Adik 'Ammar 'Afifi, pada usia 8 tahun, telah membaca karya-karya saya, dan kini buat video ulasan Trilogi TAKDIR.
Bondanya cerita, Saga HERO pun telah habis dibaca berulang kali oleh 'Ammar.
Tonton video adik ini di FB bonda beliau, KLIK: https://t.co/VAolUZIjMD
Terharu saya.
Belajarlah untuk tidak membangkang semua perkara.
Bukan semua benda yang kita baca di media sosial perlukan pandangan dan ulasan dari kita. Adakalanya, diam lebih baik.
Kata Nabi ﷺ:
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت
Ramai tak tau Masjidil Haram belanja besar nak bersihkan taik burung. Setiap sejam dia keluarkan team bersihkan lantai.
Taik merpati ni ada kuman-kuman yang sangat merbahaya. Aku tau sebab mak aku pernah masuk ICU akibat dia cuci taik merpati yang kami bela di rumah dulu.
Alhamdulillah dia recovered, dan bila dia balik rumah, arwah abah aku suruh kami tunggu merpati-merpati tu kat rumah burung kami, cekup sembelih.
Burp…. اَلْحَمْدُلِلّهِ
So aku memang faham jugak la kenapa dia nak saman orang yang bagi makan ke merpati kat keliling masjid ni.
"Hari ini, kita sering terburu-buru membuat kesimpulan.
Kita membaca sedikit, lalu yakin sepenuhnya.
Kita mendengar separuh, lalu menyangka sudah tahu semua.
Inilah yang menjadikan kebodohan moden lebih berbahaya.
Bukan kerana manusia tidak tahu, tetapi kerana terlalu yakin dengan tahu yang sedikit."
- Ustaz @iamhasrizal x @imanpublication, akan datang 2026.
Surat untuk pasangan yang kehilangan bayi dalam kemalangan di tol:
Ujian ini sangat berat.
Tiada sesiapa yang mampu fahami betapa remuknya hati apabila anak yang dinanti bertahun-tahun, apabila lahir membawa kebahagiaan dan harapan yang tinggi, tiba-tiba pergi meninggalkan dunia ini.
Kerana ujian ini sangat berat, ganjarannya juga sangat-sangat besar, bila kita sabar dan menerima takdir yang telah ditentukan.
Nabi SAW beritahu bahawa Allah berfirman:
"Tiadalah bagi hamba-Ku yang beriman ganjaran, apabila aku mengambil orang yang disayanginya daripada kalangan penduduk dunia, kemudian dia sabar dan mengharapkan ganjaran, melainkan untuknya SYURGA."
[Sahih Bukhari 6424]
Syurga.
Syurga buat ibu bapa yang sabar dengan kematian anak yang dikasihi.
Syurga apabila kita diuji dengan kematian orang yang amat disayangi, dan kita menerimanya dengan sabar.
Sedih. Itu fitrah.
Air mata. Itu rahmah.
Anak-anak yang meninggal dunia sebelum akil baligh, mereka diberikan tempat yang istimewa di alam sana.
Mereka sekarang sedang bergelak tawa, berhibur bersama kanak-kanak yang lain. Ada ramai kawan. Dan, tahu siapa yang mengambil tugas untuk menjaga mereka?
Nabi Ibrahim alaihissalam.
Baginda akan jaga kesemua anak-anak ini, penuh dengan kasih sayang. Percaya, pastinya dalam nurseri Nabi Ibrahim, anak-anak ini akan dijaga sebaiknya.
Bagi bayi yang belum pun habis tempoh menyusu, penyusuan itu akan disambung di syurga. Di sana, ada ibu susuan yang akan menyusukan, dengan penuh cinta.
[Sahih Bukhari 6195]
Anak-anak akan kenyang di sana. Dijaga dengan penuh rapi. Tiada yang terpinggir, tiada yang bersedih.
Dan saat yang paling dinanti, dan paling menggembirakan, adalah ketika ibu ayah dipertemukan semula dengan anak yang sebelum ini meninggalkan mereka.
Di mana pertemuan itu akan berlaku semula?
Di mana ibu ayah dapat berjumpa semula dengan cahaya hati tercinta?
Saat menuju ke syurga.
Ibu ayah melangkah. Syurga ada di depan sana.
Ketika itu, terlihat satu sosok datang menghampiri.
Anak itu datang.
Anak yang dinanti-nanti selama ini, datang. Anak itu pulang ke pangkuan ibu ayah.
Saat itu, anak akan menarik baju ibu ayah.
Dan dia takkan melepaskannya.
[Sahih Muslim 2635]
Takkan sesekali lepaskan.
Tiada lagi perpisahan.
Tiada lagi kesedihan.
Dan, sama-sama melangkah masuk ke dalam syurga.
Masuk ke dalam syurga.
Setibanya di dalam syurga. Disambut dengan penuh kebahagiaan dan kehormatan.
Ada istana yang sudah disediakan, tersergam indah dengan penuh kemegahan.
Nabi rakamkan dialog Allah dengan para malaikat, apabila nyawa anak kecil diambil:
Allah bertanya, "Kamu ambil nyawa anak hamba-Ku?"
Malaikat menjawab, "Benar."
Allah bertanya, "Kamu ambil buah hatinya?"
Malaikat menjawab, "Benar."
Allah bertanya, "Lalu apa yang hamba-Ku itu katakan?"
Malaikat menjawab, "Dia memuji-Mu, dan mengucapkan innalillahi wainna ilaihi raji'un."
Akhirnya Allah berfirman: "Binakan buat hamba-Ku itu rumah di dalam syurga. Namakan rumah itu: RUMAH PUJIAN."
[Sahih Tirmidzi 1021]
Sabar ibu ayah.
Kelak balasanmu syurga.
Sabar ibu ayah.
Nanti kamu dapat bertemu kembali dengan cinta hati kamu.
Sabar ibu ayah.
Berbahagialah nanti di dalam Rumah Pujian.
YAZID HAMKA
11.45pm, 27 September 2025
Hari ini saya kat sini, nak lebih mendalami topik ini.
Luka Emosi yang berlaku sejak zaman kanak-kanak ini, walaupun dah lama berlalu, masih tetap boleh beri kesan kepada cara kita bertingkahlaku, beremosi dan berfikir apabila dah dewasa.
Memahami isu ini, bukan untuk menyalahkan masa silam dan individu yang bersama kita sepanjang membesar,
Terapi untuk kita faham sisi lain, kenal diri dan belajar untuk bebaskan diri daripada kitaran trauma sebegitu,
Supaya generasi-generasi selepas kita dapat membesar dengan sihat dan selamat.
Kesannya kita tak nampak sekarang, tetapi hanya selepas berpuluh-puluh tahun selepas kita mati nanti.
Dan saya sangat-sangat percaya, Allah pandang usaha kita yang kecil ini, sebahagian daripada nak jadikan umat generasi selepas kita, jadi lebih baik daripada kita.
"Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)
-----
Tak sabar nak bawa balik permata-permata berharga untuk anda semua, supaya kita sama-sama dapat sembuhkan diri dan hentikan kitaran luka emosi ini ☺️
Kita boleh sembunyikan banyak perkara tentang diri kita.
Apa yang kita tunjukkan kepada orang, tak semestinya itulah diri kita yang sebenar.
Realitinya, walau bagaimana kita cuba tonjolkan imej tertentu tentang diri kita ...
Perkataan BM ‘ampun’ ini tak cukup untuk menggambarkan maksud ghafara, kerana kalimah غفر itu juga boleh membawa erti ‘menutup’
Bahkan kata Ibn Taimiyyah ketika membahas kata al-Maghfirah:
المغفرة شيء زائد عن الستر؛ لأن المغفرة معناها: وقاية شر الذنب؛ بحيث لا يعاقب عليه العبد، وأما مجرد ستر الذنوب فهذا لا يستلزم إسقاط العقوبة، فالله سبحانه قد يستر على من يعاقب ومن لا يعاقب
“Maghfirah ialah perkara yang lebih dari sekadar 'menutup' (الستر); sebab makna maghfirah ialah melindungi daripada keburukan dosa sehingga seorang hamba tidak dihukum kerananya. Adapun semata-mata sekadar menutup dosa, tak bermakna menghilangkan hukuman. Allah SWT boleh sahaja menutup dosa orang yang tetap akan dihukum dan juga yang tidak akan dihukum”.
Selebihnya, boleh dengar penjelasan yang indah ini daripada Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr. MAZA hafizahullah
Jika ditanya apakah yang kita bayangkan dengan hidup yang stabil, pasti jawapan kita lebih kurang sama.
Kerja yang tetap.
Pendapatan yang cukup.
Rumah yang selesa.
Kesihatan tubuh badan.
Segala apa yang orang gambarkan sebagai kejayaan.
Jika kita mempunyai sebarang permasalahan, atau sedang runsing memikirkan sesuatu, solatlah.
Teladan ini adalah berdasarkan daripada hadith Nabi SAW:
كانَ النَّبيُّ صلَّى اللَّهُ عليْه�� وسلَّمَ إذا حزبَهُ أمرٌ صلَّى
"Nabi SAW apabila ditimpa suatu urusan
Minggu lepas saya ada terbaca satu tweet yang sepertinya biasa, tapi entah kenapa melekat di fikiran saya sampai ke pagi ini.
Mungkin sebab ia terlalu dekat dengan apa yang sedang saya rasai dan lalui.
Nirnama Dia Datang, MistaShaque X Hilal Asyraf.
Asalnya ini merupakan lagu pertama kerjasama kami, sebelum Kelana Sang Nirnama.
Tetapi baru ada kesempatan untuk sempurnakan lagu ini dan berikannya judul rasmi - Nirnama Dia Datang.
Jemput dengar!
😁😁😁
Berbaring untuk tidur, tetapi dosa diampunkan.
Nabi ﷺ mengajarkan kita zikir agar dosa diampunkan walau sebanyak buih di lautan. Sebelum kita berbaring, bacalah:
- لا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ له، له المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، وَهو علَى كُلِّ شيءٍ قَدِيرٌ
Detik yang paling penting dalam hidup seseorang ialah bukan di saat dia berjaya.
Bukan juga pada saat dia dapat capai impiannya.
Tapi ketika dia sedar satu hakikat besar:
Bahawa dia sebenarnya takkan mampu uruskan segala-galanya sendiri.
Dia cuma manusia. Yang terbatas.
Pohonlah ampun kepada Allah walau siapa jua kita.
Dosa kita setinggi mana jua, jangan berputus asa untuk minta ampun.
Antara caranya adalah kita mengamalkan doa yang diajarkan oleh Nabi ﷺ kepada Sy Abu Bakar RA:
Tak bersetuju dengan perkahwinan bawah umur bukan bermakna kita mengharamkan apa yang Allah dah halalkan.
Sama seperti orang yang tak bersetuju dengan poligami, bukan bermakna dia menolak syariat.
Apa yang menjadi kerisauan sesetengah pihak itu berasas. Dengarkan hujahnya, jangan cepat sangat jatuh hukum.
Begitu juga mereka yang menyokong perkahwinan bawah umur, bukan bermakna dia itu pedofilia atau manusia jahat yang tidak bertanggungjawab.
Ia bukan hitam putih.
Setiap orang menjalani kehidupan yang berbeza. Mempunyai kehendak dan keperluan yang berbeza.
Apa yang bagi kita buruk, boleh jadi itu adalah pilihan yang terbaik untuk orang lain. Kerana setiap yang Allah halalkan, pasti ada hikmahnya. Jika bukan untuk kita, ia adalah hikmah bagi orang lain.
Berdiskusilah dengan aman. Tegakkan hujah dengan penuh adab. Tapi kalau sekadar mahu bergaduh menghabiskan masa senggang, iya terpulang.
Terdapat lebih kurang 11 ribu spesies burung yang wujud seluruh dunia, walaupun ada yang anggarkan lebih lagi.
Antara semua itu, 10 spesies ini ialah antara yang tercantik
🧵🦚🦃🦆🦜🧵