Déjà vu in Islam
Ever walked into a place for the first time… and felt like you’ve been there before?
Science calls it déjà vu. Islam explains it on a deeper level….
Bunyi Disangka Tangisan Wanita Dipercayai Berpunca Daripada Tekanan Air Paip – Polis
Oleh Mynewshub
PETALING JAYA – Polis mengesahkan bunyi yang disangka tangisan wanita di sebuah bangunan di sini sebenarnya berpunca daripada tekanan air dalam sistem paip.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pemeriksaan dilakukan selepas rakaman kejadian tular di media sosial.
Menurutnya, pemeriksaan di bilik utiliti dan semua aras bangunan tidak menemui sebarang perkara mencurigakan.
“Semua aras telah diperiksa, namun tiada apa-apa yang mencurigakan,” katanya.
Beliau berkata, pengawal keselamatan turut mendengar bunyi itu sebelum mengenal pasti ia datang daripada paip air.
“Bunyi itu berpunca daripada sistem paip akibat tekanan air,” katanya.
Terdahulu, video memaparkan orang ramai berkumpul di luar bilik utiliti tular di media sosial dengan bunyi yang didakwa menyerupai tangisan wanita.
Rakaman itu mencetuskan pelbagai spekulasi dan gesaan supaya siasatan dijalankan.
Bagaimanapun, polis mengesahkan tiada unsur jenayah atau perkara mencurigakan di lokasi. – MYNEWSHUB