“Wahai Orang Beriman, serahkan hatimu kepada ALLAH. Selagimana ALLAH bersama kita, kita tidak akan bergantung kepada Amerika dan Eropah. Tidak akan jadi hamba mereka mahupun mengikut jalan mereka.”
-Mawlana Shaykh Nazim Al-Haqqani
“Umur ialah anugerah ALLAH سبحانه وتعالى kepada kita. Ia hanyalah bekas yang boleh diisi sama ada dengan pahala atau dosa. Orang yang beriman akan sangat bimbang mengisi bekas umur ini dengan dosa kerana takut kesannya pada hidup.”
-Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
“Bersemangatlah engkau dalam menuntut ilmu dunia dan bekerjalah untuk kehidupan dunia, namun jangan dilupakan menuntut ilmu agama, karena bukan miskin yang mesti kita takutkan, tetapi bodoh dalam hal agama yang mesti kita risaukan.”
-KH. Muhammad Zaini
Sekarang bukanlah waktu untuk fikir anak-anak kamu kerja apa, sebaliknya kamu kena fikir bagaimana untuk nak menyelamatkan anak kamu pada akhir zaman ini.
-Tuan Guru Ustaz Sidek Nor
“Kita memang tak baik tetapi orang menyangka kita baik. Maka hargailah sangka baik orang lain dengan berusaha jadi seperti yang mereka sangka.”
-Maulana Abdul Hamid Chin
“Tidak akan tahu hakikat keutamaan Maulid, kecuali orang yang telah tahu hakikat keutamaan dan kemuliaan Insan yang dilahirkan di bulan Maulid.”
-Habib Umar bin Hafidz
“Di saat engkau telah mampu menunjukkan rahmat dan kasih sayang kepada orang yang menyakitimu serta berharap untuknya kebaikan dunia dan akhirat, maka ketahuilah, hatimu telah memiliki tautan dengan SAYYIDINA MUHAMMAD ﷺ.”
[KH. Muhammad Zaini bin Abdul Ghani]
“Perlakukan orang lain dengan keindahan dan kebaikan hatimu, tak perlu kau berharap balasan baik dari mereka. Jika mereka melupakan segala kebaikanmu, jangan bersedih karena ALLAH tak kan melupakan kebaikanmu.”
-Habib Umar bin Idrus Al-Khirid
“Riak adalah penyakit hati yang membuat ramai manusia terhijab dari RASULULLAH ﷺ, kerana mereka melakukan amalan untuk mendapat perhatian manusia, dan bukan kerana ingin keredhaan ALLAH dan RASUL-NYA.”
-Habib Nael Ben Taher
“Iman kita itu seperti pepohonan. Kalau disiram terus dia menjadi segar terus bersemi. Tapi kalau tidak disirami dia menjadi layu akhirnya mati.”
-Habib Anis bin Alwi Al-Habsyi
“Permasalahan Palestina adalah kewajiban semua ummat Islam, untuk melakukan perlawanan dengan berbagai cara, terhadap kezaliman.”
-Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi
“Mati kurang duit tiada masalah, mati kurang sihat tiada masalah, mati tidak tercapai cita-cita tiada masalah, tetapi mati belum kenal Baginda RASULULLAH? Satu musibah besar dunia akhirat.”
-Syeikh Ahmad Al-Hadi Al-Hasani At-Tijani
“Menghadapi kebencian dengan kebencian hanyalah menambah kegelapan dunia, saat dunia dan sekitarmu terasa sempit kerana kebencian, luruskanlah dengan cinta.”
-Habib Ali Zainal Abidin bin Abdurrahman Al-Jufri
2 langkah saja menuju ke Syurga Allah, pertama berbuat ketaatan dan yang keduanya tinggalkan maksiat.
Nasihat Syeikh Abdul Qadir Al Jailani رحمه الله ~
“Ketika kita mengucapkan Shalawat kepada NABI ﷺ, maka akan timbul cinta kepada BELIAU. Dengan demikian, kita akan semakin banyak melakukan sunnah-sunnah yang dilakukan oleh NABI MUHAMMAD ﷺ.”
-Habib Muhammad Luthfi bin Yahya