@akmalnasir@EkonomiMalaysia "Kita tak tergesa-gesa" kahkah, good hint, poyo la nak dakwa2 orang, tuduhan tak strong pulak tu,
yang baik untuk malaysia mesti diteruskan,
Apple baru sahaja melancarkan Tap to Pay untuk pasaran Malaysia. Ini yang perlu anda tahu.
Tap to Pay merupakan satu kaedah bayaran tanpa sentuh tanpa memerlukan mesin EDC atau kad terminal. Fungsi ini sesuai untuk golongan peniaga sama ada warung, runcit dan sebagainya.
Amin Bangla, yang sedang diburu di negara asalnya Bangladesh pasal kes money laundering, bakal dapat kontrak baru dari Kementerian Ramanan!
Amin Bangla yang sama juga terpalit kes Mafia Korporat. Hidup Ramanan!
TimPres @n_izzah where are you sisturrrr??? Bila nak bisik papa?
Aku tahu selaku pekerja berdedikasi, hangpa tak ada masa nak tercongok depan TV, PC, laptop atau telefon bimbint untuk dengar apa Menteri Kewangan Kedua dok sembang pasal Harga Minyak jam 4 petang tadi.
Jadi, aku tolonglah tulis balik apa dia kata
Najib Razak hari ini diperintahkan untuk membayar balik SRC International Sdn Bhd sejumlah AS$1.18 bilion, serta AS$120 juta dana yang didakwa dipindahkan ke dalam akaun bank bekas perdana menteri itu.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Ahmad Fairuz Zainal Abidin menyampaikan keputusan dalam saman SRC sebanyak AS$1.18 bilion terhadap Najib dan bekas ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Nik Faisal Ariff Kamil, yang masih tidak dapat dikesan.
Dalam keputusannya, Fairuz berkata Najib yang juga bekas menteri kewangan bertanggungjawab kerana melanggar tugas fidusiarinya dan melakukan salah laku dalam jawatan awam, dengan keseluruhan bukti yang "memihak kepada versi (dakwaan) SRC" berdasarkan rekod dokumentari, aliran dana dan pengakuan peribadi.
Berita penuh: https://t.co/CXKFUPnVgy
Aku punya palatao.
Dengan syarat mengarut tu, MITI macam bagi signal kat player EV China secara tidak langsung. Buat macam Geely kalau nak masuk Malaysia. Partnership.
Force tech transfer, train local engineers, protect 700,000 pekerja tempatan (dan family mereka), and build local EV supply chain.
Sebab 'flood gate' untuk EV ni kalau dah buka susah nak kawal. Mereka tak macam Japanese, Korean car maker yang tradisional tu.
Bila cerita industri yang ada hampir setuja pekerja ni, teringat beratus ribu penduduk Indonesia hilang kerja, bila industri tekstil mereka bungkus sebab tekstil China masuk sana. Vendor-supply chain semua habis.
Dapat tekstil murah, tapi 'harga' yang perlu dibayar jauh lagi besar. Ripple effect sampai berjuta orang jadi miskin dan hilang kerja. Bila kawasan industry/kilang mati, sekeliling kawasan tu mati.
China mampu buat begitu dan tak kisah sebab populasi mereka besar, kewangan kukuh, resources banyak. Bagi negera kecil macam kita, banyak benda kena fikirkan.
Dibuatnya, lepas 2 tahun teknologi kilang mereka guna 98% robot. Mereka yang untung besar. Beroperasi kat negara murah, pelepasan cukai, tak perlu hire pekerja tempatan dsb.
Lagipun, kan kita dah terlalu banyak kereta. Setiap tahun bertambah 800,000 unit ke jalan raya. Even dengan CKD EV. Ini juga boleh jadi alasan nak push perkasakan lagi public transport.
Sudah tentu ada pros and cons mana-mana keputusan sekalipun. Kena zoom out sikit nak nampak bigger pictures.
Itulah.
Di hadapan Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, Ahli Parlimen Hong Kong, Dominic Lee, membuat kenyataan mengejutkan:
“Barat bercakap tentang hak asasi manusia, tetapi membiarkan Israel terlepas dengan melakukan genosid.”
“Darah rakyat Palestin dan Iran berada di tangan mereka.”
“Apa kelayakan moral yang Amerika ada? Sebuah negara yang diperintah oleh pengikut Epstein!” ‼️
After much reflection, I have decided to resign from my position as Director of the National Counterterrorism Center, effective today.
I cannot in good conscience support the ongoing war in Iran. Iran posed no imminent threat to our nation, and it is clear that we started this war due to pressure from Israel and its powerful American lobby.
It has been an honor serving under @POTUS and @DNIGabbard and leading the professionals at NCTC.
May God bless America.
First it was Bloomberg. Yg tu dikatakan yahudi la kan. Semalam, the edge. Harini plak CNA. Takkan ni pun yahudi.
Surely at this point the alarms and sirens are going off?
Kenyataan Media BERSIH
5 Mac 2026
SPRM Tidak Boleh Jadi Senjata Politik, Azam Baki Perlu Letak Jawatan Segera
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengecam halatuju Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang dilihat semakin menyimpang daripada mandat asalnya untuk penguatkuasaan mencegah serta melawan rasuah, namun sebaliknya menjadi alat intimidasi politik melalui institusi ini.
“Pemburuan” awam terbaru terhadap James Chai, seorang warganegara biasa dan bekas pegawai kepada bekas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, menandakan satu tahap baharu yang membimbangkan. Dengan menyiarkan “notis mengesan” yang turut memaparkan alamat rumah keluarganya - di mana ibu bapanya yang sudah lanjut usia menetap - walaupun James Chai menegaskan beliau tidak pernah dihubungi secara langsung untuk sebarang siasatan, SPRM telah terlibat dalam tindakan memalukan secara sengaja serta membina persepsi telah bersalah. Ini bukanlah prosedur siasatan yang lazim dan wajar, dan hanya boleh disifatkan sebagai pendedahan (doxxing) institusi yang bertujuan mencemarkan reputasi.
BERSIH mengambil maklum dengan kebimbangan bahawa peningkatan tindak balas ini berlaku ketika ramai pihak termasuk YB Rafizi Ramli terus lantang memperjuangkan reformasi institusi dan baru-baru ini berucap di perhimpunan #TangkapAzamBaki yang dianjurkan oleh masyarakat sivil dan aktivis mahasiswa. Masa tindakan ini diambil menimbulkan persepsi wujudnya pola tindakan balas, di mana SPRM dipersenjatakan terhadap mereka yang menuntut kebertanggungjawaban institusi penguatkuasaan antikorupsi ini.
Mempergunakan Suruhanjaya tersebut untuk menyasarkan pegawai politik atas alasan “kepentingan negara” sambil mengabaikan kerosakan di peringkat tertinggi suruhanjaya itu sendiri adalah satu pengkhianatan terhadap semangat reformasi.
Keyakinan awam terhadap SPRM telah merosot ke tahap rendah susulan pendedahan terkini oleh Bloomberg mengenai dakwaan kaitan “mafia korporat” dalam agensi tersebut serta bayangan berpanjangan berhubung pegangan saham Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki.|
Berbanding menangani dakwaan serius ini secara telus, pihak berkuasa memilih untuk:
1. Mengganggu wartawan dengan menghantar polis ke pejabat tempatan Bloomberg untuk menjejaki wartawan penyiasat;
2. Membingkaikan kewartawanan penyiasatan yang sah sebagai satu konspirasi asing, iaitu taktik yang mengingatkan kepada pendekatan era Najib Razak semasa skandal 1MDB, apabila tindakan keras diambil terhadap media dan aktivis dengan alasan “aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen” demi kelangsungan politik susulan laporan The Wall Street Journal mengenai 1MDB.
BERSIH melihat ironi besar apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang suatu ketika dahulu mendapat sokongan teguh media antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia ketika berdepan penganiayaan politik, kini mengetuai pentadbiran yang melabel kewartawanan penyiasatan sah oleh media antarabangsa sebagai “campur tangan”.
Menolak laporan rasuah sebagai konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan adalah satu kaedah memperdaya rakyat Malaysia daripada melihat isu sebenar. Perdana Menteri perlu beringat bahawa beliau sendiri pada satu masa pernah menjadi mangsa undang-undang dan institusi berat sebelah yang kini dibiarkan berterusan.
Sehubungan kegagalan sistemik ini, BERSIH sekali lagi mengulangi tuntutan berikut:
1. Peletakan Jawatan Segera Azam Baki: Kehadiran beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya tidak lagi boleh dipertahankan dan terus menjejaskan reputasi SPRM.
2. Reformasi segera SPRM: Reformasi Proses pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM mesti diteliti oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen (JKP) bagi memastikan pengawasan dwi-partisan dan berintegriti.
3. Hentikan gangguan terhadap James Chai dan wartawan: Hentikan penggunaan “Notis Mengesan” sebagai alat memalukan secara terbuka dan hentikan intimidasi terhadap media. Modus operandi SPRM seolah-olah sesuatu pihak itu telah bersalah sebelum ada siasatan yang telus.
4. Tubuhkan segera satu panel yang bebas atau Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semua tuduhan yang tertunggak termasuk tuduhan ''mafia korporat'' di dalam SPRM.
Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani tidak boleh mendakwa memerangi rasuah sambil melindungi ketua penguatkuasanya daripada penelitian yang sama yang dikenakan secara terpilih terhadap pihak lain. Sehingga kini Kerajaan Madani tidak menunjukkan kepimpinan yang berkesan untuk menyiasat Azam Baki melalui satu badan yang bebas daripada campur tangan Eksekutif.
Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Pemandu BERSIH
KWSP mengumumkan kadar dividen 2025 bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan keseluruhan sebanyak RM79.6 bilion. KWSP akan terus menumpukan usaha untuk meningkatkan nilai simpanan ahli secara mampan dan menyokong perancangan persaraan mereka.