Agak panas ya isu HIV kebelakangan ni.. Apa2 pun, saya tidaklah sokong/backup pihak tertentu. Cuma, buka lah mata. Tak semua orang dapat HIV dengan secara sengaja. Namun, jangan la pandang serong dekat pesakit HIV. Memang penyakit ni masih tiada penawar..
Yang betul kita sokong, yang salah kita tegur. Bila ramai yang hentam pesakit HIV, risau mereka tertekan & tak mahu teruskan rawatan. Bila tak makan ubat, akan kena start ubat 2nd line which is agak mahal kosnya. Bila tak mampu bayar, faham sendiri kesannya
Saya dah 7 tahun hidup dengan penyakit ni. Tapi apa yang boleh saya banggakan, saya jarang sangat jatuh sakit. Tahun ni pon saya tak pernah lagi guna cuti sakit di tempat kerja.
Haritu terdengar ada orang bersembang dekat sebelah. Bunyi nya macam ni :
โHiv tu ancaman dekat orang sekeliling kan? dia tak takut ke kena Aids?โ
Hmโฆ hiv dan aids tu berbeza ya. tak semua orang yang ada hiv, akan dapat aids. tapi..orang yang ada aids, mesti ada hiv.