM terhadap saya. SPRM juga dengan pantas telah membuat kenyataan semalam akan mengambil tindakan. Pagi ini, saya dimaklumkan oleh sumber dalaman SPRM bahawa satu serbuan terhadap saya akan dibuat.
Saya bersedia melalui semuanya kerana taktik intimidasi dan mencipta kes seperti ini telah dibuat oleh pentadbiran sebelum ini. Akhirnya, kebenaran akan tetap terserlah dan rakyat akan buat penghakiman.
Seperti yang pernah dilaungkan oleh Dato’ Seri Anwar sendiri sebelum ini, rakyat adalah hakim negara.
Namun, sekiranya Tan Sri Azam Baki atau Dato’ Seri Anwar Ibrahim berpandangan taktik-taktik mengelak, intimidasi dan menutup perkara ini akan berjaya memperlahankan usaha kami menuntut agar dakwaan-dakwaan terhadap SPRM disiasat segara, kami mahu memaklumkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab kami menyuarakan tuntutan-tuntutan ini bagi pihak rakyat.
Untuk memastikan dakwaan-dakwaan yang didedahkan Bloomberg tidak ditutup begitu sahaja tanpa ada satu siasatan menyeluruh yang bebas dan telus, kami akan mengambil tindakan- tindakan berikut, bermula minggu depan sehinggalah kerajaan memberi reaksi positif:
1. Sebagai ahli parlimen kanan kerajaan, kami akan menulis kepada semua ahli parlimen (yang bukan menteri dan timbalan menteri) merentas parti bermula minggu depan untuk mendapatkan persetujuan mereka kepada desakan supaya Tan Sri Azam Baki digantung serta-merta dan satu siasatan bebas dimulakan segera;
2. Sebagai solidariti ahli-ahli parlimen, kami menggesa supaya setiap ahli parlimen tidak kira parti kembali ke kawasan masing-masing dan memulakan sesi penerangan mengenai dakwaan-dakwaan ini kepada penduduk di kawasan mereka;
3. Kami akan menulis kepada pimpinan DAP dan AMANAH supaya menggunakan kedudukan dan pengaruh mereka di dalam kerajaan untuk menekan Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya bersetuju untuk menggantung Tan Sri Azam Baki dan memulakan segera satu siasatan bebas;
4. Kami akan menulis kepada BERSIH untuk mencadangkan supaya satu perhimpunan aman diadakan dalam masa terdekat yang bersesuaian untuk membolehkan rakyat menzahirkan bantahan mereka mengenai penyelewengan yang berlaku di dalam SPRM;
5. Saya akan membuat satu laporan polis terhadap Tan Sri Azam Baki sebagai susulan kepada dakwaan dalam laporan Bloomberg bahawa beliau telah campur tangan dalam satu kes melibatkan senjata api, supaya PDRM boleh menyiasat dengan sebaiknya.
Tindakan-tindakan lain akan kami umumkan dari semasa ke semasa.
Kami berharap perkara ini diberi perhatian serius oleh kerajaan terutamanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Adalah sangat tidak berbaloi sekiranya Pakatan Harapan dan beliau dihukum atas tuduhan- tuduhan yang melibatkan seorang penjawat awam seperti Tan Sri Azam Baki.
Ditandatangani bersama:
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜- AP Pandan
𝗪𝗢𝗡𝗚 𝗖𝗛𝗘𝗡 - AP Subang
𝗥𝗢𝗗𝗭𝗜𝗔𝗛 𝗜𝗦𝗠𝗔𝗜𝗟 - AP Ampang
𝗡𝗜𝗞 𝗡𝗔𝗭𝗠𝗜 𝗡𝗜𝗞 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗 - AP Setiawangsa
𝗟𝗘𝗘 𝗖𝗛𝗘𝗔𝗡 𝗖𝗛𝗨𝗡𝗚 - AP Petaling Jaya
𝗦 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗩𝗔𝗡 - AP Sg Siput
𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗥 𝗛𝗜𝗡𝗚 - AP Gopeng
𝗭𝗔𝗛𝗜𝗥 𝗛𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡 - AP Wangsa Maju
Isu apa Bloomberg mahu katakan ialah isu Sun nak beli company I . Tapi harga mahal. Sun akan deal. Kemudian SPRM pergi siasat company I , saham I akan jatuh. Sun boleh beli harga I diskaun.
Jahat macam mana pun kita, jangan tinggal solat, sempurnakanlah wudu dan rukun solat
Moga moga dengan usaha kita menunaikan hak Allah, Allah bantu kita tinggal maksiat