Saya follow abang ni sejak anak dia diagnosed dgn leukimia. Hebat ujian dia hilang ibu, ayah & anak dalam tempoh yg dekat. Semoga Allah beri kesabaran dengan ujian & diangkat darjah mereka sekeluarga. Allahuakbar.
sampai sini rasa sedih dia. sebab dari dulu follow cerita adik husna ni. šš adik husna dah tak sakit. dah boleh bermain di taman syurga sayang. Al- Fatihah.
tengok movie alas roban. malam tu mimpi stuck dalam alam sukma. keliling penuh hantu. rasa macam real betul, like laki hang depan hang, dia taknampak hang, tp hang nampak dia. nak panggil tak dengar. dammnn seram betul. nasib mimpi
the good thing is aku takpernah nampak. and dah lali la bunyi bising tu. husband cakap nak pindah, aku pulak malas nak pindah. malas nak berkemas. lepas dah pagar ni harap ok la kot.
hari hari bunyi something dari rumah atas. bunyi almari bunyi kerusi bunyi orang lari. paling latest bunyi guli. everday every night. yang tak make sense agak agakla setiap hari nak ubah perabot? and pukul 1 pagi???
yang boleh tertiba panggil ustaz tu sebab every time kat rumah mesti sakit kepala. macam pelik la sakit setiap hari. kalau keluar taksakit pulak. ustaz tu cakap sebab energy dia. tu yang sakit. wallahualam.
UEC Dah Diiktiraf Masuk IPTA?
Ramai Mengamuk, Tapi Ramai Sebenarnya Belum Faham Apa Kerajaan Umumkan
Pagi tadi ramai terus panas hati bila baca tajuk berita kononnya UEC kini ādiiktirafā masuk IPTA.
Ada yang terus anggap kerajaan sudah buka pintu seluas-luasnya dan sistem pendidikan kebangsaan sedang diketepikan.
Jujurnya, mula-mula aku pun terkejut juga.
Sebab bila dengar perkataan āiktiraf UECā, ramai bayangkan pemegang UEC boleh terus masuk semua kursus IPTA tanpa syarat.
Tapi selepas semak semula keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), rupanya naratif yang tersebar itu tidak menggambarkan keseluruhan cerita.
Apa yang kerajaan buat sebenarnya bukan āpengiktirafan penuhā atau āpintu terbuka bebasā.
Sebaliknya, ia hanyalah satu laluan khas yang sangat terhad dan bersyarat.
Laluan ini hanya melibatkan dua kelompok:
⢠Lepasan tahfiz
⢠Lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang memiliki sijil UEC
Dan syaratnya bukan mudah.
Kalau calon itu ada SPM penuh, tiada isu pun sebenarnya.
Mereka tetap perlu memohon melalui UPU seperti pelajar lain dan bersaing ikut sistem merit biasa.
Maksudnya, tiada layanan istimewa.
Tetapi kalau mereka tiada SPM penuh, di sinilah syarat ketat dikenakan.
Mereka WAJIB ambil dan lulus Bahasa Melayu serta Sejarah yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Maknanya, mereka masih perlu mematuhi syarat asas negara dan tidak boleh lari daripada elemen pendidikan kebangsaan.
Dan paling pentingā¦
Mereka bukan bebas memilih semua kursus sesuka hati.
Lepasan tahfiz hanya dipertimbangkan untuk bidang berkaitan:
⢠Dakwah
⢠Pengajian Islam
⢠Tahfiz
⢠Al-Quran dan Sunnah
Manakala lepasan UEC pula hanya dipertimbangkan untuk beberapa kursus berkaitan:
⢠Bahasa Cina
⢠Linguistik Cina
⢠Pengajian Cina
⢠Pendidikan Bahasa Cina
Itu sahaja.
Bukan terus boleh masuk Perubatan, Farmasi, Kejuruteraan atau bidang profesional lain seperti yang dimainkan sesetengah pihak.
Sebenarnya sebelum dasar ini pun, pelajar UEC memang sudah boleh masuk IPTA.
Cuma laluannya lebih panjang.
Mereka biasanya perlu ambil:
⢠SPM
⢠STPM
⢠Matrikulasi
⢠Asasi
⢠Diploma
sebelum layak sambung ijazah.
Jadi apa yang dibuat sekarang hanyalah āmemendekkan laluanā untuk bidang bahasa ibunda tertentu sahaja.
Bukan menghapuskan sistem pendidikan kebangsaan seperti yang digambarkan.
Kalau kita jujur melihat sejarah politik negara pula, isu UEC ini bukan perkara baru.
Hampir semua blok politik pernah bercakap tentang pengiktirafan UEC dalam manifesto masing-masing.
PH pernah sentuh.
BN pernah sentuh.
Gerakan pernah perjuang.
PN pun ada bercakap mengenainya.
PAS juga bukan asing daripada isu ini.
Sebab itu kalau hari ini ada pihak mahu marah, sekurang-kurangnya marahlah secara konsisten dan berdasarkan fakta.
Malah ada yang mendakwa institusi di bawah kerajaan negeri Kelantan sendiri sebelum ini sudah menerima lepasan UEC untuk program tertentu.
Sebab itu isu ini tidak boleh dibincang dengan emosi semata-mata.
Kita boleh tidak setuju.
Kita boleh kritik kerajaan.
Tetapi biarlah kritik berdasarkan maklumat penuh, bukan sekadar tajuk berita atau potongan ayat yang dimainkan di media sosial.
Kadang-kadang yang buat rakyat paling marah bukan keputusan sebenarā¦
tetapi cara sesuatu isu dipersembahkan sehingga nampak lebih ekstrem daripada realiti sebenar.
Punya la bodo mcmni pun boleh jadi wakil rakyat guna bendera pas. Dah la bodo, confident pulak tu cabar orang lain suruh tunjuk result SPM. Betui2 binawei. Takdak kualiti punya manusia. Tu pun lagi mau sembang pas parti ramai teknokrat. Pas parti budak bodoh. Tu lebih tepat.