𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓
Tahun baru, peluang baru & harapan baru. Semoga setiap hari dipenuhi dengan kebahagiaan & setiap usaha diberkati dengan kejayaan yang luar biasa.
Ikhlas daripada
PgKB I Aswadi bin Haji Ismail,
Komandan & warga kerja ABPMWU.
Semoga kita sentiasa mampu menambahkan kecintaan kita terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Salam Maulidur Rasul 1446H.
'Al-Falah Pemacu Malaysia Madani'
TANGGAL 23 JULAI 2024, SEJARAH TERCIPTA DENGAN PERASMIAN AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA WILAYAH UTARA OLEH DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZUDDIN SHAH
Salam Maal HIjrah 1446H/2024M diucapkan kepada semua umat Islam di Malaysia.
Semoga kedatangan Tahun Hijrah kali ini akan membawa limpahan rahmat dan kasih dari-Nya.
Ucapan tulus ikhlas daripada:
PgKB I Aswadi bin Haji Ismail
Komandan ABPM Wilayah Utara
DAULAT TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku
𝙎𝙀𝙏𝙄𝙉𝙂𝙂𝙄-𝙏𝙄𝙉𝙂𝙂𝙄 𝙏𝘼𝙃𝙉𝙄𝘼𝙃...
YS TPjB ABDUL RAZAK BIN MUDA, A.M.N. A.S.D.K
di atas pelantikan sebagai
PENGARAH BAHAGIAN LATIHAN,
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
berkuat kuasa mulai 20 MEI 2024.
Moh kome...!!!
Jangan lepaskan peluang bawa anak² kome tengok abang² & kakak² bomba di Jalan Tambun, Sunway City, Ipoh.
Nak tengok pameran, jentera bomba dan pelbagai aktiviti moh ke sana...
Salam Takziah kepada semua keluarga mangsa yang membabitkan 2 helikopter TLDM di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 23 April 2024 (Selasa).
Semoga keluarga mangsa yang terkorban diberi kekuatan menghadapi musibah ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam di Malaysia.
Tulus ikhlas:
PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan & warga kerja ABPM Wilayah Utara.
PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA ASNAF
4 April 2024 / Khamis - Sumbangan kepada keluarga ASNAF disampaikan oleh PgKB II Zahiha binti Haji Mohd Nor, Timbalan YDP Kelab Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan ABPM Wilayah Utara bagi membantu keperluan sempena Hari Raya Aidilfitri.
PROGRAM WORLD #QURANHOUR 2024 PERINGKAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
4 April 2024- ABPM Wilayah Utara telah mengadakan bacaan & menghayati Surah Al-Jumu'ah ayat 62. Turut menjayakan program ini PgKB I Aswadi bin Haji Ismail, Komandan ABPMWU bersama kakitangan.
TAKLIMAT PENYAKIT HABA DAN CUACA PANAS
4 April 2024/Khamis-Taklimat disampaikan oleh Dr. Nirwan bin Oksa, Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Batu Gajah
Program dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), ABPM Wilayah Utara.
SALAM NUZUL AL-QURAN
buat semua umat Islam,
Marilah kita sama-sama memperingati, menghayati, memahami, beramal dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.
Kelab Sukan, Kebajikan & Kebudayaan (KSKK) Akademi Bomba Wilayah Utara melalui Timbalan Yang Dipertua KSKK, PgKB II Zahiha binti Haji Mohd Nor telah menyerahkan Bakul Ramadan kepada ahli² kelab iaitu dari kalangan staf ABPM Wilayah Utara.
SUMBANGAN DARIPADA KAKITANGAN ABPM WILAYAH UTARA KEPADA KELUARGA ARWAH ALLAHYARHAM PBK II (KUP) MOHD IZWAN ILIAS PEGAWAI BOMBA JBPM NEGERI PULAU PINANG
AL-FATIHAH DIBACAKAN
PEMERIKSAAN PEGAWAI CGSO KE ABPM WILAYAH UTARA
7 Mac 2024/Khamis - Rosmawati bt Ibrahim, Pegawai Keselamatan Kanan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia(CGSO),Negeri Perak. Kehadiran beliau telah disambut oleh PgKB I Aswadi bin Hj Ismail, Komandan ABPMWU