Dalam hidup sentiasa ada harapan. Berusaha, Allah sentiasa ada untuk kita. Dan yang paling penting, sentiasa bersangka baik dengan Allah. DIA tidak bagi pada waktu yang kita nak, tapi dia akan bagi pada waktu yang tepat. ❤️
Ketahuilah wahai lelaki saat kamu menerima perempuan yang kamu nikahi itu sebagai amanah dari Allah yang dahulunya dalam jagaan walinya.
Maka saat itu segalanya kini terletak pada bahu kamu.
Kahwinilah lelaki yang takut pada Allah kerana jika dia takut pada Allah nescaya dia akan takut untuk mematahkan hati wanita, menganiayanya atau mengambil kesempatan daripadanya.
Jika tak berniat untuk menghalalkan seseorang perempuan, jangan buat si dia jatuh cinta terlalu dalam.
Mungkin dia kuat dalam penantian, tapi hatinya tak pernah sedia dijadikan mainan.
Make your girl happy. When she's happy, she talks a lot. She smiles a lot. No make up can compare to her genuine smile. When she's happy, she looks a hundred times better. How you treat her is a reflection of you. Treat her like how you want a man treat your future daughter.
"Jika saat ini kamu menjaga hati, yakinlah bahawa jodohmu adalah yang terjaga. Jika kamu sedang memperbaiki diri, yakinlah bahawa jodohmu juga adalah orang yang baik."
Kadang² Allah datangkan seseorang dalam hidup kita bukan dengan tujuan untuk bersama kita sampai ke akhirnya.
Tapi untuk kita lebih pandai menjaga hati serta tidak terleka dengan dunia.
Bila diri sentiasa sangka baik dengan aturan Allah, pasti akhirnya akan terima kebahagiaan. Tak semua manusia boleh terima ujian, memikirkan ujian ini adalah satu musibah baginya.
Bersihkan hati, sangka baik pada-Nya nescaya hati akan sentiasa tenang. 😊👌