Setiap orang ada struggle yang
berbeza. Allah uji sebab kita semua
mampu. Percayalah, serumit apapun
masalah, ia pasti ada jalan keluar.
Jangan lelah, jalani sahaja dengan
tenang. Allah pasti membantu.
Sepotong Ayat Khutbah Terakhir Rasulullah SAW,
"Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain melukaimu. Ingatlah bahawa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan DIA akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya."
Pernah tak? Kau duduk atas katil, fikirkan semua benda, tiba tiba air mata mengalir sebab kau rasa semua benda yang berlaku sekeliling kau, bebanan tu terasa sangat sampai sebak di dada.
Kadang-kadang tertanya-tanya, kenapa Allah beri cabaran yang begitu besar kepada kita.. 😭
Yakinlah dengan tiga perkara :
1 . Tiada yang lebih sayang kepada kita selain Allah.
2 . Tiada yang paling mengetahui kegundahan kita selain Allah.
3 . Tiada yang berupaya menghilangkan kesulitan kita selain Allah.
My favorite doa,
"Ya Allah, ikhlaskanlah hatiku untuk menerima walau apa yang Kau beri untukku, kerana sesungguhnya apa yang Kau beri untukku itu adalah yang terbaik untukku, dan Engkau adalah sebaik-baik Perancang"
& i feel bless ✨
5 malam mustajab doa :
1. Malam Jumaat
2. Malam Raya 'Aidil Fitri
3. Malam Raya 'Aidil Adha
4. Malam Pertama Rejab
5. Malam Nisfu Sya'ban
(Imam Syafie R.A)
Malam ini malam 1 Rejab. Jangan sia-siakan. Doa & mohon keampunan.
Hari ini hari Jumaat, dan malam ni adalah malam 1 Rejab. Malam mustajabnya doa, maka perbanyakkan berdoa, istighfar, mohon perlindungan, ketenangan, kejayaan dan kemudahan dalam urusan hidup dunia akhirat.
Perubahan pada seseorang itu adalah disebabkan orang yang sayang..
Orang yang dia sayang tu laa yang menentukan perubahan pada dirinya samada berubah ke arah positif ataupon negatif...
Ada orang..
Umur 29 masih menganggur.
Umur 24 sudah punya rumah.
Umur 37 belum menikah.
Umur 19 sudah punya anak.
Tidak ada yang terlalu cepat atau terlalu lambat. Setiap orang mempunyai garis masa yang berbeza. Nikmati saja setiap prosesnya. Tidak perlu membandingkan. 😊
Dicintai oleh seseorang yang mencintai kita dengan segala kekurangan kita lebih berharga, daripada dicintai sepuluh orang kerana kehebatan kita.
- Habib Umar bin Hafidz