Kita semua pernah tersilap langkah dan melakukan dosa. Tiada insan yang sempurna di dunia ini. Jangan mudah menghukum kerana kita juga sedang berjuang memperbaiki diri. Semoga setiap taubat diterima dan setiap hati terus dipimpin ke arah kebaikan.
Tiada manusia yang sempurna. Jangan merendahkan rupa paras orang lain kerana setiap insan diciptakan dengan keunikan tersendiri. Hormatilah sesama manusia, kerana nilai seseorang bukan terletak pada wajahnya, tetapi pada akhlak dan hatinya.
Berbakti kepada ibu bapa ialah amalan yang mulia. Semasa mereka hidup, hormati, sayangi dan bantulah mereka dengan ikhlas. Apabila mereka telah tiada, teruskan mendoakan mereka. Doakan agar Allah mengampuni dosa dan melimpahkan rahmat kepada mereka.
Jika nak buat satu kebaikan tu, buat sahaja. Usah kisah apa orang cakap, orang sekeliling pandang. Contoh ingin bersedekah, jalan, berhenti, sedekah. Lama-lama kita rasa ringan & sentiasa ingin membantu. Dari niat kepada gerakkan. MasyaAllah โค๏ธ
Semoga Allah juga mengurniakan kepada kita hati yang tetap ikhlas, tenang, dan tidak pernah dipenuhi dendam. Kerana sebaik-baik pembalasan bukanlah dari manusia, tetapi dari Allah Yang Maha Adil, Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.
Kita tidak pernah rugi kerana memilih untuk mendoakan kebaikan buat mereka yang pernah menyakiti kita. Mungkin mereka menyangka telah menang dengan kejahatan, namun kita memilih jalan yang lebih mulia dengan menyerahkan segala urusan kepada Allah.
Semoga Allah mengampunkan dosa mereka, mengurniakan hidayah, gerak hati taufik, memperbaiki akhlak mereka, dan membalas mereka dengan kebaikan yang membawa mereka kembali kepada-Nya.
Hindarilah jalan maksiat yang menjauhkan hati dari Allah, & laluilah jalan kebaikan yang membawa ketenangan jiwa. Sesungguhnya kebaikan mendekatkan kita kepada reda Allah, serta memberi keberkatan dalam kehidupan. Jadilah insan yang lebih baik di sisi-Nya.
Jika berasa tidak selesa dan sedar bahawa pakaian kita tidak bersih untuk menunaikan solat maka tukar lah pakaian itu terutama selepas membuang air kecil.
Sebenarnya mereka bangga dengan kita cuma mungkin tidak terzahir dengan kata-kata. Jika mereka sudah tiada, jangan lepas untuk terus berdoa pada mereka. Moga Allah bawa kita dan keluarga kita masuk ke SyurgaNya.
Selagi mak ayah kita masih ada, bantu mereka, sayang mereka & berikan hadiah pada mereka. Biarpun kita tidak mampu beri duit, tapi sekecil zarah kebaikan yang kita lakukan pun sudah memadai.
Dalam rezeki yang Allah titipkan kepada kita, ada bahagian untuk orang lain. Jangan takut untuk berkongsi kerana rezeki tidak akan berkurang, malah keberkatan akan bertambah. Semoga setiap pemberian menjadi asbab dipermudahkan segala urusan dan diluaskan pintu rezeki. ๐ค
Sukan apa pun sebenarnya bole saja kita menjaga aurat, cuma mahu & tidak mahu saja. Jika keadaan itu sudah membuatkan kita terlalu jauh dari Allah, maka tinggalkanlah. Ada perkara kita perlu korbankan walau kita terlalu minat dengan aktiviti itu.
Jika kita sentiasa ingat appointment doktor, date, ulang tahun, temuduga, maka usah terlupa temujanji kita bersama Allah SWT. Tunaikan solat, tidak lama pun hanya 5-10minit saja. Sesudah itu kembali kepada kerja dunia semula.
Pernah tak ada rakan serumah atau keluarga kita kejut bangun solat, terutama solat subuh. Mungkin pada mulanya kita sukar untuk bangun & degil, tapi lama-kelamaan kita sudah terbiasa & akhirnya kita pula yang bangun awal untuk solat. Subhanallah. Itu satu rezeki Allah.
Jika ada berlaku satu musibah atau ujian pada seseorang itu, ambil iktibar dari kisah dia, tidak perlu pertikai, kecam, perli, menyalahkan dia. Mungkin ada perkara berlaku itu dari salah dia atau bukan.
Jika kita ada buat salah pada orang maka minta maaf. Jika orang buat salah pada kita maka kita maafkan. Mulakan & terima dengan hati terbuka & ikhlaskan. Mungkin pada mulanya perit tapi dari keikhlasan kita menjadi asbab kehidupan kita lebih tenang & dimurahkan rezeki.