Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 2 Jun 2025.
KWSP umum dividen 6.3% bagi kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi tahun 2024
Tapi mereka yg menyimpan dalam akaun shariah lebih untung sebab berkat
“Jika seseorang mengulangi dosanya 100 kali, 1,000 kali, atau lebih, lalu bertaubat setiap kali dia melakukan dosa, Allah tetap akan menerima setiap taubatnya dan dosa-dosanya tetap akan diampunkan oleh Allah”
— Imam al-Nawawi
Sentiasa pujuk hati kita ; Allah tidak pernah hadirkan kesedihan kecuali akan menggantikannya kembali dengan kegembiraan. ❤️
Sangka baik dengan Allah. 😊
Yakinlah bahawa Allah akan gantikan something yang Allah tarik dengan sesuatu yang jauh lebih baik. Allah is the best planner.
Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu. Cukup bersujud tanpa perlu mengatakan apa-apa.
Keutamaan Mempelajari Hadis Nabi SAW
Hadis ini mengingatkan kita tentang keutamaan mempelajari, menghayati, dan menyampaikan ilmu daripada Nabi SAW.
Mari kita manfaatkan peluang untuk mendalami hadis dan menyebarkan kebaikan kepada dunia.
WORLD QURAN SYMPOSIUM 2024
Anda dijemput hadir ke Simposium Al-Quran Sedunia 2024 yang bertemakan “Ummatic Transformation Through the Miracles of the Quran” pada 10 Oktober 2024 (Khamis) jam 8.00 pagi.
✅ Sahkan kehadiran anda sekarang melalui kod QR yang tertera.
Sekalung Tahniah
Syabas dan tahniah kepada para pemenang Kategori Hafazan (Hafizah) di Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-64 Tahun 2024.
Sekalung Tahniah
Tahniah diucapkan kepada Encik Muhammad Husaini bin Mahmur dari Malaysia atas kejayaan dinobatkan sebagai Johan Qari di Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-64 Tahun 2024.
Sekalung Tahniah
Tahniah diucapkan kepada Puan Nor Hidayah binti Abdul Rahman dari Malaysia atas kejayaan dinobatkan sebagai Johan Qariah di Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-64 Tahun 2024.
𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 diucapkan kepada YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee di atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkuat kuasa bermula 1 Oktober 2024.
Semoga JAKIM terus cemerlang melaksana agenda Membangun Malaysia Madani.
Ikhlas,
YB Senator Dato Setia Dr Hj Mohd Naim Hj Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
#MenteriAgama #MalaysiaMadani #KalimahTayyibah #KerajaanPerpaduan #AlFalah #PelanAlFalah
Setiap kali berdoa jangan lupa berselawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ.
Dalam sebuah riwayat yang kuat disebutkan bahawa doa seorang hamba itu tidak akan diangkat sehingga dia berselawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ.
Selamat Ulang Tahun ke-57 @SPRMMalaysia
Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha gigih SPRM selama ini. Semoga segala usaha ini terus diperkukuhkan demi masa depan negara yang lebih gemilang dan bebas rasuah.
Hiding pain is not easy. Nak bangun semula lepas dah jatuh. Nak motivate diri balik lepas down, memang susah. But it's okay, slow slow kuatkan diri. Take your time, trust yourself and everything gonna be okay.
Surah Al-Alaq
The first five verses are the first revelation of the Holy Quran.
Allah mentions the importance of knowledge in this surah. The importance of recitation.
#YQGems