Kehidupan kita ini sentiasa ada naik turunnya, ada masa kita marah dan ada ketika kita sedih. Begitulah lumrah kehidupan.
Usah putus asa dengan rahmat Allah. Teruslah meminta dan berdoa agar kita sentiasa diberi kekuatan untuk berdamai dengan takdir yang Dia telah aturkan.
Pembelajaran adalah perjalanan tanpa penghujung. Setiap langkah kecil adalah batu loncatan ke arah masa depan yang lebih cerah.
Jangan berhenti belajar, kerana hidup ini adalah kelas yang paling berharga.
Mari sama-sama kita berdoa agar mudah meninggalkan maksiat dan taat melakukan suruhan Allah, juga sentiasa mengharapkan keampunan dan keredaan Allah SWT kerana Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.
#JAWI#SentiasaDicontohi#MalaysiaMADANI#PelanAlFalah#KalimahTayyibah
Terdapat satu doa yang disebut sebagai "ummul doa" iaitu ibu kepada segala doa kerana doa ini merangkumi seluruh kebaikan di dunia dan menjauhkan dari semua keburukan.
Dalam kehidupan kita di dunia ini, pastinya tidak pernah sunyi dari masalah dan ujian. Walau sebesar dan seberat mana sekalipun masalah yang kita hadapi, jangan terburu-buru sehingga mengambil langkah yang bertentangan dengan agama.
Cara Mendapat Khusyuk Di Dalam Solat
Kami bahagikan di sini beberapa bahagian untuk mendapatkan kekhusyukan di dalam solat, bahagian 1 ialah sebelum mendirikan solat iaitu persediaan untuk solat, ke-2 ketika hendak hampir solat dan ke-3 ketika dalam solat.
Rujuk gambar:
Semoga kita semua sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT dan diampunkan dari dosa dan kesalahan yang kita lakukan dengan sengaja atau tidak sengaja. Hanya kepada Allah kita memohon keampunan dan bergantung harap. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
#JAWI#SentiasaDicontohi#Doa
Perasaan hasad dengki, iri hati, cemburu melihat kejayaan dan kebahagiaan orang lain merupakan sifat mazmumah yang perlu kita hindari. Ini merupakan penyakit hati yang kadang kala kita tidak sedar menular dan merebak dalam diri.
Ya Allah, jadikanlah hati-hati kami sentiasa cinta kepada keimanan dan melakukan amal soleh dan tanamkanlah rasa benci kepada kekufuran dan maksiat. Amin Ya Arhamar Rahimin.
#JAWI#SentiasaDicontohi#Doa#MalaysiaMADANI#PelanAlFalah
Bagi yang berniat melaksanakan ibadah korban, insya-Allah boleh potong kuku dan rambut sebelum tiba waktu magrib pada hari ini.
Tahniah dan syukur kalian direzekikan untuk melakukan ibadah korban tahun ini. Alhamdulillah.