Saya dapat banyak pertanyaan pasal no keahlian & kad keahlian.
No keahlian:
2 digit pertama: Kod negeri
4 digit seterusnya: Kod parlimen
8 digit seterusnya: Running no keahlian, assigned by system automatically
Ada yang daftar awal tapi mungkin tak verify OTP or no phone bermasalah, bila dah rectify (walaupun register awal), running no mungkin ke belakang.
Ha3 no keahlian saya pun dah 5 digit dah.
10: Selangor:
0100: Pandan
0001 0198: Running no keahlian
Blank card akan sampai awal minggu depan Insya-Allah, lepas tu kami print no keahlian dan mula pos minggu depan kepada anggota.
Berasap lah 3-4 card printer yang ada tu ha3.
Bila dah post kad, system akan generate satu lagi email to notify kad keahlian dan pos.
Yang masih belum daftar, daftar di https://t.co/6vXmDO7QDX
Dengan penuh rasa sukacita saya isytiharkan bahawa #TSR akan mengiringi @partibersamamy sebagai salah satu jentera tidak rasmi dalam misi PRU16
Outline hitam sebelum ini, kini ditukar kepada warna biru Pantone 286 C, selaras dengan pengistiharan ini
Sekian
Tegas, Savage, Rebel
𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗣𝗞𝗥, 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚-𝗠𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚
Saya telah menghantar borang keluar parti melalui aplikasi ADIL yang menguruskan keahlian PKR.
Permohonan keluar parti ini saya hantar selepas dapat pengesahan bahawa surat perletakan jawatan saya sebagai ahli parlimen telah diterima oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Segala bukti penghantaran boleh dirujuk di video.
Semuanya dibuat teratur mengambil kira prinsip demokrasi dan keperluan undang-undang.
Saya kosongkan kerusi untuk memulangkan semula mandat kepada rakyat.
Ada yang tanya beberapa soalan: adakah saya boleh bertanding balik lepas ini?
Jawapan: Ya, sebab peruntukan ahli parlimen yang mengosongkan kerusi tidak boleh bertanding 5 tahun itu telah dipinda semasa pindaan Perlembagaan tahun 2022 untuk memperkenalkan Akta Lompat Parti.
Ada juga yang bertanya adakah lepas ini akan ada pilihan raya kecil Pandan dan Setiawangsa?
Jawapan: Mengikut Perlembagaan, PRK tidak perlu diadakan sekiranya kekosongan berlaku selepas 3 tahun. Ia hanya dipanggil sekiranya kekosongan itu menjejaskan majoriti kerajaan hingga boleh menumbangkan kerajaan, mengikut tafsiran Speaker Dewan Rakyat.
Jadi sepatutnya tidak ada PRK, tetapi kita tunggu keputusan rasmi dari Speaker.
Saya keluar dari PKR setelah saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen, jadi isu lompat parti tidak berbangkit.
Ia juga tidak tertakluk kepada bon RM10 juta yang dikenakan oleh PKR kepada Ahli Parlimennya, kerana perjanjian itu secara jelas mengatakan bon tidak terpakai sekiranya ahli parlimen itu mengosongkan kerusi parlimen sebelum keluar parti.
Saya tahu Setiausaha Agung PKR sibuk gebang dia ada bukti screen shot kononnya saya masuk BERSAMA lebih awal, cuba lah dia bawak bukti screen shot dia ke mahkamah. Mesti kena gelak dengan satu Malaysia.
Pembuktian keahlian sesuatu parti di mahkamah ialah rekod dari parti yang disertai. Rekod BERSAMA boleh tunjukkan secara jelas yang saya tidak menyertai BERSAMA sehinggalah saya telah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen dan sebagai anggota PKR.
Saya kini kembali seperti rakyat Malaysia yang lain - tiada pangkat, tiada jawatan dan bermula dari bawah semula. Malah saya kini menjadi penganggur sekali lagi.
Tapi saya tenang dan gembira.
Dalam politik, kita mesti yakin bahawa perjuangan kita itu akan membawa kebaikan kepada rakyat. Bukan sahaja membawa kebaikan tetapi mengurangkan kerosakan kepada masyarakat.
Kita diajar bahawa hidup ini mestilah amar maaruf nahi mungkar. Kalau tidak dapat melawan dengan tangan, bersuaralah. Paling lemah, tidak bersetuju dalam hati.
Saya telah mengabdikan hampir keseluruhan hidup dewasa saya untuk membina PKR. 28 tahun adalah masa yang lama, saya kini berumur 49 tahun.
Saya telah melalui proses yang ada ketikanya saya tidak bersetuju dalam hati, kerana pada ketika itu saya hanyalah seorang pimpinan junior. Keputusan akhir itu bukan terhenti di peringkat saya, amanah itu dipegang pimpinan terkanan.
Bila saya menjadi orang nombor dua, saya adalah salah seorang pimpinan terkanan. Saya telah bersuara kerana the buck stops at me.
Kini sampai ke peringkat saya perlu melawan dengan hati, suara dan tangan - sebab itu berhijrah ke parti baru menjadi satu keperluan.
BERSAMA masih kecil, masih kain putih dan boleh dibentuk.
Saya tidak menyesal atau kecil hati menghabiskan masa 28 tahun membina PKR sehingga PKR jadi kerajaan persekutuan. Saya tidak pernah buat semua itu untuk mendapat pujian, balasan atau pangkat.
Saya tahu saya bukan seorang yang wara’ dan perlu cari pahala sebanyak yang mungkin. Saya kira itu tanggungjawab fardhu kifayah dan Insya Allah, ada lah pahala dan bahagian saya.
Kepada yang mengikuti saya, kalau kena dengan jiwa, sertailah BERSAMA. Lawati https://t.co/4xO9KSOGcw dan daftar jadi ahli.
Jangan lagi gundah gulana pasal PKR, berhijrahlah dengan hati yang terbuka dan tenang. Tinggalkan apa-apa yang toksik itu dalam PKR, kita tumpu untuk membesarkan Kancil supaya ia boleh bawa kebaikan kepada masyarakat.
Tumpu kepada 12 Agenda Kancil, bahaskan, bedah siasat dan sampaikan setiap dari 12 agenda ini kepada masyarakat.
Kepada kawan-kawan yang kekal di dalam PKR dan PH, saya doakan yang baik-baik sahaja. Pesan saya hanya satu; berkata benarlah kepada pimpinan walaupun itu perkara yang paling susah kita nak buat.
Kepada rakyat Malaysia, saya doakan kita diberi kelapangan untuk menumpukan kepada masa depan. Yang muda-muda ini akan bergantung kepada kematangan dan kewarasan kita, that’s the least we owe them.
Terima kasih, jangan lupa daftar menjadi ahli BERSAMA di https://t.co/4xO9KSOGcw
Sebentar tadi, kami telah menghantar surat kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk memaklumkan peletakan jawatan kami sebagai Ahli Parlimen.
Dengan ini, kami mengosongkan kerusi parlimen Pandan dan Setiawangsa berikutan hasrat kami untuk meneroka agenda politik yang baru.
Langkah yang tepat dan terhormat adalah memulangkan kembali mandat itu kepada pengundi-pengundi di parlimen Pandan dan Setiawangsa, memandangkan kami dipilih di atas tiket Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum yang lepas.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi Pandan dan Setiawangsa yang telah memilih kami mewakili mereka di Parlimen untuk dua penggal.
Pusat Khidmat kami akan beroperasi seperti biasa untuk terus memberi bantuan dan khidmat kepada pengundi-pengundi.
Kami juga akan kembali bertanding di parlimen Pandan dan Setiawangsa di atas platform BERSAMA dalam pilihanraya yang akan datang.
Rafizi bin Ramli
Ahli Parlimen Pandan
Nik Nazmi Nik Ahmad
Ahli Parlimen Setiawangsa
𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗜
Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mengikuti pengumuman hala tuju politik saya dan Sdr. Nik Nazmi hari ini - baik yang hadir ke PJ Pac ataupun yang menonton secara langsung di saluran media sosial.
Bermula dari saat ini, BERSAMA menjemput orang ramai yang hadir, semua yang menonton, dan rakyat Malaysia keseluruhannya untuk mendaftar sebagai ahli BERSAMA.
Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman https://t.co/4xO9KSPe24
Saya juga menjemput orang ramai untuk menyumbang secara crowdfunding kepada BERSAMA, yang boleh dibuat secara online di laman https://t.co/4xO9KSPe24 atau secara manual ke bank akaun BERSAMA.
Maklumat sumbangan online dan maklumat bank boleh diperolehi di laman web yang sama.
Saya juga telah menerima makluman awal berkenaan beberapa isu teknikal yang dihadapi oleh beberapa pengguna semasa pendaftaran ahli. Isu-isu teknikal ini sedang diselesaikan oleh pasukan teknikal. Jikalau anda menghadapi isu-isu teknikal ini, boleh ikuti beberapa langkah:
𝗜𝘀𝘂 𝗚𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗠𝗲𝗹𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗗 𝗧𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗗𝗶𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 (𝘁𝗮𝗸𝗲𝗻)
Pengguna yang mengalami isu ini akan menerima satu emel khas daripada BERSAMA mengandungi satu pautan untuk menyambung dan melengkapkan pendaftaran.
𝗜𝘀𝘂 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗠𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻
Isu ini terjadi kepada pelayar Safari di iOS dan isu ini telah diselesaikan. Sekiranya masalah yang sama masih berulang, pohon menggunakan pelayar lain seperti Google Chrome untuk mendaftar.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir hari ini. Makluman terbaru akan dikemaskini dari masa ke masa selepas ini.
18 𝘔𝘦𝘪 2026
𝗣𝗘𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡
Sebentar tadi, kami telah menghantar surat kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk memaklumkan peletakan jawatan kami sebagai Ahli Parlimen.
Dengan ini, kami mengosongkan kerusi parlimen Pandan dan Setiawangsa berikutan hasrat kami untuk meneroka agenda politik yang baru.
Langkah yang tepat dan terhormat adalah memulangkan kembali mandat itu kepada pengundi-pengundi di parlimen Pandan dan Setiawangsa, memandangkan kami dipilih di atas tiket Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum yang lepas.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi Pandan dan Setiawangsa yang telah memilih kami mewakili mereka di Parlimen untuk dua penggal.
Pusat Khidmat kami akan beroperasi seperti biasa untuk terus memberi bantuan dan khidmat kepada pengundi-pengundi.
Kami juga akan kembali bertanding di parlimen Pandan dan Setiawangsa di atas platform BERSAMA dalam pilihanraya yang akan datang.
𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶
𝘈𝘩𝘭𝘪 𝘗𝘢𝘳𝘭𝘪𝘮𝘦𝘯 𝘗𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯
𝗡𝗶𝗸 𝗡𝗮𝘇𝗺𝗶 𝗡𝗶𝗸 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱
𝘈𝘩𝘭𝘪 𝘗𝘢𝘳𝘭𝘪𝘮𝘦𝘯 𝘚𝘦𝘵𝘪𝘢𝘸𝘢𝘯𝘨𝘴𝘢
@tokcin70 Apek mana plak ni tiber buat ulasan terus claim pengasas pkr..tak penah aku dgr pon nama ni…cip @rafiziramli sepatah dua kata..ke aku yg GAGAL kenal apek ni?