Ramai sangka bila dah ada Medical Card + Takaful Hayat, maka perlindungan mereka sudah lengkap.
Sebenarnya ada satu "blind spot" yang ramai tak sedar.
Itulah sebabnya saya masih menggalakkan penyertaan dalam Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO (Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja).
Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata usaha untuk menjatuhkannya adalah kerana beliau memerangi rasuah.
Ironinya, beliau masih mempunyai keberanian untuk bersyarah kepada rakyat Malaysia mengenai rasuah, sedangkan begitu banyak persoalan yang masih belum dijawab.
Kalau benar begitu, rakyat berhak bertanya:
Apa perkembangan tindakan terhadap mafia korporat yang pernah dijanjikan?
Apa pula perkembangan isu siasatan yang melibatkan Tan Sri Azam Baki?
Rakyat tidak menilai melalui slogan.
Rakyat menilai melalui tindakan, ketelusan dan hasil.
Sebab itu, apabila persoalan-persoalan ini masih belum mendapat jawapan yang memuaskan, jangan salahkan rakyat jika mereka terus bertanya.
Seorang pemimpin yang benar-benar yakin dengan rekodnya sepatutnya menjawab soalan, bukannya menganggap setiap kritikan sebagai cubaan untuk menjatuhkannya. Malah, seseorang yang mahu bercakap soal memerangi rasuah juga perlu bersedia menjawab persoalan tentang janji dan komitmennya sendiri.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (PERKESO), Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed mengadakan sidang media berkaitan skim Lindung 24 Jam. Beliau menjelaskan bahawa skim ini tidak lagi mandatori dan hasrat PERKESO adalah semua pekerja mendapat perlindungan di luar waktu kerja.
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
3 𝘑𝘶𝘯 2026
𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲, 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗡𝗖𝗜𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗗𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥
Kami mengesahkan bahawa 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 akan menyertai Pilihanraya Negeri Johor 2026.
Keputusan ini dimuktamadkan setelah beberapa perbincangan diadakan dengan pimpinan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dan ahli-ahli terpilih dari seluruh negara. Perbincangan lanjutan dengan wakil ahli-ahli 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dari Johor untuk mengenal pasti kerusi-kerusi yang akan ditandingi telah dijadualkan hari ini.
PRN Johor 2026 membuka ruang untuk memperkenalkan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 kepada pengundi-pengundi Johor, walaupun 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 berusia kurang dari sebulan sejak dilancarkan semula pada 17 Mei yang lalu.
Penyertaan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dalam PRN Johor 2026 juga membolehkan 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 membina jentera pilihanraya dalam tempoh yang singkat dan menguji kecekapan serta kelemahan jentera, sebagai persiapan ke arah pilihanraya- pilihanraya yang akan datang.
Bertepatan dengan hasrat ini, siri jelajah 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 ke negeri-negeri akan bermula di Johor pada 6 Jun 2026 (Sabtu) ini di Danga Bay Convention Centre jam 8 malam.
Siri jelajah yang dinamakan 𝗝𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗞𝗮𝗻𝗰𝗶𝗹 ini akan memberi tumpuan kepada 12 Agenda 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, dengan setiap negeri menumpukan kepada satu agenda.
𝗝𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗞𝗮𝗻𝗰𝗶𝗹 akan melawati setiap negeri seperti berikut:
Melaka
𝘏𝘰𝘵𝘦𝘭 𝘚𝘦𝘳𝘪 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢, 𝟳 𝗝𝘂𝗻
Negeri Sembilan
𝘚𝘦𝘳𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯, 𝟭𝟯 𝗝𝘂𝗻
Perak
𝘐𝘱𝘰𝘩, 𝟭𝟰 𝗝𝘂𝗻
Kelantan/Terengganu Utara
𝘒𝘰𝘵𝘢 𝘉𝘩𝘢𝘳𝘶, 𝟮𝟬 𝗝𝘂𝗻
Pahang/Terengganu Selatan
𝘒𝘶𝘢𝘯𝘵𝘢𝘯, 𝟮𝟭 𝗝𝘂𝗻
Selangor Utara/Tengah, 𝟮𝟴 𝗝𝘂𝗻
Selangor Selatan, 𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶
Pulau Pinang, 𝟰 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶
Kedah/Perlis, 𝟱 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶
Kuala Lumpur
𝘚𝘦𝘵𝘪𝘢𝘸𝘢𝘯𝘨𝘴𝘢, 𝟭𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶
Selangor Barat
𝘚𝘩𝘢𝘩 𝘈𝘭𝘢𝘮, 𝟭𝟮 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶
Selangor Timur
𝘗𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯, 𝟭𝟴 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶
Tarikh dan tempat bagi setiap negeri akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Maklumat terkini dan pendaftaran kehadiran boleh dibuat di pautan https://t.co/nOUTHK88GI.
Kami berterima kasih kepada ahli-ahli 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 dan rakyat Malaysia yang telah memberi dorongan yang memberangsangkan setakat ini.
Insya-Allah, 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 akan menggembleng usaha rakyat biasa untuk merintis kempen dalam PRN Johor 2026 yang positif, inovatif dan berfokus kepada masa depan.
3 𝘑𝘶𝘯 2026
Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔,
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
𝗡𝗜𝗞 𝗡𝗔𝗭𝗠𝗜 𝗡𝗜𝗞 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗
𝗞𝗔𝗡𝗖𝗜𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗔 𝗞𝗘 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥, 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔
DUN Johor telah dibubarkan, apa nak jadi dengan BERSAMA?
Perancangan mengenai BERSAMA, termasuk memperkenalkan BERSAMA ke negeri-negeri, telah dirancang lebih awal sebelum pengumuman membubarkan DUN dibuat.
Kebetulan, negeri pertama yang menganjurkan state tours, atau jelajah ke negeri-negeri, adalah Johor.
Jelajah Kancil ke negeri-negeri adalah seperti berikut:
Johor - Sabtu, 6 Jun 2026, 8 malam di Danga Bay Convention Centre
Melaka - Ahad, 7 Jun 2026, 8 malam di Hotel Seri Malaysia, Melaka
Tarikh-tarikh seterusnya:
Negeri Sembilan - di Seremban, Sabtu 13 Jun
Perak - di Ipoh, Ahad 14 Jun
Kelantan/Utara Terengganu - di Kota Bharu, Sabtu 20 Jun
Pahang/Selatan Terengganu - di Kuantan, Ahad 21 Jun
Selangor Utara - Sabtu, 27 Jun
Selangor Tengah - Ahad, 28 Jun
Selangor Selatan - Rabu, 1 Julai
Pulau Pinang - Sabtu, 4 Julai
Kedah/Perlis - Ahad, 5 Julai
KL - di Setiawangsa, Sabtu, 11 Julai
Selangor Tengah - di Shah Alam, Ahad, 12 Julai
dan berakhir di Selangor - di Pandan, Sabtu 18 Julai
Maklumat lanjut mengenai setiap acara dan kempen BERSAMA akan dipaparkan di laman kempen BERSAMA di pautan ini:
https://t.co/nOUTHK88GI
Sila pilih kempen mana yang hendak disertai atau akan hadir; daftarkan nama anda untuk membantu urusan logistik.
Untuk kempen hari Sabtu dan Ahad ini, jumpa saya dan Nik di Danga Bay Convention Centre pada hari Sabtu dan Hotel Seri Malaysia, Melaka pada hari Ahad.
Mohon sebarkan kepada seramai mungkin dan bimbing rakan-rakan yang ingin hadir untuk mendaftar di pautan Kempen BERSAMA.
Jelajah negeri-negeri ini akan disiarkan di YouTube dan TikTok Live di saluran saya.
Jumpa hari Sabtu dan Ahad ini.
Apa hala tuju politik kita seterusnya? 🇲🇾
Selepas setahun fasa refleksi dan penilaian, saya dan Sdr Rafizi Ramli jemput anda semua untuk bersama-sama dalam satu pengumuman khas mengenai masa depan perjuangan politik negara.
Kita perlukan politik yang progresif, sederhana, dan benar-benar berpaksikan rakyat. Ayuh kita bina semula harapan untuk Malaysia!
📍 Lokasi: PJPAC, 1 Utama E
🗓️ Tarikh: Ahad, 17 Mei 2026
🕑 Masa: 2:00 – 5:00 Petang
𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟
1.Saya telah usaha lebih dari dua tahun untuk menyatu orang Melayu. Saya perlu akui saya gagal.
2.Oleh itu negara tercinta ini akan terlepas dari tangan orang Melayu. Dan tamatlah sejarah orang Melayu kerana mereka lebih utama nasib pemimpin dari bangsa, negara dan agama.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
7 Mei 2026
Terima kasih kepada semua yang hadir di Himpunan Tangkap Azam Baki sebentar tadi, yang bermula di Sogo dan berakhir di perkarangan Dataran Merdeka.
Setiap kali ada demo, protagonis and antagonis akan bergaduh mengenai kehadiran.
Anggaran kehadiran berbeza-beza.
Anggaran saya sekitar 1,500 orang. Anggaran media 1,000 orang. Anggaran pihak berkuasa 300 orang. Anggaran ChatGPT antara 1,500 ke 2,200 orang.
Musim raya sudah habis, sekarang musim bersuara.
Jemput ke rumah terbuka Malaysia di Dataran Merdeka, hari Sabtu, 25 April 2026, jam 3 petang.
Tetamu kehormat ialah Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Antara kuih muih yang ada ialah Almond Mafia, Onde-onde Korporat, Ketupat Saham dan lain-lain.
Kalau boleh pakai baju raya paling cantik.
Jumpa di Dataran Merdeka hari Sabtu ini, 25 April 2026 jam 3 petang.