πππππππππ ππππππ
Perpecahan Melayu hanya akan melemahkan kekuatan politik serta merugikan kepentingan bangsa dan negara.
Sebab itu, penyatuan Melayu mesti dijayakan untuk mengembalikan kekuatan politik Melayu serta membina kestabilan dan keyakinan terhadap masa depan Malaysia.
Melalui Rumah Bangsa, Musyawarah Nasional dan Tafahum Siyasi, UMNO menawarkan jalan ke arah penyatuan tersebut.
Inilah tanggungjawab besar UMNO. Bukan sekadar menyeru kepada penyatuan Melayu, tetapi memimpin usaha untuk merealisasikannya.
#khalednordinmindef
#UMNO
#PAU2026
UMNO, BN kekal komited jayakan peranan, tanggungjawab dalam kerajaan Persekutuan sehingga akhir penggal - Khaled
#BHnasional Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perbezaan pentadbiran di peringkat negeri tidak menghalang kerjasama baik di peringkat Persekutuan.
https://t.co/PO7wvgTtiR
Setiap 31 Julai, negara memperingati jasa dan pengorbanan para pahlawan serta perwira yang telah mempertahankan kedaulatan dan keselamatan tanah air. Keberanian dan pengorbanan mereka menjadi asas kepada keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati hari ini.
Bagi pihak Kerajaan, Kementerian Pertahanan dan seluruh rakyat Malaysia, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta para veteran atas khidmat dan pengorbanan mereka kepada negara.
Pengorbanan para pahlawan mengajar kita bahawa mempertahankan negara ialah tanggungjawab bersama, bukan tanggungjawab eksklusif pasukan keselamatan. Inilah semangat Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).
Rakyat tidak perlu mengangkat senjata. Sebaliknya, setiap daripada kita mempunyai peranan untuk menyemai semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan, menyokong pasukan keselamatan serta tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.
Semoga semangat keperwiraan para pahlawan terus hidup dalam jiwa setiap rakyat Malaysia demi memastikan negara kita kekal aman, berdaulat dan sejahtera.
Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2026.
#khalednordinmindef
#MINDEFMalaysia
#ATM
#HariPahlawan2026
Khaled berkata rakyat tidak perlu mengangkat senjata sebaliknya berperanan menyemai semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menyokong pasukan keselamatan.
#AWANInews#AWANI745
https://t.co/fymrIXwHBR
ππππ ππππππ ππππππππ ππππ ππππππ, ππππ πππ ππππππ
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh anggota keselamatan yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi PRN Negeri Sembilan Ke-16.
Setiap undi adalah satu tanggungjawab. Tanggungjawab untuk menentukan masa depan Negeri Sembilan dengan memilih sebuah kerajaan negeri yang mampu menjamin kestabilan, memacu kemajuan dan membawa kemakmuran kepada seluruh rakyat.
Barisan Nasional (BN) mempunyai pengalaman, keupayaan dan rekod yang diperlukan untuk memimpin Negeri Sembilan yang stabil, maju dan makmur. Pengalaman mengurus kemajmukan dan kepelbagaian menjadi kekuatan BN dalam memastikan kestabilan terus terpelihara, sekali gus memacu kemajuan dan kemakmuran negeri.
Pada kesempatan ini juga, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta semua anggota pasukan keselamatan yang mengabdikan diri dengan penuh dedikasi demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan tanah air.
Khidmat bakti mereka kepada negara wajar sentiasa dihormati, dihargai dan dimuliakan. Tanpa keamanan yang mereka pertahankan, tiada kestabilan. Tanpa kestabilan, sukar untuk memacu kemajuan. Dan tanpa kemajuan, sukar untuk rakyat menikmati kemakmuran.
Selamat mengundi. Undilah Barisan Nasional.
Demi Negeri Sembilan yang Stabil, Maju dan Makmur.
#khalednordinmindef
#BarisanNasional
#PRNNegeriSembilan
#StabilMajuMakmur
TIDAK RASMI: βSemua saluran tentera kita menang besar...β - Asyraf Wajdi dakwa BN kuasai undi tentera
#BHnasional Sebaik kiraan undi awal selesai, BN peroleh 3,465 undi mengatasi PH dengan 302 undi, sementara 64 undi diperoleh BERSAMA.
https://t.co/ulKIRYkIYG
ππππ πππππππ, ππππ πππππ πππππ
Selamat Mengundi kepada semua pengundi awal PRN Johor Ke-16.
Pada Selasa, 7 Julai 2026, para pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab dan amanah mereka dalam menentukan masa depan negeri Johor.
Masa depan Johor bermula dengan satu pilihan. Tunaikan amanah anda demi meneruskan kemajuan negeri untuk Bangsa Johor.
Johor memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, kukuh dan berpengalaman, dipimpin oleh YAB Menteri Besar, Datoβ Onn Hafiz Ghazi, bagi meneruskan agenda pembangunan demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.
Semoga proses pengundian awal berjalan dengan lancar, aman dan teratur, serta dipermudahkan segala urusan buat semua pengundi awal yang menunaikan amanah kepada negeri Johor.
#khalednordinmindef
#MajuJohor
#BNJohor
#WeAreReady
#KitaPilihBiru
πππππ ππππππ-ππππππ
Pulau Layang-Layang menjadi bukti bahawa Malaysia sentiasa hadir mempertahankan kedaulatan dan kepentingannya di Laut China Selatan.
Kehadiran anggota serta aset negara di barisan hadapan bukan sekadar simbol, tetapi manifestasi komitmen berterusan untuk memastikan keselamatan perairan negara terus terpelihara.
Kedaulatan tidak dipertahankan melalui kenyataan semata-mata, tetapi melalui kehadiran yang berterusan, kesiapsiagaan yang tinggi dan kesungguhan mempertahankan tanah air.
#khalednordinmindef
#MalaysiaMADANI
#TLDM
#HANRUH
#PulauLayangLayang
Malaysia will not rush to increase its defense budget despite US pressure for partners to become more self-reliant, Defense Minister Mohamed Khaled Nordin said https://t.co/tM8E75aqMB
Malaysia's defense minister slammed βstronger powersβ for dismissing international rules and contracts when they become inconvenient https://t.co/4KTNiUT2Ra
Strong speech by Malaysia Defence Minister.
- Called out Norway for violating the missile deal as symptomatic of wider trend erosion of sanctity of strategic trust, international law and treaties/agreements.
#sld2026