Ramai yang menyangka bahawa keutamaan ketika berpakaian adalah menutup aurat semata-mata.
Sebenarnya, ada kesalahan lain yang turut mendapat ancaman keras dalam agama, iaitu memakai pakaian yang ganjil yang berbeza daripada kebiasaan masyarakat serta sengaja menarik perhatian orang untuk melihat dan berasa teruja.
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ لَبِسَ ثَوْبَ شُهْرَةٍ فِي الدُّنْيَا أَلْبَسَهُ اللَّهُ ثَوْبَ مَذَلَّةٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُمَّ أَلْهَبَ فِيهِ نَارًا
“Sesiapa yang memakai pakaian untuk mencari kemasyhuran di dunia, Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan pada hari kiamat, kemudian menyalakan api padanya.”
(Riwayat Abu Dawud)
Kadang, kita terlalu sibuk menjalani hari sampai lupa melibatkan Allah dalam hal-hal sederhana.
Padahal, setiap aktivitas bisa menjadi pengingat untuk kembali mengingat-Nya.
Memulai dengan Bismillah, menyertakan doa dalam setiap ikhtiar, mengucap Alhamdulillah atas apa yang diterima, dan tidak lupa beristighfar ketika melakukan kesalahan.
It doesn't have to be complicated.
Mulai dari hal-hal kecil yang bisa kita lakukan setiap hari.
Semoga Allah selalu membimbing kita untuk menjadikan-Nya bagian dari setiap langkah kehidupan.
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Allahumma a'inni 'ala dzikrika wa syukrika wa husni 'ibadatik.
Ya Allah, bantulah aku untuk senantiasa mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah dengan baik kepada-Mu.
𝗗𝗼𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗮𝗰𝗮.
Setiap hari doa ini akan dibaca ketika menunaikan solat. Apa maksud doa ini.
رَبِّ اغْفِرْ لِي، وَارْحَمْنِي، وَاجْبُرْنِي، وَاهْدِنِي، وَارْزُقْنِي، وَارْفَعْنِي، وَعَافِنِي، وَاعْفُ عَنِّي
“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah kekuranganku (tutuplah aibku), berilah aku petunjuk, rezekikan aku, angkatlah darjatku, sejahterakanlah aku dan maafkanlah aku.”
Ada waktunya kita tidak tahu bagaimana hendak mengungkapkan segala yang ada di dalam hati. Lalu Allah ajarkan kita sebuah doa yang ringkas, tetapi begitu dalam maknanya.
Kita meminta ampun atas dosa yang lalu, memohon rahmat untuk meneruskan langkah, meminta Allah menampal segala yang retak dan memperbaiki segala yang kurang dalam hidup kita, memohon petunjuk agar tidak tersesat, dan akhirnya meminta rezeki yang Allah tahu paling baik untuk kita.
Barangkali itulah sebabnya doa ini dibaca ketika kita duduk di antara dua sujud saat tubuh kita sedang merendah, hati kita sedang tunduk dan kita mengakui bahawa tanpa pertolongan Allah, 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑛𝑎𝑟𝑛𝑦𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑝𝑢𝑛𝑦𝑎 𝑎𝑝𝑎-𝑎𝑝𝑎.
"Tanpa pertolongan Allah, 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑛𝑎𝑟𝑛𝑦𝑎 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑝𝑢𝑛𝑦𝑎 𝑎𝑝𝑎-𝑎𝑝𝑎".
Allahu deep
Menahan marah bukan bermaksud kita tak terasa. Tetapi kita belajar untuk tidak membiarkan emosi mengawal tindakan.
Ada masa kita rasa terlalu marah sampai susah nak fikir dengan tenang. Waktu macam ni, penting untuk kita belajar mengawal diri.
Bukan semua perkara perlu dibalas ketika emosi sedang menguasai kita. Ada perkara yang lebih baik kita hadapi dengan sabar.
Kalau sudah lama tidak menghadiri majlis ilmu, cuba cari peluang untuk hadir semula.
Hati juga memerlukan makanan.
Jangan hanya sibuk mengisi fikiran dengan urusan dunia. Wawahualam
Ramai suami fikir, bila nafkah duit dah cukup, tanggungjawab dah selesai.
Padahal ada satu lagi nafkah yang isteri perlukan setiap hari, tapi ramai suami terlepas pandang.
Nafkah emosi.
Saya selalu perhatikan, ada isteri yang hidup serba cukup. Rumah ada, makan minum terjaga, duit belanja pun suami sediakan.
Tapi kenapa masih ada yang rasa sunyi dalam perkahwinan?
Sebab isteri bukan cuma nak hidup senang. Dia juga nak rasa disayangi, dihargai dan didengari.
Kadang-kadang dia bukan minta banyak pun.
Dia cuma nak suami tanya, "Awak penat tak hari ni?"
Nak suami peluk tanpa perlu diminta.
Nak suami dengar cerita dia tanpa sibuk tengok telefon.
Hubungan emosi dan kesihatan seksual sebenarnya saling berkait.
Apabila seseorang mengalami tekanan emosi yang berpanjangan, badan boleh mengalami perubahan dalam sistem tindak balas stres, termasuk peningkatan hormon kortisol.
Tekanan yang berterusan juga boleh mengganggu tidur, menjejaskan mood dan mengurangkan keinginan seksual.
Sebab itu ada isteri yang mula kurang berminat untuk bersama suami.
Bukan semestinya dia dah tak sayang.
Mungkin dia terlalu penat, tertekan atau rasa hubungan emosi dengan suami semakin jauh.
Dan suami pun kena faham satu perkara.
Hubungan intim yang sihat bukan hanya bermula di bilik tidur. Ia juga dibina melalui cara kita melayan pasangan sepanjang hari.
Pelukan kecil, kata-kata yang lembut, bantuan menguruskan rumah dan masa berkualiti bersama boleh membantu mengeratkan hubungan.
—Pesanan saya kepada para suami,
Jangan sampai kita terlalu sibuk mencari rezeki untuk bahagiakan isteri, sampai terlupa bahawa kehadiran dan perhatian kita juga sebahagian daripada kebahagiaan dia.
Apa yang membuatkan dua orang manusia mampu bertahan dalam sebuah perkahwinan, walaupun masing-masing punya luka, kekurangan dan sisi yang tak mudah difahami?
Mungkin kita selalu berharap pasangan kita memahami luka kita. Tapi kadang-kadang, kita terlupa bahawa dia juga sedang membawa luka yang sama beratnya.
Dalam perkahwinan, kita bukan sekadar belajar mencintai. Kita belajar memaafkan, memberi ruang, menerima kekurangan dan berhenti mengharapkan pasangan menjadi sempurna.
Sebab cinta bukan tentang mencari seseorang yang tak pernah melukakan kita. Tetapi tentang dua manusia yang belajar memahami, menerima dan tumbuh bersama.
Korang rasa, apa yang lebih penting dalam perkahwinan — mencari pasangan yang sempurna, atau belajar menerima ketidaksempurnaan pasangan kita?
Di saat dunia semakin dipenuhi hiburan dan kelalaian, jangan sampai kita terlupa bahawa kehidupan ini mempunyai penghujungnya. Fitnah akhir zaman bukan perkara kecil untuk dipandang sebelah mata. Lebih-lebih lagi fitnah Dajjal yang merupakan sebesar-besar fitnah.
Perkukuhkan akidah, dalami ilmu agama, lazimi al-Quran dan mohonlah perlindungan Allah daripada fitnah Dajjal. Jangan hanya bersedia menghadapi dunia, tetapi persiapkanlah diri untuk akhirat.
~ Perkukuhkan iman, hadapi fitnah akhir zaman.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Makin Dewasa, Makin Faham.
Tak semua yang kita sayang perlu tahu setiap cerita hidup kita.
• Ada cerita yang lebih baik disimpan.
• Ada rahsia yang cukup Allah tahu.
• Ada bahagia yang tak perlu diumumkan.
Bukan sebab tak percaya, tapi sebab kita dah belajar nilai sebuah privasi.
Protect your peace. Not everyone needs access to your life.
Ya Allah, pada pagi Isnin yang penuh harapan ini, hadirkanlah ketenangan dalam hati kami, lapangkanlah fikiran kami, dan teguhkanlah semangat kami untuk memulakan minggu ini dengan rasa syukur serta keyakinan kepada-Mu.
Kurniakanlah kami kesihatan yang baik, kebahagiaan yang menenteramkan jiwa, rezeki yang halal lagi mencukupi, serta kejayaan dalam setiap usaha yang bermanfaat. Permudahkanlah urusan kami, lancarkanlah pekerjaan kami, dan bimbinglah setiap keputusan kami ke arah yang terbaik.
Lindungilah kami daripada kesedihan yang mematahkan semangat, keresahan yang mengganggu fikiran, dan segala perkara yang membebankan hati. Gantikanlah setiap kesukaran dengan kemudahan, setiap keraguan dengan keyakinan, dan setiap keletihan dengan kekuatan yang baharu.
Ya Allah, limpahkanlah kebaikan kepada kami dan insan-insan yang kami kasihi.
Jadikanlah hari ini dipenuhi keberkatan, pertemuan yang menyenangkan, khabar yang menggembirakan, serta langkah-langkah yang mendekatkan kami kepada kehidupan yang Engkau redai. Ameen
Bersabarlah bila orang buat khianat pada kita, tipu, bohong, buruk sangka, aibkan kita, sakiti hati kita, menyombong dengan kita, mengata kita, buat fitnah atau umpat kita...silakan.
Kerana Allah akan ambil pahala mereka dan diberikan kepada kita. Best kan? Alhamdulillah.
Di akhirat nanti Allah akan paparkan kembali perbuatan mereka untuk diadili. Pada masa itu silalah jawab. Kalau siapa yang takut akan balasan azab Allah, tentu dia tidak akan buat perangai begitu di dunia ini.
Kadangkala, orang yang mengalami anxiety bukan sengaja mahu menyusahkan orang lain. Mereka sendiri penat dengan fikiran yang tak pernah berhenti.
Penat dengan rasa takut yang datang tiba-tiba. Penat dengan jantung yang berdegup laju walaupun tiada apa-apa berlaku. Paling menyedihkan, ada yang terpaksa berpura-pura kuat kerana takut dianggap terlalu sensitif.
Kita mungkin tak nampak apa yang sedang mereka lawan dalam diam. Jadi, sebelum kita menghukum, cubalah memahami.
—Betul sangat-sangat tu. Penat nak hadap semua tu. Kadang okey kadang tak okey. Aku paling kesian dengan partner aku. Banyak bersabar bila aku tengah hadap benda tu. Kadang sampai bergaduh disebab kan aku terlalu sensitif apa pun yang dia cakap. Padahal dia bagi kata-kata semangat untuk aku lawan benda ni. Tapi tu lah.. otak fikiran yang berlawan dengan dia susah nak percaya ni semua
Nice sharing from Ustazah Hazinin. Tentang kehilangan, tentang rindu yang tak pernah padam. Sedikit perkongsian dari majlis ilmu tadi.
“Alangkah baiknya harapan kita di dunia, kita alihkan ke akhirat.”
Apa-apa musibah yang menimpa manusia, semuanya telah ditakdirkan oleh Allah untuk kita lalui.
Redha bukan bermaksud hati tidak terluka. Redha bermaksud kita tidak mempersoalkan atau membantah ketentuanNya. Terus belajar untuk sabar, walaupun hati masih terasa sakit.
Salah satu tanda kasih kita kepada insan yang telah pergi adalah dengan berusaha melayakkan diri ke syurga Allah. Berdoalah agar Allah mengurniakan kita kesabaran, menguatkan hati dan mempertemukan kita kembali dengan insan tersayang di syurgaNya.
Setiap ujian mengajar kita untuk meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Mohonlah agar setiap kesedihan digantikan dengan kekuatan.
Hidup ini sementara. Segala yang kita miliki hanyalah pinjaman daripada Allah dan semuanya milikNya.
Kita kehilangan mereka di dunia, tetapi InsyaAllah, masih ada harapan untuk bertemu kembali di akhirat.
Maka, teruslah berusaha melayakkan diri ke syurga. Semoga Allah menghimpunkan kita kembali bersama kesayangan kita di dalam syurgaNya nanti. Aamiin.
Sepanjang saya mengikuti pelbagai kisah dan perbincangan tentang rumah tangga, satu kesimpulan yang saya dapat:
Masalah kewangan boleh diurus, tetapi kegagalan komunikasi boleh meruntuhkan hubungan.
Kepada para suami, anda adalah tonggak keluarga. Pimpinlah dengan tanggungjawab, kejujuran dan perancangan yang jelas.
Kepada para isteri, sokongan, kefahaman dan kesediaan untuk berbincang juga sangat penting dalam menentukan hala tuju keluarga.
Hutang boleh disusun. Komitmen boleh dirunding.
Kesilapan boleh diperbaiki.
Rumah tangga bukan tentang siapa paling banyak berkorban atau siapa paling benar. Ianya tentang dua pihak yang memilih untuk mencari penyelesaian bersama.
Kerana akhirnya, keluarga yang kukuh bukan dibina oleh kemampuan kewangan semata-mata, tetapi oleh komunikasi, kepercayaan dan kerjasama kedua-dua pihak.
Entah sejak bila aku kehilangan sebahagian daripada diriku sendiri. Terlalu banyak yang dipendam, terlalu banyak yang ditanggung dalam diam, hingga kadang-kadang aku sendiri tidak mengenali siapa diriku hari ini.
Aku rindu diriku yang dahulu, sebelum terlalu banyak perkara mengubah aku. Andai boleh, aku ingin memeluk diriku sendiri dan berkata, “Maaf kerana terlalu lama membiarkanmu terluka sendirian.” Semoga suatu hari nanti, aku kembali menemukan diriku yang pernah bahagia.
Aku bukan tidak bahagia, cuma ada bahagian dalam diriku yang masih memerlukan penyembuhan.
LELAKI PALING BODOH DALAM RUMAH TANGGA.
Lelaki yang sanggup melukakan hati isteri sendiri, demi kebahagiaan perempuan lain. Yang tak sedar, isteri yang dia abaikan itulah yang pernah bersusah payah membina hidup bersamanya.
Dia ingat isteri akan sentiasa kuat, sentiasa memaafkan, sentiasa bertahan. Sampai satu hari, isteri bukan lagi menangis tetapi sudah hilang rasa.
Dan saat itu, barulah dia sedar perempuan yang paling banyak bersabar, juga mampu pergi apabila hatinya sudah mati.
𝗦𝗨𝗔𝗠𝗜 𝗟𝗔𝗣𝗔𝗥 𝗔𝗥𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗕𝗔𝗟𝗜𝗞 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗕𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔.
Suami mengarahkan saya pulang pada jam 11.30 pagi untuk makan tengah hari bersama, sedangkan waktu tersebut masih dalam waktu bekerja.
Adakah saya wajib mematuhi arahan suami atau perlu mengutamakan amanah dan tanggungjawab terhadap majikan?
Para fuqaha memberikan perhatian terhadap akad pekerjaan yang telah dimeterai serta keizinan suami terhadap pekerjaan tersebut.
Imam al-Damiri menyatakan:
وَيَجُوزُ اسْتِئْجَارُهَا بِإِذْنِ الزَّوْجِ بِلَا خِلَافٍ، ثُمَّ لَيْسَ لَهُ مَنْعُهَا مِمَّا اقْتَضَاهُ عَقْدُ الْإِجَارَةِ
Maksudnya: “Harus mengambilnya bekerja dengan keizinan suami tanpa khilaf. Kemudian, suami tidak berhak menghalangnya daripada melaksanakan perkara yang dituntut oleh akad sewaan tersebut.”
(Lihat al-Najm al-Wahhaj fi Syarh al-Minhaj, 5/336-337)
Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa sekiranya seorang wanita telah mengikat akad pekerjaan sebelum berkahwin, kemudian berkahwin ketika akad tersebut masih berlangsung, maka akad pekerjaan itu kekal berkuat kuasa.
Suami tidak boleh menghalangnya daripada menunaikan tanggungjawab yang telah dipersetujui, sebagaimana keadaan seorang isteri yang bekerja dengan keizinan suaminya.
(Lihat Raudhah al-Talibin, 5/186)
Ketaatan kepada suami dan kewajipan mematuhi arahan majikan merupakan dua tanggungjawab yang perlu dilaksanakan berdasarkan hak dan ketetapan masing-masing.
Isteri bekerja melalui akad yang sah dengan keizinan suami, maka dia wajib menunaikan tanggungjawab pekerjaannya sepanjang waktu yang telah ditetapkan.
Awak penat bukan sebab hidup awak berat. Awak penat sebab awak pikul semua benda sorang-sorang. Sakit, awak simpan, sedih, awak simpan. Kecewa, awak simpan. Sampai satu hari, badan awak penat, hati awak penat, semua rasa nak rebah.
Setiap kali solat cuba luah pada Allah.
"Ya Allah, aku dah tak larat, kuatkanlah diriku dan bantulah aku, berilah aku ketenangan". Baru awak rasa ringan. Sebab selama ni yang berat tu bukan ujian. Yang berat tu sebab awak taknak serah kat ALLAH
Kita semua mempunyai luka, beban dan perjuangan yang tidak selalu dapat diceritakan.
Jadi, kalau tidak dapat membantu, sekurang-kurangnya jangan menambah bebannya.
Be kind, be understanding.
Kerana kita tidak pernah tahu, mungkin orang yang kelihatan paling kuat sebenarnya sedang berusaha sehabis daya untuk tidak menyerah.
Bismillah..
Jangan Biarkan Usia Menghentikan Langkahmu Menuntut Ilmu
Tak ada kata terlambat untuk belajar dan memperbaiki diri. Usia boleh bertambah,tetapi semangat menuntut ilmu jangan pernah padam.
Sebab,semakin kita berilmu, semakin kita menyadari betapa banyak yang belum kita ketahui.
وَقُل رَّبِّ زِدْنِي عِلْمًا
(QS. Thaha: 114)
Teruslah belajar,hingga akhir usia.Sebab menjadi lebih baik adalah perjalanan seumur hidup.
Let's be friends, grow together, and strive for Jannah.
Ya Allah, Ya Jabbar, Ya Jabbar, Ya Jabbar.
Sembuhkanlah hati yang terlalu lama menahan sakit. Pulihkanlah jiwa yang hilang arah. Lepaskanlah segala beban yang lama kupendam sendirian.
Ya Allah, gantikanlah segala tangisan dengan ketenangan, segala kehilangan dengan sesuatu yang lebih baik, dan segala kepedihan dengan kebahagiaan.
Jangan biarkan hati ini terus terluka dengan sesuatu yang tak mampu kuubah. Cukuplah Engkau tahu betapa beratnya ujian yang sedang aku lalui.
Aamiin Ya Mujib.
Bismillah..
Jangan Biarkan Usia Menghentikan Langkahmu Menuntut Ilmu
Tak ada kata terlambat untuk belajar dan memperbaiki diri. Usia boleh bertambah,tetapi semangat menuntut ilmu jangan pernah padam.
Sebab,semakin kita berilmu, semakin kita menyadari betapa banyak yang belum kita ketahui.
وَقُل رَّبِّ زِدْنِي عِلْمًا
(QS. Thaha: 114)
Teruslah belajar,hingga akhir usia.Sebab menjadi lebih baik adalah perjalanan seumur hidup.
Let's be friends, grow together, and strive for Jannah.
KERJA
Tak perlu tunggu badan betul - betul penat, emosi terganggu atau kesihatan mula merosot baru nak belajar berhenti sekejap.
Kita bekerja untuk mencari rezeki dan membina kehidupan, bukannya sampai mengorbankan kehidupan sendiri demi kerja.
Sebab akhirnya, kita cuma pekerja disebuah organisasi. Bila tiba masanya, kita boleh diganti dengan orang lain. Tetapi bagi keluarga, kita bukan sekadar seorang pekerja. Kita adalah seseorang yang mereka mahu luangkan masa bersama.
Akhir tahun ini aku membawa misi serius : "Menikmati semua takdir yang Allah tetapkan".
Rencana yang tertunda, harapan yang musnah, cobaan yang bertubi, ternyata menarikku pada satu kesimpulan : aku memang boleh berdoa, namun jangan lupakan Allah-lah pemegang semua kendali.
Lalu apakah aku putus asa? Tidak. Sujudku makin lama, doaku makin panjang.
Apakah masih menetapkan rencana? Nanti dulu. Rasanya hanya ingin menikmati detik demi detik hari ini.