KEMASKINI
BERITA BURUK UNTUK MALAYSIA
Berita buruk untuk Malaysia hari ini apabila Arab Saudi dilaporkan tidak akan menjual minyak kepada Negara Asia termasuk Malaysia pada bulan April. Ini susulan mereka mengurangkan pengeluaran dan ancaman keselamatan kerana Perang US Iran
70 peratus minyak untuk rakyat Malaysia dibeli dari Negara Negara Arab dan Malaysia paling banyak beli minyak dari Arab Saudi iaitu sebanyak 33.3 peratus diikuti UAE sebanyak 20.6 peratus
Ia bersamaan 1/3 keperluan minyak Malaysia dengan kos sebanyak RM 18 Bilion. Kini cabaran besar untuk Malaysia mencari pengganti kepada Arab Saudi untuk membeli minyak. Dengan banyak negara berebut dan pengeluaran minyak dunia berkurangan. Malaysia semakin hampir hadapi masalah besar
🗨️ Seorang Lelaki India Berusia 20 Tahun Maut Akibat Ditetak Berulang Kali Di Hadapan Rumahnya Di Taman Kempas Sungai Petani Kedah
Kejadian Yang Berlaku Antara Pukul 12 Tengah Malam Hingga 2 Pagi Itu Turut Mengakibatkan Adik Perempuannya Cedera Parah Dengan Tangan Hampir Putus
Suspek Tembak Pemandu Lori Maut Dirempuh Pacuan Empat Roda Di Kapar
KLANG – Cubaan dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan ke arah seorang pemandu lori berakhir tragedi apabila salah seorang suspek maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kapar, pagi semalam (5 Mac).
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila dua lelaki menaiki motosikal dipercayai menghampiri sebuah lori sebelum melepaskan tembakan ke arah pemandunya.
Katanya, insiden tersebut disaksikan oleh seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai majikan kepada pemandu lori yang berada berhampiran lokasi kejadian.
“Pemandu pacuan empat roda itu dipercayai bertindak merempuh motosikal yang dinaiki kedua-dua suspek selepas melihat mereka melepaskan tembakan ke arah pemandu lori,” katanya dalam satu kenyataan.
Akibat rempuhan itu, kedua-dua suspek mengalami kecederaan parah, dengan seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi cedera.
Bagaimanapun, pemandu lori yang menjadi sasaran tembakan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian serta latar belakang kedua-dua suspek yang terlibat.
Kes tersebut disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan penggunaan senjata api serta cubaan membunuh.
Pihak polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan bagi memastikan kes dapat diselesaikan dengan segera.
Insiden berani itu mengejutkan orang ramai memandangkan kejadian tembakan berlaku di kawasan awam pada waktu pagi dan berpotensi membahayakan pengguna jalan raya lain di sekitar lokasi.
Alhamdulillah saya bersama mshaffuan dan Nicholas chin diberikan kepercayaan dari Astro Shaw untuk menghasilkan sebuah short teaser untuk Astro Shaw Cinematic Universe : The Beginning.
Selamat menonton semua