Untuk sahabat, kawan & kenalan aku doakan semoga Allah SWT limpahkan kepada kita segala kebaikan, rezeki dan semoga hidup kita sentiasa di dalam rahmat & redha Allah SWT.
Rasanya dah boleh kot kita stop normalised toxic workplace behaviours kat tempat kerja ni.
Cuba create environment yang lagi positif & sihat, sebab kita semua layak untukl dihargai kat tempat kerja 🥰
⚠️ Awas makanan bergoreng!
Makanan bergoreng memang sedap, rangup dan mudah didapati di mana-mana.
Tetapi makanan bergoreng 🍗🍔🍕🍟🌭 mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi dan boleh meningkatkan risiko penyakit jika diambil secara berlebihan.
👍🏻 Pilihlah kaedah masakan yang sihat untuk seluruh keluarga tersayang.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Bila kita cakap kita Redha dengan apa Allah beri. Bukan setakat cakap di mulut, hati pun mesti ikhlas sekali. Ikhlas terima aturan Allah. Tak ada rungutan. Tak ada rasa terbeban. Kita lepaskan kehendak hati, kita serahkan segalanya pada Dia.
Salam Maulidur Rasul 1446H ✨🌙
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. – Surah Al-Ahzab: 56