Keputusan ini bukan penamat. Ia adalah permulaan.
Kami sedar perjalanan ini tidak akan mudah. Kami tahu membina sebuah gerakan politik yang benar-benar mengembalikan kuasa kepada rakyat tidak akan berlaku dalam masa 50 hari.
Namun, kami tetap melangkah, dan anda melangkah bersama kami.
Terima kasih kepada setiap rakyat Malaysia yang memberi kepercayaan kepada BERSAMA. Kepada mereka yang mengundi sebuah parti yang baru berusia 50 hari, kepada para sukarelawan yang mengorbankan masa dan tenaga, kepada penyumbang yang percaya pada perjuangan ini, dan kepada semua yang mendoakan kami - terima kasih.
Setiap undi, setiap perbualan, setiap teguran, dan setiap sokongan adalah amanah yang kami bawa ke hadapan.
Kami menerima segala pengajaran dengan hati yang terbuka. Kami akan terus belajar, memperbaiki kelemahan, dan bekerja lebih kuat.
Kerana perjuangan ini tidak pernah hanya tentang satu pilihan raya.
Ia adalah perjalanan yang panjang untuk membina politik yang lebih jujur, lebih dekat dengan rakyat, dan benar-benar milik rakyat.
Benih itu telah ditanam.
Kini, tiba masanya kita memupuknya bersama.
Perjalanan BERSAMA baru sahaja bermula.
𝗣𝗥𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥: 𝟭𝟱 𝗖����𝗟𝗢𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚
Alhamdulillah, proses penamaan calon bagi kesemua 15 calon BERSAMA telah selesai pagi ini.
Semua pencalonan diterima dan urusan di semua pusat penamaan calon berjalan lancar.
Saya berada di DUN Johor Jaya untuk mengiringi Sdr. Lau Yi Leong, manakala Sdr. Nik Nazmi dan rakan-rakan lain mengiringi calon-calon BERSAMA di pusat penamaan calon yang lain.
Malam tadi, kami telah memperkenalkan kesemua 15 calon BERSAMA secara rasmi semasa Majlis Pengumuman Calon BERSAMA dan pelancaran Trak Kancil.
Bagi pihak BERSAMA, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua calon yang sanggup menawarkan diri untuk bertanding di bawah panji BERSAMA.
Parti ini masih baru, tetapi mereka sanggup mengambil tanggungjawab dan risiko untuk membawa politik yang lebih bersih dan lebih telus.
Kesemua calon telah melalui proses tapisan yang ditetapkan oleh parti.
Maklumat mengenai latar belakang, pendidikan, kerjaya, aktiviti kemasyarakatan dan kedudukan kewangan setiap calon boleh disemak di https://t.co/gSEmkaewD8.
Selaras dengan komitmen BERSAMA terhadap ketelusan, setiap calon juga telah mengisytiharkan harta melalui Akuan Bersumpah yang turut dipaparkan untuk semakan orang ramai.
Terima kasih juga kepada ahli-ahli dan sukarelawan BERSAMA yang hadir mengiringi calon-calon kita di 15 pusat penamaan calon di seluruh Johor.
Inilah semangat yang mahu kita bina.
Kempen ini digerakkan oleh rakyat yang sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk membawa perubahan.
Malam ini saya akan kembali ke Kuala Lumpur untuk majlis makan malam mengumpul dana dan pelancaran kempen #WeFund BERSAMA.
Alhamdulillah, semua meja telah habis terjual dan pasukan kini sedang membuat persiapan terakhir.
Insya-Allah, kita akan bertemu lagi di seluruh Johor sepanjang tempoh berkempen.
Berikut 15 calon BERSAMA @partibersamamy untuk PRN Johor 2026
𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗔𝗽𝗽 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗶𝗻𝗶 𝗗𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿 & 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸
📌 Terbuka kepada ahli BERSAMA sahaja.
📌 Komuniti negeri-negeri lain akan dibuka secara berperingkat.
📌 Imbas kod QR dan sertai komuniti kawasan anda.
𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗡𝗖𝗜𝗟 𝗞𝗘 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥, 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗨𝗥𝗨𝗛 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔
Jelajah Kancil untuk memperkenalkan BERSAMA ke negeri-negeri akan bermula hujung minggu ini.
https://t.co/l06PJQPdk2
Jadual jelajah adalah seperti berikut:
Tonton video ini daripada Sdr. Rafizi berkenaan panduan seterusnya kepada ahli BERSAMA dan apa akan berlaku sebulan daripada sekarang.
Sebarkan kepada semua. Daftar sebagai ahli BERSAMA di https://t.co/I2XJhB2pzj
𝗗𝗨𝗔 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔, 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔?
Kita dah bersama nak masuk 2 minggu. Macam-macam dah jadi.
Saya nak ambik masa 8 minit untuk beri panduan kepada ahli BERSAMA dan mereka yang menyokong - ke mana kita dalam tempoh sebulan dari sekarang.
Bab Pertama: Situational Assessment - apa status sekarang dan menjawab pelbagai soalan?
1) Keahlian - kita telah melepasi 20,000 ahli seperti yang dijangka. Saya akan beri kemaskini dari semasa ke semasa
2) Apa ideologi BERSAMA - kita ingin rintis Malaysia yang lebih berdaya maju untuk orang biasa, melawan kelas-kelas berkepentingan.
Selama ini, parti politik bertukar ganti tetapi tak ramai yang berani melawan kelas-kelas berkepentingan. Akhirnya, sistem tetap sama.
Kalau dulu, rakyat biasa kerja penat untuk hidup lebih baik kerana peluang Insya-Allah ada. Sekarang, rakyat biasa kerja penat hanya untuk dapat peluang, itu pun tak tentu berjaya.
3) Macam mana BERSAMA nak capai cita-cita ini - 12 Agenda BERSAMA bertujuan membina infrastruktur dasar yang mengubah sistem, bukan sekadar meneruskan apa yang ada dengan sedikit penambahbaikan.
Perubahan undang-undang, program-program dan pendekatan akan dibentangkan kepada rakyat, lengkap dengan analisa kos-manfaat (cost benefit analysis), analisa pembiayaan dan cara-cara melaksanakan.
4) BERSAMA akan jadi seperti Pejuang, Muda, PSM - menang kalah itu ketentuan Allah. BERSAMA tidak meletakkan kuasa dalam masa terdekat sebagai sasaran.
Saya dan Nik buat keputusan lepaskan segala-galanya supaya ada satu platform politik yang sesuai untuk golongan rakyat biasa yang berfokus kepada masa depan.
Insya-Allah, kalau kita ikhlas, Allah akan bantu.
5) Saya bayar RM8.5 juta untuk beli BERSAMA - Itu fitnah yang disebarkan oleh cyber trooper kerajaan, turut dijaja oleh Menteri Komunikasi. Jangan bimbang, kita serahkan kepada Allah. Ada lah balasan kepada mereka satu hari nanti.
Mr Tan, pengasas BERSAMA menangis masa serahkan parti ini kepada kami. Dia hanya minta jaga BERSAMA baik-baik dan supaya ia boleh bela rakyat biasa lebih baik dari yang dia mampu buat sebelum ini.
Bab Kedua: Apa panduan ke medan persaingan untuk sebulan seterusnya?
1) Tumpu kepada perkenalkan BERSAMA dan 12 Agenda kepada seberapa ramai orang. Terima kasih rakyat biasa yang telah mewarnai platform media sosial dengan warna kuning dan Kancil sejak 2 minggu lalu.
Terus create content, terus jadi creative. Buat content yang menarik minat anak-anak muda dan pengundi atas pagar.
2) Semak penerangan saya dan Nik mengenai BERSAMA. Bila ada serangan, kami akan jawab. Bila ada isu, kami akan bersuara. Kami akan sentiasa buat penerangan.
Hadam dan faham apa yang kami sampaikan, gunakan hujah-hujah itu untuk menjawab di media sosial.
3) Sentiasa komen dengan pautan https://t.co/4xO9KSPe24 supaya orang tahu di mana nak jadi ahli BERSAMA.
Bila tweet, buat content, komen, menjawab di media sosial atau forward di WhatsApp Telegram, sentiasa ada link https://t.co/4xO9KSPe24
4) Jaga adab dan tata tertib, buang perkara toksik, tumpu kepada yang positif. Jangan taksub dengan saya atau Nik. Saya tak hensem dan gemuk, buang masa taksub dengan saya. Saya tak hebat pun, cuma saya sedikit lebih berani dari ahli politik yang lain.
Bila ada ceplos kutuk macam-macam, ikut suka dia. Sekadar kita berikan fakta, terangkan. Dia nak meroyan ikut suka dia, sebab kalau dia meroyan sambil memfitnah, dia dibayar wang di dunia dan dibayar dosa di akhirat.
Yakin dengan Allah. Kita tumpu perkara-perkara positif, pasal masa depan negara, pasal anak muda, pasal kesusahan rakyat.
Bab Ketiga: Apa milestone penting yang akan berlaku dalam bulan Jun?
1) Insya-Allah, HQ BERSAMA akan siap menjelang akhir Jun. Sekarang tengah renovate, akan ada dewan 400 orang, ruang mesyuarat dan lain-lain. Bila siap, kita lancar jentera pilihanraya di sini.
2) Merchandise baru akan dilancarkan. Tumpuan kepada merchandise yang lebih menarik, mesej yang lebih segar dan ada 2-3 merchandise yang tidak pernah dibuat orang.
3) Kita akan sediakan recruitment kit untuk bantu ahli rekrut ahli baru. Macam MLM sikit la. Kita akan ada referral code, ahli-ahli yang cemerlang rekrut ahli baru kita akan makan BERSAMA dan Insya-Allah Nik yang akan bayar ha3.
4) Saya dan Nik akan turun ke negeri-negeri memperkenalkan BERSAMA dan menghuraikan 12 Agenda BERSAMA. Kalau ada profesor madya dari UUM yang awal-awal hentam, ada baiknya dia ikuti jelajah ini supaya dia boleh bandingkan ketelitian kami membangunkan setiap dasar, banding pula dengan manifesto-manifesto parti lain. Barulah adil dan layak dipanggil profesor madya.
5) App Kancil akan siap menjelang akhir Jun. BERSAMA akan menguruskan ahli dan membina jentera di kerusi parlimen menggunakan app. Dari app ini, kita akan rapatkan kerjasama dan muhibbah ahli-ahli mengikut kerusi parlimen. Kempen PRU di kerusi-kerusi parlimen juga akan bermula.
Bab Keempat: Saya nak jadi calon dan JK Penaja
1) Semua ada peluang jadi calon. Permohonan menjadi calon akan dibuka dalam masa terdekat. Kena lalui sedikit proses memperkenalkan diri, bercakap depan skrin. Semua ada peluang yang sama. Tidak perlu kenal saya atau Nik untuk berpeluang jadi calon.
Ada JK Calon yang akan tapis dan nilai satu-satu. Saya bukan dalam JK itu, saya dok sibuk jadi jeneral perang di bawah kalau sibuk layan permohonan jadi calon, terburai kita.
2) BERSAMA tidak ada JK Penaja baik di peringkat kerusi parlimen atau negeri. Kita akan terus bina jentera di peringkat kerusi parlimen dari kalangan ahli dan sukarelawan, pengurusan dibuat melalui app Kancil. Kita tidak perlukan JK Penaja di peringkat parlimen atau negeri kerana semua urusan keahlian dibuat melalui https://t.co/4xO9KSPe24 dan selepas ini pengurusan kempen pilihanraya dibuat melalui app Kancil.
Kita nak mula dari scratch. Kita tak nak bawa budaya dari mana-mana parti lain. Sebab itu kita skip budaya JK penaja untuk mengelakkan lobi melobi untuk jadi JK penaja.
Sekali lagi, saya, Nik dan semua yang dibelakang tabir BERSAMA mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah bersama setakat ini.
Perjalanan kita jauh lagi, tapi kita dah buat langkah pertama. Kancil baru dilahirkan dan baru belajar berdiri, sekarang kita latih kancil ini untuk pandai berlari anak.