kriminologis transliterasi atas puisi
dalam satu paksi tak perlukan desferrioxamine tranfusi .
sebab spekulasi,konspirasi,gerila dan radikal terus menular
kenapa ada campuran kafien?
dalam sebatian kopi secawan,
dan di pertemukan dengan nekotin,
sebatang cigar buatan tempatan.
itu adalah hasil seni sentuhan.
di perlukan untuk menepuh buaian.
Hidup bagaikan garisan geometri.
Merumitkan umpama peta geografi.
😲😲
Dalam satu kejadian pasti mengajar kita banyak perkara dan sebab-muasabab sesuatu kejadian.
Gunakanlah, sebaik-baiknya minda kita untuk berfikir, memilih mana yang baik dan mana yang buruk.
(Filsuf si gangster)
Dalam kehidupan apa yang kita lihat betul tak semestinya benar untuk mereka.
Berhenti menjadi penghukum, kita tak layak menghakimi orang lain hanya kerana kita berbeza pendapat dan juga berbeza warna kulit.
Pelangi di malam hari
Peluklah tubuh jasad sendiri
Mungkin aku di ganggu depresi
Berikan aku ruang untuk medetasi
Apa yang di sampaikan dalam puisi
Cumalah kata-kata yang tak berisi
Selebihnya menangis tak berbunyi
#puisiku#puisisenja#puisikelam#katakataaku
Benar aku punya rindu
Kadang aku keliru
Antara rindu dan sendu
Mungkin perlu bertemu.
Berharap dengan waktu
Takkan dapat membantu
Kau bukan sekadar rindu
Tapi aku ialah si pencandu
Di setiap kata-kataku
Terzahir setiap namamu
#puisiku#puisirindu#puisimalam#puisitepijalan
Wakil di hantar suara rakyat
Dalam hujah bernaung si jebat
Demokrasi yang dulu penyelamat
Berubah menjadi duri bersengat
Musnahnya seribumi melayu
Akibat rakyat yang tak meneraju
Suka menunggu daripada maju
Pasif fasik bicara tak bertuju
#anakmalaysia#puisiku
Tebarlah sayap ke ufuk mentari
Teruskan langkah kaki berlari
Kiri dan kanan mula langkah tari
Di pentas ditaktor autoriti pencuri
Siapa yang lagak menyalak
Dia yang layak menjadi gagak
Siapa yang ligat menangkap lalat
Dia yang liat untuk di peralatkan
Mungkin nanti di suatu hari
Apa yang terjadi bukan berarti,
Aku sudah menjadi pari-pari
Boleh menunaikan tanpa menanti
Memahami,menyelami,menghayati komunikasi komuniti di balik puisi
Bukan seni tapi destinasi,definisi
Mementingkan isi dan makna arti
Katakanlah ku punya dua hati
Mungkin sekarang aku tak berhenti.
Berhenti dari menanti-nanti
Siang hingga kemalam hari
Malangnya kita punya satu hati
Mungkin luka mengalir tak berhenti
Dan kau masih menari-nari
Dari satu sudut hingga kemari
Kata ibarat sekuntum mawar
Kata kausa sejambak mekar
Kata semerbak di akhiri tawar
Kata asbab setangkai bertengkar
Ada yang tafsir mahir sehingga
Rumi di kaji abjad di kali
Tapi pasif fasik dalam merungkai
Jawi dan lupa mengaji
Deruan ombak sebermulanya mencorak sunyi dan suram
Selain waktu bertemanku sebatang joran dan percekikan,disiram
Tak di acuhkan terangan di andaman lautan
Sekadar merasaai ketepuan si peneman lautan
Dia masih tegar melayan kepuasan
Aku masih segar menghirup angin selatan
Tapi yakin ku terbang walau tak di endahkan mata
Tapi di rasa tempiasku buat kau tertawa
Kalau terbuang pun ku takkan punah
Walau dek masa bunyiku masih berdering di telinga
Kalau benar gerangan angin
Tiuplah aku keseluruh dunia
Merempuh lautan dan pecahan benua
Titik ku kini di noktahkan
Memulakan rangkap yang baru
Melukis lukisan kelam tak di endahkan
Menulis prakata di ludah sebelum menyentuh pena
Hari kelima
Mendengar alhamdulilah tak di telan masa
Hari keenam
Mencari yang hilang dan yang lepas
Hari terakhir
Seruan dua kalimah syahadah
Tuntasnya jiwamu punya beribu jawapan
Seminggu mendengar musik
Menjadi pantulan di lantai mosaic
Hari pertama
Laungan pujian memekik di pengkal telinga
Hari kedua
Gurindam mengusik buaian si tua
Hari ketiga
Siulan darah mudah yang berahi
Hari keempat
Kisah si anak rantau di dengar