Saya mengecam keras insiden serangan oleh seorang warga asing terhadap anggota polis yang sedang menjalankan tugas di Kepong dan mendoakan agar anggota terbabit segera diberikan kesembuhan.
Sebarang bentuk jenayah dan keganasan, terutama terhadap anggota penguatkuasa yang menjalankan amanah melindungi keselamatan rakyat, sama sekali tidak boleh diterima.
Tindakan tegas mesti diambil terhadap sebarang perbuatan jenayah tanpa mengira siapa pelakunya demi mempertahankan kedaulatan undang-undang serta menjamin keselamatan anggota penguatkuasa yang bertugas.
ANWAR IBRAHIM
Semalam mahkamah mengesahkan bahawa apa yang dipersoalkan Peguam Negara itu sah. Lalu mahkamah mengeluarkan perintah baru yang lebih tepat dengan titah lega hukum YDP Agong untuk perintah tahanan bersyarat kepada Najib Razak di rumahnya di Langgak Duta.
Sebelum itu berlaku, riuh sejumlah penyokongnya menuduh kerajaan zalim, sengaja melengahkan. Peguam Negara dikutuk. Laporan polis dikerah di seluruh negara.
Apabila terbukti persoalan Peguam Negara tepat, adalah mereka yang membuat segala tuduhan, membuat kecaman dan laporan polis itu mengaku khilaf dan terlebih laku? Tidak. Mereka hanya akan terus senyap seolah-olah tiada apa berlaku.
Tuduhan, kecaman dan laporan polis dibuat cocok dengan naratif yang mahu dimainkan - bahawa kerajaan campur tangan, sengaja mahu mengenakan Najib dan Peguam Negara menjadi alat kerajaan. Itu saja matlamatnya.
Ramai menyambutnya pula kerana kena dengan selera masing-masing. Bila tahu kebenaran, mereka tidak juga akan belajar beza politik dan ilmu di sebalik peristiwa.
Sebab itu eloklah kita mengingatkan semula pesan Saidina Ali r.a., pintu gedung ilmu Rasulullah s.a.w., “Tidaklah kebenaran itu dikenali daripada orangnya. Tetapi kenalilah kebenaran nescaya kamu tahu siapa ahlinya.”
Jangan putus asa. Hari tu PH menang tapi bukan majoriti, sebab tu ada kerajaan perpaduan. Kita tak menang tapi tak kalah. Betul lah Najib dapat tahanan rumah, tapi yang lebih penting adakah kita nak terus dirudung rasa kecewa atau terus pertahankan tanah air ini?
Sewaktu sesi libat urus bersama wakil persatuan kontraktor Bumiputera, perbincangan tertumpu kepada usaha memastikan inisiatif Belanjawan 2027 dapat dimanfaatkan sebaiknya, khususnya oleh kontraktor kecil.
Kerajaan MADANI meningkatkan peruntukan kepada kontraktor Bumiputera G1 hingga G4 kepada RM7.5 bilion, berbanding RM4 bilion tahun ini. Langkah ini bertujuan membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk membina keupayaan, mengembangkan perniagaan dan melaksanakan projek yang diperlukan rakyat.
Tatacara perolehan turut dipermudah, termasuk menaikkan had lantikan terus bagi kerja penyelenggaraan dan pembaikan fasiliti kerajaan sehingga RM200,000, selain kemudahan pembiayaan serta langkah menangani kenaikan kos diesel dan bitumen.
Saya mahu peluang ini dimanfaatkan untuk melahirkan lebih ramai kontraktor Bumiputera yang berdaya saing dan berintegriti. Setiap projek adalah amanah kepada rakyat yang mesti dilaksanakan dengan mutu terbaik, mengikut jadual dan penuh tanggungjawab.
#MalaysiaMADANI
#EkonomiMADANI
#Belanjawan2027
AGENDA REFORMASI EKONOMI & PENDIGITALAN NEGARA LONJAK MALAYSIA KE TANGGA KE-27 WDAIR 2026
Malaysia mencatat pencapaian membanggakan apabila melonjak tujuh anak tangga ke kedudukan ke-27 daripada 70 ekonomi dalam IMD World Digital and AI Ranking (WDAIR) 2026, berbanding tangga ke-34 pada tahun lalu, sekali gus muncul sebagai negara kedua terbaik di ASEAN selepas Singapura.
Pencapaian ini didorong khususnya oleh peningkatan 21 anak tangga dalam Penggunaan AI ke kedudukan ke-14 dunia, Kecekapan melonjak 10 anak tangga ke kedudukan ke-28 dan pelaksanaan strategi AI nasional di tangga ke-12.
Malaysia turut mencatat kedudukan ke-18 bagi Pembangunan Tenaga Kerja, kedua dunia bagi graduan sains, kelima bagi modal teroka, keenam bagi eksport berteknologi tinggi dan kelapan bagi insentif pelaburan AI.
Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 dan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030 (Negara AI 2030) menyasarkan pewujudan sehingga 300,000 pekerjaan baharu berkaitan AI serta sumbangan tambahan kepada pertumbuhan KDNK sehingga 1.2 mata peratusan menjelang 2030.
Melalui Belanjawan MADANI 2027, sebanyak RM30 juta disediakan menerusi MDEC untuk membantu 4,000 PMKS menerapkan AI dan mengautomasi operasi, melatih serta memperakui 5,000 profesional AI, selain menyediakan tambahan 100,000 langganan AI percuma kepada golongan muda.
ANWAR IBRAHIM
11 November 2026
Saya menerima khabar duka dari Melaka. Saudara Samivel, wakil calon HARAPAN bagi DUN Asahan telah terkorban dalam nahas jalan raya tengah hari tadi.
Sebagai Naib Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah, saudara Samivel telah lama berkhidmat dan bersetia dengan perjuangan. Moga jasa dan semangat beliau terus membimbing langkah kita dalam meneruskan perjuangan ini.
Ingatan serta doa saya dan Azizah kini bersama keluarga mendiang serta sahabat-sahabat seperjuangan. Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian getir ini.
Jasa ratusan tahun sekalipun tidak boleh menjadi alasan untuk kita membiarkan sesiapa menyakau dan merompak harta rakyat dan negara. Sikap berkompromi dengan rasuah atas nama jasa ini jauh daripada ajaran Islam.
‘Tolerance for evil’ inilah yang merosakkan kita. Kita yang benci dan menentang rasuah perlu bersuara lebih lantang, sampaikan mesej jelas bahawa pelaku rasuah tempatnya di penjara.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Zaiton Mohd Hassan atas pelantikan sebagai Presiden Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), badan profesional perakaunan bertaraf global.
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan, pengalaman luas dan sumbangan beliau dalam bidang kewangan serta profesion perakaunan, termasuk usaha memperluas akses dan peluang kepada golongan muda untuk menceburi bidang ini.
Kepimpinan beliau juga diharap dapat terus memperkukuh standard profesionalisme, memperluas peluang pembangunan bakat serta mempersiapkan profesion perakaunan menghadapi landskap ekonomi dan teknologi yang semakin berkembang.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada lebih ramai anak Malaysia untuk terus berusaha, mengembangkan potensi diri serta melakar kejayaan di peringkat antarabangsa.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Datuk Seri Chet Singh Karam Singh, tokoh pembangunan perindustrian Pulau Pinang yang meninggal dunia semalam.
Sebagai Pengurus Besar pertama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), mendiang memainkan peranan penting dalam merintis pembangunan kawasan perindustrian, menarik pelaburan antarabangsa dan menjadikan Pulau Pinang hab industri elektrik dan elektronik (E&E) bertaraf dunia.
Sumbangan mendiang turut membuka peluang pekerjaan, merancakkan ekonomi serta meletakkan asas penting kepada kemajuan industri negara. Segala jasa dan legasi mendiang dalam pembangunan perindustrian dan ekonomi negara akan terus dikenang.
PELIK DAN TIDAK PERNAH BERLAKU DALAM SEJARAH NEGARA SEORANG BANDUAN YANG MASEH DALAM MENJALANI HUKUMAN DAN MASEH LAGI ADA KES YANG LAIN DAN TELAH PUN DIJATUHKAN HUKUMAN OLEH MAHKAMAH YANG MANA HUKUMAN TERSEBUT BELUM LAGI DILAKSANAKAN DIBOLEHKAN DITAHAN DIRUMAH. LAYAR BURUK🤣
Ya perintah lama dibatalkan. Perintah baru keluar hari ini. Yang dok pertikai perintah lama yang dibatalkan tu elok belajar perlahan-lahan. Faham hujah berasaskan ilmu, bukan hujah berasaskan sentimen peribadi.