@localrkyt Sesibuk mana kita mencari rezeki sampai mengabaikan solat, jangan lupa Allah yang Maha pemberi rezeki kepada kita. Takut nanti hidup tak diberkati
Kepada semua yang beragama Islam yang melabur dalam akaun ASB
Anda sekarang dah boleh setting akaun ASB boleh bayarkan Zakat anda terus. Macam Tabung Haji
Pergi dekat Apps ASNB dan tekan Zakat Khuttah. Untuk ubah akaun anda ke akaun automatik bayar Zakat
Senang
Ramai suka berkata, “masa muda patut simpan duit.”
Betul.
Tetapi tidak semua orang melalui kehidupan dengan peluang yang sama.
Ada yang menghabiskan usia bekerja untuk menyara keluarga, menjaga ibu bapa dan membayar cukai, namun simpanannya tetap tidak mencukupi.
Sebab itu, persaraan bukan sekadar ujian kepada simpanan seseorang.
Ia juga ujian kepada keluarga dan negara.
Jabatan agama memudahkan urusan perkahwinan selaras dengan saranan Rasulullah ﷺ, katanya:
خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ
Maksudnya: Sebaik-baik pernikahan adalah yang dipermudahkan maharnya.
Riwayat Ibn Hibban (4072)
Kalau kamu fikir nak duit je, memang akan rasa murah.
Merepek je lah Balaji dengan school network ni. Youre using Forest City as a hub and Malaysia sebab murah. But charge orang ribu US dollar. Speech konon macam your establishment bantu Malaysia, in what way Network School ni benefit the Malaysian people, semua orang luar.
Bagus post ni. Patut kena lebih diviralkan.
Beberapa pihak dah mula bergendang konon Malaysia akan rugi besar kalau Balaji & NS ni blah dari sini.
Tapi kalau kita tengok respons Balaji, itu merupakan satu ugutan kepada negara kita.
Danial ni telah cerakinkan dengan lebih baik.
Kita tidak pernah dijanjikan bahawa hidup ini akan bebas daripada ujian.
Bahkan kita sudah diberitahu bahawa kita akan terus menerus diuji.
Dalam ayat ini, al-Quran jelaskan lima jenis ujian yang kita akan lalui.
Supaya kita bersedia dan letakkan jangkaan yang betul terhadap hidup ini.
Pada permulaan ayat ini, kita lihat al-Quran memberitahu kita satu hakikat iaitu لنبلولنكم (kami pasti akan terus menguji kamu).
Kalimah نبلو pada ayat ini datang dalam bentuk fi’il mudhari’ (present and continouos tens).
Bermaksud bahawa ujian sentiasa akan berterusan dalam hidup ini.
Tidak ada detik yang berlalu tanpa kita diuji.
Tambahan lagi dengan huruf ل dan ن yang berfungsi sebagai taukid (penegasan), ini menunjukkan kepastian ujian akan berlaku.
Bukan mungkin akan berlaku, tapi pasti akan berlaku.
Apabila dengar ayat ini, kita mungkin akan mula rasa takut dan bimbang.
“Habislah aku. Memang aku akan diuji.”
Boleh jadi kita akan melihat ujian ini sebagai hukuman dan balasan daripada Allah SWT.
Tapi pada bahagian seterusnya ayat ini, Allah SWT beritahu kita bahawa ujian yang datang dalam hidup ini datang dalam keadaan بشيء (dengan sedikit).
Benar kita akan diuji.
Tapi kita akan diuji dengan sedikit sahaja ujian.
Cuma persoalannya, kenapa sedikit ujian?
Hikmahnya:
Pertama, segala ujian yang kita lalui dalam hidup ini amatlah sedikit berbanding dengan ganjaran yang Allah SWT sediakan buat kita.
Bahkan ganjaran pahala dan syurga di hari Akhirat yang disediakan buat kita tidaklah ternilai.
Maka ini menjadikan segala ujian di dunia sangatlah sedikit berbanding nikmat yang abadi.
Kedua, ujian yang Allah SWT berikan kepada kita amatlah sedikit dan kecil berbanding potensi besar yang Dia telah kurniakan kepada kita.
Setiap orang yang diuji sebenarnya mampu untuk hadapi ujian itu dengan segala kelebihan yang Allah SWT berikan kepadanya.
Ketiga, apa sahaja ujian yang kita lalui, boleh sahaja berlaku ujian lain yang lebih besar daripada itu.
Kita sendiri sedar tentang hakikat ini.
Namun ujian yang lebih besar daripada itu tidak berlaku.
Prof Dr Quraish Shihab berikan satu analogi yang mudah tentang ujian dalam kehidupan.
Ia seolah-olah seperti peperiksaan yang kita lalui pada zaman sekolah dulu.
Setiap orang akan diuji dengan tahap ilmu dan pendidikan masing-masing.
Semakin tinggi tahap seseorang, semakin mencabar peperiksaannya.
Tapi sesiapa yang memanfaatkan segala potensi yang dia ada, akan dapat melepasi peperiksaan tersebut.
Ujian ini sendiri ialah baik untuk kita.
Kita memerlukan ujian untuk melepasi tahap dan meningkat naik dalam hidup.
Lalu al-Quran beritahu kita, ada lima bentuk ujian yang akan sentiasa berlaku:
Ketakutan, kelaparan, kehilangan harta, nyawa dan hasil tanaman.
Allah SWT memberitahu kita terlebih awal apa yang kita akan lalui.
Ini menjadi rahmat buat kita.
Kita akan dapat bersedia untuk hadapinya apabila ia berlaku.
Sebenarnya ayat ini tidak terpisah daripada ayat-ayat sebelumnya.
Jika kita melihat ayat sebelum ini, kita akan melihat keindahan susun aturnya.
Perhatikan ayat 154 dan sebelumnya ayat 153.
Pada ayat 154, al-Quran menyentuh tentang orang yang syahid akibat peperangan.
Hidup ini memang satu perjuangan dan pergelutan antara kebaikan dan kejahatan.
Hasil daripada pertempuran ini pasti akan ada korban dari sudut harta dan nyawa.
Tapi korban itu pada hakikatnya sedikit.
Bahkan itulah yang akan membantu kita untuk mencapai tujuan dan keredaan Allah SWT.
Pada ayat 153, Allah SWT tunjukkan kepada kita jalan untuk menghadapi pertempuran-pertempuran dan ujian-ujian ini iaitu dengan sabar dan solat.
Dua ibadat ini perlu sentiasa dilakukan untuk mempersiapkan diri.
Apabila kita lihat susunan ayatnya:
Susunannya ialah ayat 153 (persiapan untuk meminta bantuan) -> ayat 154 (perjuangan) -> ayat 155 (hakikat ujian).
Indahnya susunan al-Quran.
Sumber: Tafsir al-Misbah.
Fakhri Fadzli
Kalau beli dan duduk, tak ada sikit pun rasa rugi atau rasa kena scam. Tapi bila beli sebab nak sewakan lepas tu komplen harga bayar rumah lebih mahal daripada harga sewa i have something for you:
Orang beli rumah untuk duduk, bukan disewakan. It’s your choice so suck it up.