Saintis di Finland menjalankan satu eksperimen yang mana mereka menukar halaman tadika yang asalnya berbatu kerikil kepada tanah hutan sebenar, lengkap dengan rumput dan blok tanah gambut.
Selepas hanya sebulan kanak-kanak bermain di situ, ujian darah menunjukkan perubahan yang luar biasa.
Kepelbagaian bakteria pada kulit mereka meningkat, dan sel imun yang berfungsi untuk menenangkan badan daripada reaksi alahan (macam debunga atau kacang) bertambah dengan ketara.
Sebaliknya, kanak-kanak yang kekal di kawasan kerikil tidak menunjukkan sebarang perubahan positif ini.
Pakar berhipotesis bahawa punca utama kepada lonjakan penyakit asma dan alahan makanan dalam kalangan kanak-kanak sejak beberapa dekad kebelakangan ini adalah kerana kanak-kanak "terlalu bersih."
Lihat saja taman permainan sekarang yg dahulunya berlantaikan rumput dan pasir, bertukar menjadi getah dan plastik.
Statistik di Amerika Syarikat sangat membimbangkan. Misalnya, alahan kacang dalam kalangan kanak-kanak setahun melonjak tiga kali ganda antara tahun 2001 hingga 2017.
Sistem imun kanak-kanak hari ini membesar dalam persekitaran yang kekurangan pendedahan kepada bakteria semula jadi yang sepatutnya melatih badan mereka untuk jadi lebih kuat.
Tambah pula gaya hidup moden yang mengehadkan masa bermain di luar — 37% kanak-kanak prasekolah di Amerika hanya luang masa kurang sejam sehari di luar rumah — telah melumpuhkan kemampuan semula jadi badan untuk beradaptasi.
Bak kata Aki Sinkkonen (ketua penyelidik yg jalan kajian, "Paling bagus kalau kanak-kanak boleh bermain dalam lopak air dan semua orang boleh menggali tanah organik."
Sekarang, kerajaan Finland dah ambil langkah drastik dengan membiayai transformasi halaman tadika di seluruh negara untuk mengembalikan tanah dan alam semulajadi ke dalam kehidupan harian kanak-kanak.
@cheajibsayang@RafiCounsel Masa contractor hantar report , apa yang kau fikirkan pami ? Kau approve ke kalau level macam ni punya kerja pami ? Apa punya menteri laaaaa @fahmi_fadzil
Waalaikumussalam
Hukum akikah adalah sunat. Jika ibubapa tidak mampu, maka tak mengapa untuk tidak buat.
Jika mampu buat 1 ekor kambing sahaja untuk anak lelaki, maka itu sudah memadai.
Adapun, duit yang diberikan kepada anak maka duit tersebut bukan milik ibubapa. Itu adalah duit anak yang perlu diserahkan apabila dia sudah baligh.
Bukan digunakan sebagai ganti rugi kepada ibubapa yang tidak mampu melakukan akikah, tapi still nak buat.
Wallahua’lam
Melayu Muslim yang kerja dengan DAP memang tidak ada rasa 'izzah (bangga) dengan agama Islam kah?
Orang non-Muslim yang memijak al-Qur'ān, takde satu pun pemimpin non-Muslim meminta maaf.
Tapi random Muslim jahil yang buat tindakan provokasi agama, terkial² dia nak minta maaf.
Dahsyat betul dekat Thread ramai perempuan Melayu yang openly mendedahkan kekurangan atau aib suami, menyangka perbuatan ini adalah budaya yang biasa.
Ketahuilah, hal ini termasuk dalam Ghībah, yakni mengumpat, dan termasuk dalam salah satu dosa besar.
"Bulan puasa baru nak cari Tuhan"
"Baru nampak muka kat masjid"
"Bulan ni baru nak baca Quran"
Sebolehnya, elakkan kalam begini kerana apabila kebaikan berlaku kepada saudara kita, sangat utama kita memberi dorongan dan mendoakannya, bukanlah mengejeknya.
Cerita 1MDB ni kalau hampa susah nak faham sebab sukar hadam perkara-perkara teknikal, jangan risau, boleh tonton di Netflix -
✅ Man On The Run
Tak sampai 2 jam hampa dah boleh faham kronologi kes ni macam mana, pasai apa, kelepet banyak mana, kantoi macam mana, dll.
Fun fact.
Chinese people have a custom of setting off firecrackers during festivals or weddings, but now governments at all levels in China have successively banned them, so the Chinese have come up with this solution.
Waalaikumussalam
Pendapat mazhab al-Shafi’i sedikit ketat dalam bab ini iaitu wanita yang muslim perlu menjaga aurat seperti di hadapan lelaki apabila bersama dengan wanita non-muslim.
Namun, saya sarankan kami untuk bertaklid dengan pendapat mazhab Abu Hanifah yang meringankan beban iaitu memadai dengan menutup aurat sama seperti bersama wanita muslim yang lain; tanpa perlu bertudung namun hendaklah berpakaian sopan.
Kaedah yang sangat selalu digunakan oleh ulama al-Shafi’iyyah apabila berfatwa:
من ابتلي بشيء فليقلد من أجاز
Maksudnya: “Sesiapa yang ditimpa sesuatu (yang memberatkan dia), maka boleh untuk bertaqlid dengan pendapat yang membenarkan (hal tersebut).
Semoga urusan dan ibadah seharian kita dapat dilakukan tanpa ada kesukaran.
Wallahua’lam
1. Ini bukan ucapan Sheikh Sa’id al-Qahtani, ini merupakan hadis Baginda ﷺ.
2. Perkataan penuh doa bangkit dari rujuk tersebut adalah:
رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ
Maksudnya: Wahai Tuhan kami, bagi-Mu segala pujian, aku memuji-Mu dengan pujian yang banyak, yang baik dan penuh dengan barakah.
3. Part 30 malaikat mencatat amalannya itu bukan terjemahan doa ini, ini merupakan sambungan hadis yang Nabi ﷺ sebut:
رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِينَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلُ
“Aku melihat lebih tiga puluh malaikat berebut untuk menjadi yang pertama pada mencatatnya (pahalanya).”
HR al-Bukhari, no hadis 799
@MyJAKIM tiada tapisan dan semakan dahulu ke sebelum sebar?
Bukan kali pertama poster yang sama dan kesalahan yang berulang.
Beginikah kualiti penjawat awam Malaysia? @jpagov