Serius anda kena dengar sampai habis. Saya tak ada kata lain selepas mendengar ucapan PMX, saya cuma boleh kata saya sangat berbangga ada pemimpin hebat begini. Terima kasih PMX, sampaikan suara rakyat Malaysia🇲🇾❤️
Korang faham tak apa polemik isu RUU Mufti Wilayah? Kenapa ada golongan agawaman sendiri yg menetang? Meh aku explain.
1. Sblm masuk RUU Mufti, biar aku bagi sedikit context perbezaan 2 aliran "mazhab akidah" di Malaysia, yg dikenali sbg aliran Asyairah & Maturidiyah dan aliran Salafi (baca: Ahli Hadis).
"Mazhab Akidah" ni tak sama dgn Imam 4 Mazhab yang kita belajar di sekolah, itu dipanggil "Mazhab Feqah". Dan maksud aliran tu pula bahasa mudahnya, School Of Thought.
Contoh² asatizah dgn aliran mereka.
Walaupun data-data ekonomi menunjukkan pertumbuhan ekonomi Malaysia, ramai yang tidak mahu menerima fakta-fakta ini.
Kalau fakta tentang prestasi ringgit yang menjadi matawang kedua terbaik di Asia, prestasi bursa saham yang menambah nilai melebihi 20% dalam masa setahun pun belum cukup, saya tambah satu lagi fakta ekonomi yang baru keluar. Lagi panas walaun.
Hari ini, Jumaat 19 Julai 2024, Jabatan Perangkaan Negara mengeluarkan anggaran awalan atau advance estimate angka pertumbuhan ekonomi negara bagi suku kedua dari April ke Jun 2024.
Ekonomi Malaysia tumbuh 5.8% bagi suku kedua 2024 berbanding suku yang sama tahun lepas. Ini menjadikan pertumbuhan separuh tahun Januari ke Jun 2024 sebanyak 5%, iaitu dalam lingkungan sasaran pertumbuhan 4-5% bagi 2024, seperti yang dirancang kerajaan.
Prestasi baik ini dijangka akan terus mendorong pengukuhan nilai ringgit dan kenaikan pasaran saham, selain terus menarik pelaburan yang mewujudkan peluang pekerjaan baru kepada rakyat.
Kita akan sering terdedah kepada risiko pembodohan di media sosial yang mengatakan ekonomi negara merudum, tetapi fakta-fakta ini membezakan antara mereka yang menghormati ilmu dan mereka yang memalingkan muka dari ilmu.
Insya Allah ekonomi negara akan terus mengukuh, tetapkan hati kita untuk sama-sama menyumbang membina semula ekonomi negara.
Jangan marah bila data menunjukkan ekonomi semakin mengukuh. Pesan kawan saya dari utara… “panas tak pe jangan koyak”