Dah tersebar rakaman dashcam detik-detik bas persiaran terbalik di Gerik tu.. Alza kat depan tu tak tahu apa-apa pun terbalik 2kali jugak.. Betul lah saksi cakap bas ni terlalu laju dekat selekoh tu..😔
Tahniah penguatkuasa. So tak ada istilah penguatkuasa berani dengan orang Melayu saja.
Dorang buat je rampasan, cuma kadang-kadang benda tak viral, so orang tak nampak.
Penghantar Makanan Maut Dirempuh BMW Disyaki Mabuk Ketika Bantu Mangsa Nahas
JOHOR BAHRU – Niat murni seorang penghantar makanan membantu mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila dia maut dirempuh kereta BMW dipercayai dipandu lelaki dipercayai mabuk di Jalan Kota Tinggi-Johor Bahru, awal pagi tadi.
Mangsa, Mohd Taufik Ariff Sariff, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas keluar dari keretanya untuk membantu di lokasi kemalangan berhampiran stesen minyak Taman Desa Jaya.
Menurut isterinya, Suhaidah Yusof, 40, mereka dalam perjalanan pulang selepas keluar makan bersama rakan-rakan sebelum melihat serpihan motosikal dan berhenti.
Tidak lama kemudian, Mohd Taufik dilanggar ketika membantu mengawal lalu lintas.
Pemandu BMW berkenaan dikatakan cuba melarikan diri namun berjaya ditahan orang awam kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis.
Suhaidah yang baru tujuh bulan berkahwin dengan arwah berkata, dia masih terkejut dan trauma, apatah lagi insiden berlaku ketika umat Islam masih menyambut Aidilfitri. - MYNEWSHUB
SUASANA di sebuah pusat beli-belah terkenal, Setia Alam City Mall di Setia Alam, Shah Alam, Selangor bertukar kecoh apabila insiden tembakan berlaku di dalam bangunan tersebut sekitar jam 10 malam tadi.
Kejadian yang mencetuskan panik itu menyebabkan para pengunjung dan peniaga bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian tembakan berkenaan kepada pihak media ketika dihubungi. -MYNEWSHUB