Tiada rahsia nak istiqamah Solat Subuh berjemaah di masjid, melainkan kena tidur awal.
Tidur awal dan mencukupi adalah tips terbaik. Tidur jam 10:00 malam, bangun 5:00 pagi. 7 jam tidur. Ada tenaga untuk qiam sekurang-kurangnya 2 rakaat, witir dan pergi Solat Subuh berjemaah di masjid.
Siapa yang Allah rezekikan perasaan nak buat ibadah ni, dia akan berusaha bersungguh-sungguh.
Kena usaha dulu, kemudian doa semoga Allah bagi taufik dan kekuatan untuk buat.
JADWAL LANGIT: 24 JAM PENJEMPUT KEAJAIBAN.
Hidupmu berantakan? Coba rapikan jadwal dg Allah dulu
Bukan kurang usaha, kamu kurang Tahajud
Ini jadwal yg bikin Allah bangunkan keajaibanmu
Ini rutin dari 03.30 Tahajud sampai 21.30 tidur kembali
Amalkan 7 hari. Lihat keajaibannya
A guy has charged his $1,100 iPhone to 100% every single night for 3 years.
Plug it in at 11pm. Sleep. Unplug at 7am. Same routine, 1,095 nights in a row.
Last month his phone started dying at 30%. Shutting off in the middle of calls. Dropping to 15% the second he opened Maps. He was carrying a charger in his bag, his car, and his desk drawer.
He'd already decided: "It's old. Time to upgrade." He was about to spend $1,100 on a brand new phone.
Then a friend came over for dinner. An ex-Apple Genius Bar technician who spent 4 years diagnosing over 100 dying iPhones a month. He glanced at the phone for about 10 seconds and said:
"Don't buy anything yet. This is fixable. And you've been making the same mistake I watched thousands of customers make."
Here's everything he showed him 🧵
Kalau nak pergi haji guna pakej PJH sekarang, aku akan consider pakej yang begini:
1. Tidak duduk Aziziyah lama sebelum Hari Wukuf. Sebab rasa rugi 15 hari duduk situ. Tak dapat solat berjemaah 5 waktu di Masjidilharam, tawaf sunat setiap hari dan berlama-lama di masjid.
2. Cari PJH yang buat Tarwiyah (sunnah). Jemaah Muassasah memang tak ada pilihan ini. PJH pula tak semua buat.
3. Untuk khemah di Mina tak kisah duduk area Muassim atau Aziziyah. Dapat rasa jalan kaki jauh pengalaman sekali seumur hidup. Lelagi kalau masih muda dan kuat.
4. Muzdalifah kena berhenti bermalam. Taknak pakej yang hanya lalu je naik bas tak berhenti.
5. Nak PJH yang buat Nafar Thani. 4 hari di Mina.
Untuk hotel takde masalah sangat. Sebab biasanya semua PJH Malaysia, hotel tak terlalu jauh sampai lebih 1km seperti sahabat Muassasah.
Kalau dah dapat ciri-ciri begini, barulah survey PJH yang sesuai dengan budget. Takdelah dah sampai sana, baru komplen perjalanan haji tak seperti yang diharapkan.
Setiap orang berbeza-beza keperluannya.
Begitulah.
Pagi-pagi ni, sebelum kita sibuk fikir tentang kerja, bisnes, target dan macam-macam urusan dunia…
Ada satu perkara yang mungkin lebih penting untuk kita fikirkan.
Bagaimana keadaan hubungan kita dengan Allah?
Antara amalan yang sangat baik untuk dibiasakan pada waktu pagi ialah Sayyidul Istighfar.
Bukan sekadar meminta ampun.
Dalam doa ini kita mengaku bahawa Allah adalah Tuhan kita. Kita mengaku kita adalah hamba-Nya. Kita mengakui segala nikmat datang daripada-Nya. Dan akhirnya kita mengakui satu perkara yang kadang-kadang berat untuk manusia lakukan…
Kita mengakui dosa kita sendiri.
Kemudian kita meminta,
فَاغْفِرْ لِي
“Maka ampunilah aku.”
Rasulullah ﷺ menyebut tentang kelebihan besar bagi mereka yang membacanya dengan penuh keyakinan pada waktu siang atau malam.
(Riwayat al-Bukhari, no. 6306)
Mungkin sebelum mulakan urusan pagi ini, ambil masa seminit.
Baca perlahan-lahan. Fahami maknanya.
Mudah-mudahan Allah ampunkan apa yang telah berlalu dan menjaga langkah kita untuk hari yang masih berbaki.