Saya banyak terbaca di media sosial kebelakangan ini, ramai yang bertanya sama ada perlawanan Piala Dunia 2026 akan disiarkan secara LIVE atau tidak.
Alhamdulillah, seperti yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, RTM dan Unifi TV telah dilantik sebagai penyiar rasmi FIFA World Cup 2026 di Malaysia.
Jadi, dah confirm rakyat Malaysia boleh saksikan Piala Dunia secara LIVE nanti.
Sekarang tinggal satu soalan.. nak sokong pasukan mana?
Kredit: BERNAMA
#FIFAWorldCup2026
๐๐ง๐ฃ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ซ๐ฎ ๐๐๐๐: ๐๐๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ง ๐๐๐ค๐ฎ๐๐ญ๐๐ง, ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐
Semasa menyampaikan amanat dalam Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW pagi tadi, saya telah menegaskan bahawa ukuran kejayaan kini tidak lagi boleh dilihat pada jumlah projek atau peruntukan semata-mata.. tetapi pada perubahan yang benar-benar dirasai oleh rakyat.
Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, kita perlu mempertahankan pendapatan rakyat desa dan pada masa yang sama membina ekosistem yang lebih kukuh. Di sinilah pentingnya Ekonomi Desa Nasional sebagai pendekatan baharu untuk mengangkat desa sebagai pusat nilai dan peluang pertumbuhan.
Kita tidak boleh hanya membantu.. kita mesti membina sistem yang memberi peluang, pasaran dan nilai.
Potensi desa sebenarnya besar. Jika disusun dengan baik, insya-Allah desa boleh menjadi enjin pertumbuhan baharu negara.
Datuk Muhd Khair Razman telah meninggalkan legasi besar sepanjang menerajui KKDW. Banyak asas kukuh yang telah dibina dan ia akan terus menjadi asas kekuatan kepada kementerian ini.
Hari ini, saya juga mengalu-alukan kehadiran Datoโ Sri Suriani Ahmad sebagai KSU KKDW yang baharu. Dengan pengalaman dan kewibawaan beliau, saya yakin KKDW akan terus dipacu dengan pendekatan yang lebih dinamik dan berimpak.
Insya-Allah, dengan semangat Amanah, Zahir dan Hasil yang saya gariskan sebentar tadi, KKDW akan terus melangkah ke hadapan dalam mengangkat desa sebagai kekuatan masa depan Malaysia.
#EkonomiDesaNasional
#KKDW #PejuangDESA