Dari bilik kuliah hingga ke tempat kerja, AI sedang mengubah cara kita belajar, bekerja dan berinovasi.
๐ Sabtu | 25 Julai 2026
๐ Fakulti Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber (FAIX), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Jom sertai saya di Jelajah AI MyMahir (JAM) TalentCorp dan terokai bagaimana AI boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran, kerjaya dan kehidupan seharian.
Kita jumpa esok!
Kesinambungan kepada kestabilan dan rekod prestasi yang telah terbukti sebelum ini kekal menjadi sandaran utama kami.
Insya-Allah, kita teruskan usaha. Kekal HARAPAN!
Selesai proses penamaan calon PRN Negeri Sembilan di Dewan Besar Majlis Daerah Jelebu, Kuala Klawang pagi ini.
Gandingan muka baharu dan tokoh berpengalaman diletakkan sebagai tawaran khidmat terbaik Harapan buat masyarakat di 4 DUN dalam Parlimen Jelebu:
๐บ N.01 Chennah: Loke Siew Fook
๐บ N.02 Pertang: Mohd Umry
๐บ N.03 Sungai Lui: Cikgu Zainal Fikri
๐บ N.04 Klawang: Bakri Sawir
Universiti bukan sekadar tempat melahirkan graduan. Ia adalah ruang membina pemikiran, mencabar idea dan menyediakan generasi yang mampu memimpin masa depan negara.
Masih banyak persoalan yang perlu dijawab. Tentang tadbir urus, kebebasan akademik, demokrasi mahasiswa, kebajikan, serta masa depan pendidikan tinggi dalam dunia yang sedang berubah begitu pantas.
Ini adalah jalan yang sedang diusahakan dan akan terus dilaksanakan. Perjalanan ini akan menjadi lebih bermakna apabila lebih ramai memilih untuk bersama-sama menyumbang fikiran, pengalaman dan harapan.
Kerana reformasi yang sebenar tidak dibina oleh seorang individu, tetapi melalui keberanian kita untuk mendengar dan membina konsensus.
Perubahan yang baik tidak datang dari usaha bersendirian, dan ia sentiasa bermula dengan mendengar. Ini cara kerja di Kementerian Pendidikan Tinggi.
Hari ini kami adakan sesi pendahuluan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan ke arah proses konsultasi nasional bagi merangka hala tuju baharu pendidikan tinggi negara. Bukan untuk mengesahkan apa yang kita sudah fikir tahu, tetapi untuk membuka ruang kepada pandangan yang pelbagai.
YB Adam Adli hadir menziarahi keluarga saudara Amirul Izwan di Kampung Pasir Puteh, Bachang pagi tadi.
Hati sayu melihat keadaan anak mereka, Adik Arraf Nidal yang kini sedang diuji dengan penyakit jantung berlubang.
Dari Buloh Kasap hingga ke Kukup, 56 calon Pakatan Harapan telah turun padang, menyantuni semua bagi menyatakan hasrat dan niat untuk Johor yang lebih maju dan sejahtera.
Pada hari mengundi, kami mohon sokongan anda buat Pakatan Harapan di kotak undi, agar hasrat ini dapat kita zahirkan bersama.
Terima kasih atas setiap sokongan dan pertemuan. Selamat mengundi Johor.
Johor Ke Depan, Undi HARAPAN! ๐บ๐ฉ
Bersama warga Dun Layang-Layang malam ini untuk merahkan gelombang perubahan. Rakyat berbilang kaum turun menyatakan pendirian dan dukungan kepada calon Pakatan Harapan saudara Guna Balakrishnan. Saya yakin beliau akan mewakili Dun Layang-Layang dengan sikap kepedulian yang tinggi, Insya-Allah.
Johor Ke Depan. Undi HARAPAN๐บ๐ฉ
#HARAPAN
#MemaknaiHARAPANrakyat
#YakinHARAPAN
Generasi pelapis negara hari ini semakin bersedia. Keupayaan mereka menapis lambakan maklumat di alam maya mahupun di ruang perbincangan membolehkan mesej-mesej penting negara difahami dengan lebih jelas.
Kesediaan generasi muda ini dizahirkan di Program Sentuhan Sahabat MADANI di Bukit Gambir, apabila penduduk setempat dan pelajar Tingkatan 6 bersama-sama setuju dengan pesanan YAB Perdana Menteri, dalam memetik hikmah dari Mahatma Ghandi bahawa โBumi ini cukup untuk keperluan semua, tetapi tidak cukup untuk mereka yang tamak.โ
Pesanan ini disambut dengan satu isyarat positif. Ada kesedaran yang kuat bahawa jika kita saling melengkapi dan membuang sifat tamak, setiap cabaran boleh diselesaikan bersama demi memberikan yang terbaik buat bumi Malaysia.
PMX juga telah memaklumkan satu inisiatif khas Tingkatan 6 yang bakal dilaksanakan untuk kalian. Perinciannya akan menyusul kelak, insya-Allah.
Di IPG Temenggong Ibrahim, Johor Bahru tengah hari tadi bersama-sama pelajar Tingkatan 6 Negeri Johor dalam Kongres PraUniversiti MADANI 2026 Peringkat Negeri Johor yang menghimpunkan 500 pelajar dan perwakilan masing-masing.
Sepanjang dua hari persidangan, para pelajar membuktikan bahawa perbezaan pandangan mampu diraikan secara matang melalui pertembungan idea yang sihat dalam ruang wacana yang terbuka. Inilah budaya intelektual yang wajar terus dipupuk.
Di Kementerian Pendidikan Tinggi, kami akan meneliti setiap usul yang telah dibahaskan serta meneroka ruang kerjasama yang boleh digerakkan sebagai persediaan ke arah Tingkatan 6 yang bakal bernaung di bawah KPT mulai tahun 2027.
Dalam suasana demokrasi yang sedang rancak di Negeri Johor, saya percaya pengalaman seperti ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami bahawa demokrasi bukan sekadar soal memilih, tetapi juga tentang berhujah dengan fakta, menghormati perbezaan pandangan, dan mencari titik temu demi kepentingan bersama.
Mudah-mudahan pengalaman hari ini menjadi bekalan berharga untuk melahirkan generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga matang dalam berfikir, berdialog dan memimpin.
Malam tadi di Pentas Jelajah Trak AMK, Bukit Batu! Bersama barisan pimpinan nasional dan negeri, kita rungkai isu-isu semasa terus kepada rakyat.
Di DUN N.51 Bukit Batu, Pakatan Harapan kekal menawarkan calon muda dengan rekod khidmat yang cemerlang, Saudara Arthur Chiong untuk terus menabur bakti disini.
Masa berbaki kurang 48 jam! Buat warga Bukit Batu, turun mengundi dan berikan mandat kepada Saudara Arthur Chiong โ Calon No. 4.
Johor Ke Depan, Undi HARAPAN ๐บ๐ฉ
Buat anak-anak Johor, pulanglah dan tunaikan tanggungjawab menentukan masa depan negeri ini.
Berilah peluang kepada HARAPAN untuk berkhidmat dengan jujur, membawa kepimpinan yang bersih dan berintegriti, serta memastikan hasil pembangunan benar-benar memberi manfaat kepada seluruh rakyat.
Johor Ke Depan. Undi HARAPAN ๐บ๐ฉ
#HARAPAN
#MemaknaiHARAPANrakyat
#YakinHARAPAN
Dalam perjalanan ke Bukit Batu, kami singgah sebentar di Sungai Balang.
Di sini ada seorang anak tempatan yang memilih untuk pulang dan berbakti kepada tanah kelahirannya. Bagi ramai warga Sungai Balang, Sdri. Soraya bukan sekadar seorang calon, tetapi juga lambang harapan bahawa pendidikan dan pengalaman mampu diterjemahkan kepada khidmat untuk masyarakat.
Pada usia 31 tahun, โAkak Kapalโ, graduan Kejuruteraan Maritim dari Universiti Southampton, membawa gabungan ilmu, pengalaman dan semangat untuk mengemudi N.16 Sungai Balang ke arah masa depan yang lebih baik.
Insya-Allah, Sabtu ini, buat seluruh warga Sungai Balang, berikan sokongan anda buat Calon No. 3, Soraya Badaruddin.
Johor Ke Depan. Undi HARAPAN! ๐บ๐ฉ
#PakatanHARAPAN
Sumbangan perniagaan kepada seorang peniaga di Peringgit Jaya telah disampaikan oleh Sdr Ridhuan bagi mewakili YB Adam Adli.
Sumbangan ini diberikan sebagai tanda sokongan kepada peniaga tempatan dalam membantu meringankan beban serta menyokong kelangsungan perniagaan mereka.
This yearโs theme, Education, Trade & Investment, reflects a powerful reality: sustainable growth begins with people.
Higher education today is no longer confined to producing graduates. It has become a strategic catalyst for nurturing globally competitive talent, advancing innovation, strengthening economic cooperation, and attracting quality investment.
At its core, education also celebrates diversity, bringing together different cultures, perspectives, and experiences, and transforming them into shared strength that enriches societies and deepens mutual understanding between nations.
Malaysia continues to view Africa as a strategic partner of the future. From academic mobility and joint research to TVET, digital transformation, food security, and green technology, the potential for deeper collaboration is immense and mutually beneficial.
As our diplomatic and educational ties continue to flourish, so too must our collective ambition to create opportunities that empower future generations.
May todayโs dialogue inspire stronger partnerships, meaningful collaboration, and shared prosperity for both our regions.
Education remains one of the most enduring investments a nation can make. Beyond classrooms and lecture halls, it builds trust, strengthens diplomacy, drives innovation, and creates opportunities that transcend borders.
Honoured to attend the Africa Day 2026 Symposium, a meaningful platform celebrating the growing partnership between Malaysia and the African continent.
Truth be told, my understanding of Africa is still limited. Much of what I first learnt about the continent came years ago through the writings of Chinua Achebe, as well as the works of Nelson Mandela. Like many, it was through literature that I began appreciating the richness, complexity and depth of African societies and histories.
Petang ini berkesempatan turun bersama Saudara Mani di sekitar Bukit Kecil, Felda Sri Jaya dan Bukit Kepong.
Sambutan yang diberikan cukup baik, dan jelas terasa semangat masyarakat setempat yang mahukan suara mereka terus dibawa ke hadapan.
Saudara Mani saya kenal sebagai seorang yang tenang, sederhana dan ikhlas dalam perjuangan. Beliau bukan individu yang banyak berbicara, tetapi komited dalam kerja dan khidmatnya.
Saya percaya Bukit Kepong memerlukan wakil yang memahami denyut nadi masyarakat setempat serta bersedia bekerja bersungguh-sungguh untuk masyarakat.
Semoga perjalanan kempen ini dipermudahkan.
Kepada pengundi N.07 Bukit Kepong, berikan sokongan kepada calon No. 1 Pakatan Harapan, Saudara Mani.
Johor ke Depan, Undi HARAPAN ๐ฉ
Hari ini bukan sekadar hari penamaan calon. Ia seperti langkah pertama, kecil tapi bermakna, untuk melihat sejauh mana usaha kita sampai ke hati rakyat. Apa yang berlaku hari ini jadi cermin, untuk kita belajar dan baiki langkah sepanjang perjalanan ke depan nanti.
Di balik hangat dan mesra dalam sapaan bakal pengundi, ada harapan yang kembali tumbuh. Kapal kita juga tampil dengan wajah-wajah baharu, masing-masing datang dengan hasrat dan niat yang besar. Tidak sekadar bertanding, tapi ingin mendengar, memahami dan cuba memikul amanah sebaik mungkin di tempat masing-masing.
Saya turun hari ini bukan sebagai sesiapa, cuma sebagai sahabat yang percaya pada usaha ini. Perubahan bukan sesuatu yang mudah, tapi kalau kita jalan bersama, insyaAllah ada jalannya.
Semoga Allah SWT permudahkan setiap urusan, beri kekuatan kepada semua calon dan petugas, dan kurniakan yang terbaik untuk rakyat Johor yang bakal memilih.
Johor ke Depan. Sama-sama kita bina masa depan yang lebih adil dan sejahtera.
Johor ke DEPAN, Undi HARAPAN๐ฉ
Penglibatan aktif bersama komuniti selama ini menjadi asas kepada tawaran Pakatan Harapan untuk membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Johor menerusi calon NO.2 kita ini.
Alhamdulillah, respon petang ini positif. Kehadiran beliau disambut mesra penduduk setempat yang bakal turun mengundi.
Semoga kekuatan untuk Hj Mohd Nor dalam mengambil amanah untuk berkhidmat kepada seluruh warga Gambir.
Johor ke DEPAN, undi HARAPAN!
Sebelum pulang ke Melaka dari Johor Lama, singgah ke Gambir bagi menyokong kempen calon Pakatan Harapan untuk N.09 Gambir, Hj Mohd Nor Mohd Yusof, menyantuni masyarakat sekitar Pekan Bukit Gambir.
Hj Mohd Nor bukan wajah asing dalam kerja kemasyarakatan khususnya di Ledang.