Benzo[a]pyrene (BaP or B[a]P) is a polycyclic aromatic hydrocarbon and the result of incomplete combustion of organic matter at temperatures between 300 °C (572 °F) and 600 °C (1,112 °F). The ubiquitous compound can be found in coal tar, tobacco smoke and many foods, especially grilled meats. The substance with the formula C20H12 is one of the benzopyrenes, formed by a benzene ring fused to pyrene. Its diol epoxide metabolites (more commonly known as BPDE) react with and bind to DNA, resulting in mutations and eventually cancer. It is listed as a Group 1 carcinogen by the IARC.
KEMASKINI
PENDEDAHAN BAHARU
Pasukan Perisikan Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Perisikan Kebangsaan(MIT) Turkiye berjaya menyelamatkan seorang jurutera Palestin iaitu Omar A yang menggodam Iron Dome Israel lapor Berita Türkiye, Daily Sabah
Jurutera itu diculik oleh Mossad di Kuala Lumpur dan dibawa ke sebuah kabin terpencil 50 km dari KL pada September 2022. Hasil maklumat Pasukan Perisikan Malaysia dan Pasukan Risikan Balas MIT. Satu serbuan dilancarkan Pasukan Perisikan Malaysia dan menahan 11 orang yang terlibat
Selepas operasi itu. Omar A dibawa ke sebuah rumah selamat yang dilindungi MIT di Turkiye. Hasil maklumat Omar A membawa kepada satu lagi operasi oleh Unit Lawan Keganasan Polis Türkiye menangkap Foad Osama Hijazi iaitu seorang ejen Mossad dan bekerja dengan Nikola Radonij. Nikola cuba menawarkan Omar untuk bekerja di Brazil atau Istanbul sebagai pembangun perisian. Namun perancangan sebenar Nikola ialah menculik Omar dan membawanya ke Tel Aviv. Tetapi MIT telah memaklumkan Omar mengenai rancangan itu menyebabkan Omar menolak tawaran itu
Omar.A terlibat dalam menggodam dan mendapatkan maklumat sulit Iron Dome pada 2015 dan 2016 bagi membantu Briged Al Qassam mengenal pasti kelemahan Iron Dome. Dia menjadi sasaran Mossad sejak itu
Saya rasa agak mindblown sikit dengan berita ini.
Cuma kurang pasti lagi sejauh mana kesahihannya.
Panjang sikit, saya cuba buat ringkasan:
- Unit Perisikan Turkey berjaya gagalkan perancangan Mossad untuk culik seorang jurutera asal Palestin yang berada di MALAYSIA!
Lelaki Misteri Yang Diburu Israel Selama 30 Tahun.
Itulah dia Muhamad Deif. Disifatkan sebagai individu yang mustahil.
Kerana mustahil untuk ditangkap & dibunuh.
Sudah berkali-kali usaha untuk membunuh beliau, namun gagal sama sekali!
Siapakah Deif yang misteri ini? 🧵Part 1.
Trip ke Japan 🇯🇵 10 hari 9 malam pada Musim Sakura 🌸 2023
Osaka-Nara-Kyoto-Mt Fuji-Tokyo
5 years of dreams and savings.
Finally able to step my foot there..serious rasa nak pergi lagi
This is my itinerary thread 🧵
Saya tak akan naik banana bot, bot laju, para gliding atau jet ski yang disewakan tepi pantai. Sebab semua ni, kalau aku accident tak boleh claim insuran hayat, kesihatan atau personal accident. Dia dianggap aktiviti bahaya, kalau nak buat juga - atas risiko sendiri. Buang duit premium aku bayar mahal setiap bulan je kalau aku cedera atau mati tak boleh claim.
Aktiviti bahaya lain seperti flying fox, bungee jumping, diving pun aku tak buat. Aktiviti ni kena ada insuran tambahan.
Yang naik ride kat funfair ride pun aku takut naik kalau dia bukan syarikat besar. Kalau naik dia punya roller coaster dan aku jatuh lumpur seumur hidup - at least aku boleh lagi saman syarikat tu RM1 juta dia mampu bayar. Yang buat funfair kecil tu aku tak yakin dia boleh bayar.
Polisi insuran ni benda orang jarang baca, tapi at least kena tahu lah apa exclusion list (benda tak di cover). Logik dia simple, jangan cari bahaya/risiko tambahan kalau ia boleh dielakkan.
Dulu saya pernah join group ini, “B40 Buat Perangai Apa Hari Ini”, tapi banyak toksik lalu saya keluar.
Tadi terperasan tulisan di group berkenaan, yang sangat bermanfaat ini.
Sangat deeeeeeeeeeeeeeppppp. Berbeza daripada posting biasa yang saling mengutuk B40 dan acah-acah T20.
Ini tulisan penuh:
Assalamualaikum, saya nak kongsi pengalaman sikit.
Saya ni masih belajar. Hobi saya ialah detailing kereta.
Jadi bila cuti sem, saya akan ambil part time detailing kereta.
Kalau ada yang tak tahu detailing tu apa, detailing tu macam polish dan bersih kereta.
Saya selalu detail kereta saya sendiri.
Tak pernah terfikir nak cari side income.
Sebab ia sekadar hobi.
Customer pertama yang saya dapat pun tak pernah minta, jumpa melalui kenalan. Orang kaya.
Tak tahu la T20 ke apa. Dia ada koleksi kereta mewah.
Jadi setiap cuti sem, saya akan ke rumah nya untuk detail kesemua kereta nya.
Dia puas hati dengan hasil kerja saya. Jadi dia recommend pada kawan kawan selevel nya untuk ambil khidmat saya.
Pada mulanya takut, sebab nak detail kereta kereta atas sejuta. Tapi gagahkan diri.
Dapat la pengalaman dan dapat juga merasa naik kereta nya. Saya dah detail bermacam macam kereta.
Customer baik muda dan tua. Apa yang saya dapat dari pengalaman saya ini ialah :
1. Orang yang betul betul kaya, tak pernah minta kurang. Contoh, saya letak harga RM2500 untuk satu kereta. Mereka bayar tiada masalah.
2. Bila dia bayar, dia expect kerja tiptop. Kalau kerja tak tiktop, dia takkan maki atau apa apa, tak marah pun. Cuma itu je la kali terakhir dia ambil servis kita.
3. Orang kaya ni bila dia bayar, dia tahu kerja cantik, perfect dan siap. Jangan hassle dan buat kerja ala kadar.
4. Sangat bagus jika kalian ada customer atau kenalan orang kaya, bagus untuk networking. Saya ada borak borak dengan customer saya, ada yang tawarkan intership di syarikat mereka bila saya habis belajar.
5. Mereka tak kedekut ilmu, saya bebas bertanya bermacam macam soalan dan minta pandangan, mereka rancak bercerita. Macam seolah olah mereka suka. Saya berumur 24. Jadi saya banyak bertanya pada customer, hal ehwal ekonomi, politik, perkahwinan, perbankan dan macam macam lagi. Saya suka bertanya dan belajar. Sebab saya baru setahun jagung, dapat ilmu free.. dari orang hebat. Siapa taknak.
6. Pada mula kenal mereka, saya rasa rendah diri sangat. Yela kita bukan sesiapa, dapat customer yang high level. Tapi mereka layan saya sebaik mungkin. Menghormati saya. Saya sangat menghargai layanan mereka. Patutla makin kaya. Sebab jenis tak riak dan sombong.
7. Boleh dikatakan kesemua customer saya tak pernah ambil gambar dan video kereta post di social media, baik tua atau muda. Saya lihat sendiri. Sebab saya ada add mereka di FB. Mereka mereka ni pakai mclaren, porsche, ferrari, lambo, aston. Kita pakai Honda dah hari hari up story tunjuk stereng. Benda ni buat saya reflex diri saya.
8. Saya pernah bertanya pada mereka ni, kenapa tak post di social media. Untuk kongsi hobi pada orang ramai. Jawapan mereka, mereka malu. Sebab mereka kata, post atau share di social media pakai ferrari, ada lagi orang kaya pakai lebih dari ferrari. Jadi mereka rasa malu nak kongsi.
9. Mentaliti mereka agak lain dari kita. Cara bercakap, pun dah tahu. Mereka lebih banyak dengar dari bercakap.
10. Tak semua orang kaya tu poyo dan berlagak. Ada tu memang ada, tapi orang yang betul betul kaya duit tak habis, jenis tidur pun duit masuk ni lain gayanya. Macam kau tengok apek cina pergi masuk kedai pakai seluar pendek selipar jepun, duit dalam bank juta juta. Ini fakta.
11. Saya juga melihat lifestyle mereka, biasa biasa je. Nak kata over limit, tiada. Macam kita kita juga, tapi tak pernah pulak nampak mereka beli Starbucks atau apa apa. Beli Nescafe 3 in 1 je bancuh sendiri. Benda yang ni saya tahu, kebanyakkan bos bos atau doktor doktor lunch pun bawak bekal, kita yang kerja gaji minimum ni lunch Starbucks. Benda ni juga banyak buat saya reflex diri saya.
12. Saya tengok gaya anak anak mereka ni, tak sombong. Mereka tegur saya dulu, ajak berborak. Sangat ramah. Tengok telefon mereka pun, saya punya telefon lagi mewah dan canggih haha. Ada anak mereka yang masih belajar tu, pun bekerja part time bila cuti sem. Itu bapak kete juta juta macam hotwheels pun ada kena cari
duit sendiri. Ini sangat bagus. Berdikari.
13. Untuk pengetahuan, mereka mereka ni kaya dan beli kereta mewah bukan untuk berlumba tengah highway macam kera dapat bunga. Mereka jenis sewa track sehari buat event diantara mereka sendiri. Nak pecut ke apa semua dalam track. Benda ni boleh tanya pada para pekerja litar, betul atau tidak. Mereka boleh jawab.
14. Isteri orang kaya, saya lihat takda handbag mewah. Ataupun rantai emas di tangan. Yang saya nampak gelang silver dan cincin. Itu sahaja. Tiada pandang saya atas bawah, sangat menghormati saya. Ada jugak dapat customer dari orang konon kayangan, padahal suami bekerja, suami yang kaya. Dia tumpang kaya je. Tapi dia lebih sudu dari kuah. Ada beza mentaliti orang betul betul kaya dan golongan wanita yang bekerjaya. Saya tak kata housewives tak elok, jangan salah faham, tapi berdasarkan pengalaman, housewives yang suami kaya la layan saya teruk. Cerewet dan pandang saya atas bawah, kadang bercakap tak pandang muka saya pun.
Saya banyak belajar dari mengenal golongan kaya, profesional dan high level ni.
Yang buruk tu ada, tapi tolak tepi. Saya ambil yang baik sahaja. Surround yourself with high quality people.
Bila kita lihat kat social media sekarang, dengan jenis tayang kereta, tayang emas, rumah, duit.
Banyak buat saya reflex diri saya. Orang yang mewah pun ala kadar, kau dan aku yang secebis ni acah acah pulak.
Sekarang ni ada kasta b40 la t20 la. Saya tak percaya benda tu.
Bukan duit yang melambangkan kedudukan social kita. Tapi mentaliti.
Bila mentaliti elok, automatik nampak bijak dan berpendidikan waima kau kerja tukang kebun sekalipun.
Mentaliti dan common sense.
Saya akhiri dengan quotes dari one of my customer.
“The idea is to be RICH, not to look RICH”
Jangan lupa follow @afyanIFP utk lagi tip-tip kewangan dari Wakanda.
Wahai @KKMPutrajaya@DrZalihaMustafa
1. Tajuk adalah penjelasan isu elaun oncall Pegawai Perubatan, kenapa gunakan gaji Pakar Perubatan RM 18,000 sebagai contoh? Beza jawatan & beza gred.
2. Contoh ETAP yang digunakan adalah RM220 untuk pegawai perubatan, -
Jika malam ke-27 Ramadan selalu dikaitkan dengan Lailatul Qadar, malam itu juga selalunya kita bertemu dengan surah al-Najm andai kita membaca satu juzuk sehari.
Ketika membaca surah al-Najm di dalam tarawih, kisah Mi’raj Nabi Muhammad ﷺ menjadi kisah yang ufuknya paling jauh saya mampu pergi di alam semasa, andai saya bayangkan baginda sudi membawa saya bersamanya di dalam perjalanan itu.
Perjalanan Isra’ ada banyak urusan dunia yang perlu kita teladani dan lunaskan. Tetapi perjalanan Mikraj berpindah ke alam yang pintunya terkunci, tidak terbuka, kecuali dengan iman.
Perjalanan yang akan berbunyi khayalan malah tahyul dan ala-ala Avatar, jika hati belum benar-benar beriman mengenai siapa Muhammad, siapa Allah dan apakah sebenarnya hidup ini.
Saya bayangkan, saya berdiri di belakang Rasulullah ﷺ semasa baginda bertemu dengan Nabi Ibrahim ‘alayhi al-salam di langit ketujuh, sebelum baginda bersendirian ke Sidratul Muntaha.
Wajah mereka berdua begitu seiras.
“Wahai anak yang soleh, nabi yang soleh” kata Ibrahim.
“Sampaikan salamku kepada umatmu. Pesankan kepada mereka bahawa Syurga itu adalah dataran yang subur tanahnya, enak airnya. Ia tidak berpohon. Perbanyakkanlah menyebut Subhanallah, Alhamdulillah, La Ilaha Illallah, dan Allahu Akbar. Itulah yang menumbuhkan pohon-pohon di Syurga nanti.”
Semenjak Mi’raj itu, semenjak saya menyelak lembaran al-Quran, Sahih al-Bukhari, Sahih al-Tirmidhi dan lain-lain pada bulan Rejab yang lalu, dunia yang kebelakangan ini terasa sangat sempit menekan jiwa, jadi terbuka lapang kerana Syurga.
Kerana nampak jalan untuk menujunya.
Terasa dunia ini sesungguhnya sementara. Perlu sentiasa bersedia melepaskannya, tanpa mengabaikannya semasa masih menghuninya.
Tarawih malam ke-27 lebih panjang daripada biasa. 49 kali berulang-ulang pula disapa pertanyaan “nikmat Tuhan yang manakah engkau dustakan?” , saya khuatir panjang itu membebankan keluarga.
Apabila ada anak yang berkata “tidak mengapa ayah, saya suka dengan solat”, hilanglah seketika segala kesakitan dunia, timbul kekuatan untuk menadah tangan berdoa.
“Ya Allah, terimalah ibadah kami, hamba-hamba-Mu yang penuh bergelumang dosa ini, masukkan kami ke Syurga-Mu, dan himpunkan kami dengan Muhammad, Ibrahim, sekalian Rasul dan insan-insan yang Engkau reda, amin”
Selamat tinggal Ramadan…
IKAN BAKAR REMPAH PADU BEB ALA KEDAI IKAN BAKAR PASTI MENJADI
Sape kat sini nak sangat makan ikan bakar berempah tapi taknak keluarkan modal yang besar? Kalau makan kat kedai paling kurang kena belanja Rm300-Rm400 untuk satu family. Sekarang boleh buat sendiri je kat rumah.
Resepi ni untuk sekor ikan merah atau kerapu 1-1.5kg je.
Kurang atau lebih boleh adjust sendiri lepas ni.
Bahan kisar :
3 inci halia
3 inci lengkuas
12 biji bawang merah
1 setengah bawang holland
4 batang serai besar
2 sudu kecil udang kering
3 biji cili merah besar
4 helai daun limau purut
6-10 cili kering
Kisar semua bahan kat atas. Pastikan lumat sepenuhnya. Kalau tak rasa dia kurang 'MELETOP'
Bahan tambahan
5 sudu cili kisar
2 keping asam keping
1 sudu kecil gula melaka
Gula putih
Garam
Penambah perisa
Sedikit minyak
Cara penyediaan pes
1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar tadi sampai naik aroma yang wangi. Pastikan warna tu dah jadi sedikit kekuningan.
2. Then masukkan asam keping dan cili kisar dalam tu. Gunakan api sederhana je untuk beberapa minit, tumis sampai pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan gula melaka dan serbuk perasa. Tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi, akhirnya pes sudah siap. 🤗
CARA BAKAR GUNA PES
1. Siang ikan dan basuh bersih bersih. Buang semua darah darah & organ dalaman. Gosok banyak kali dengan air bersih.
2. Sediakan daun pisang besar besar. Takut ada pes yang mengalir keluar lepas bakar. Letak ikan atas daun pisang dan lumurkan pes tadi atas ikan. Kalau boleh lumur dalam perut sekali sampai rata. Bagi rasa pes tu masuk dalam isi ikan sekali.
3. Bakar atas kuali atau pemanggang dalam 30 minit. Sambil2 tu cuba la selak sikit takut terlebih masak. Bila isi ikan dah bertukar warna putih, ikan dah siap dan sedia untuk dihidangkan.
Alhamdulillah nikmatilah keenakan ikan bakar berempah dengan keluarga tercinta tanpa ragu-ragu ye.
🥰
Kredit: Siti Aisyah Husin(MAHN)