Terkadang apa yang dianggap mustahil tetapi bagi Allah itu mudah.
Tiba-tiba diberikan jalan, tiba-tiba diberi khabar baik, dan tiba-tiba segala hal baik terjadi. ✨
Sesungguhnya tidak ada yang tidak mungkin jika Allah berkehendak. Jangan berhenti berdoa.
Kecewa kita, cukuplah Allah yang tahu.
Jangan pernah mengadu kepada manusia, kadang sia-sia.
Bila kita rasa bagaikan tidak punya kaki untuk berdiri setelah kesedihan menghempap diri berkali-kali, sedarlah yang kita masih punya Allah. Dia sentiasa ada untuk kita.
Kenapa Allah ciptakan Rindu ?
Allah ciptakan perasaan rindu untuk manusia agar ada sikap menghargai, manusia semuanya dalam lingkaran waktu dan waktu itu terhad ianya akan pergi maka hargai seorang insan sebelum dia pergi.
Rindu tanda sayang. ❤️
Pegang kata-kata ini
Doa mampu mengubah segalanya. Maka, seberat apapun masalah yang kau hadapi, serumit apapun hidupmu sekarang, sehancur apapun rasa kau ketika ini ; selagi kau masih tetap melangitkan doamu di dalam sujud solatmu insyaAllah kau akan baik-baik saja. Percayalah!
Suka ayat ni :
solatlah, sampai solat tu rasa ringan. solatlah, sampai kau rasa tak akan tinggal solat. solatlah sampai kau tau betapa nikmatnya solat
solatlah, walaupun kau bukan orang baik. sebab nanti, solat itu sendiri yang akan membuat kau menjadi lebih baik
"Jika الله mencintaimu, الله akan meletakkan perasaan sedih dan penyesalan atas dosa yang kamu perbuat, ketahuilah bahwa satu perasaan itu menandakan bahawa masih ada cahaya iman dalam hatimu."
— Al-Habib Umar Bin Hafidz
Hidup ini ikut pada kemampuan kita. Jangan suka melihat apa yang orang lain ada.. Kerana Allah sudah tetapkan rezeki kita masing-masing dan di dalam rezeki kita juga ada rezeki orang lain. Jadi bersedekah lah, Allah akan menggandakan lagi rezekimu.
Tak post tentang keluarga, tak semestinya tak sayang. Tak post tentang kawan, tak semestinya tak ada kawan. Tak post tentang pasangan, tak semestinya tak bahagia. Some people have life beyond social media.
Nak, jika kamu tutup mata selepas Subuh, kamu sebenarnya sedang menutup pintu rezeki yang sedang terbuka untukmu.
Isi masa dengan membaca Al-Quran.
Salam Nuzul Quran buat semua.
Jangan pernah menjadikan solat itu pilihan. Kerana solat itu ketetapan wajib dikerjakan. Waktu senang solat, waktu susah pun solat. Walau apapun keadaan kita, jaga solat dengan sebaik mungkin.
Lihatlah kehidupanmu akan berubah setelah menjaga dan menyempurnakan solat.
Allahuakbar.. sebak hati ini melihat keadaan mereka. 🥺😭 Diusia kecil terpaksa menghadapi ujian besar. Hanya doa mampu dikirim agar diberikan kemenangan buat mereka disana. Aamiin.. 😢🤲🏻