Jangan ingat hanya Rohingya saja kutip derma dijalan raya, AMAL PAS siap buat roadblock ditengah jalan raya kutip derma..
Kejadian di Pasir Mas.. Kita tunggu kenyataan MP 'Antarabangsa' mewakili PAS untuk membuat ulasan..
Pada pengundi di Johor.. jangan dibudaya ini merebak di Johor, cukuplah di Kelantan saja..
Mereka terus datang dan datang dan datang tanpa henti..
Bukan lari dari medan perang pun tapi dtg dari kem yg dah disediakan di Bangladesh.
Masa otw kapal elok saja dah dekat dgn perairan mereka akan karamkan kapal sendiri dan ngo akan menjerit kata kejam! Selamat kan mereka!
Hehehehehhe.
Sebagai orang yang kerja dalam bidang psikologi kekeluargaan ni memang merisaukan tau.
I am afraid because I see society starts to look at children like they are a burden. And apa-apa kita buat untuk anak itu kena dapat reward. And suami seolah-olah WAJIB bagi reward walaupun tak mampu. Sedangkan suami jaga kebajikan dia. Atas sebab tak bagi reward, dicanang satu dunia.
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun
Being pregnant, go through delivery process is described as "wahn ala wahn". Allah iktiraf kesusahan itu. And parenting is the hardest job I would say. Do you think any human can repay that? Nope. Only Allah can.
Ihsan suami mestilah penting. Dan menjadi isteri/ibu bersyukur juga PENTING.
Ada cubaan menyeludup placards propaganda dalam demo petang ini.
Konon untuk menunjukkan demo ini untuk tujuan peribadi saya nak jadi PM.
Ha3 kreatif diorg ni. Lain kali cari gambar yang terkini dan lebih kurus.
Petang ini, kalau nampak placard2 propaganda macam ini, tolong nasihat baik2 minta turunkan.
Perhimpunan hari ini tidak ada agenda politik. Bukan untuk sesiapa atau mana-mana parti politik.
Ia hanya luahan segelintir rakyat yang kecil, yang mahu Malaysia lebih baik.
PANDIR
Dua tiga hari ni, sis dok baca hujah seorang EXCO Pertanian. Puncanya, dia nak pertahankan kenyataan Presidennya.
Hujahnya ada 2
1. “Tiada minyak kita lalu Selat Hormuz”
2. “Minyak kita pula dieksport ke Filipina”
Premis hujah dia sangat simplistik.
Semua minyak mentah kita tak patut dijual kepada negara luar. Malaysia juga tak patut proses dan tapis minyak dan eksport ke luar negara.
Kalau dia yang uruskan Petronas/ negara, solusinya: apa sahaja minyak mentah kita, yang kita jumpa kita proses, kita bagi kat orang kita. Nescaya cukup, dan harga takkan mahal.
Dengan kata lain, hentikan eksport minyak mentah kita. Hentikan import minyak dari negara luar. Sure isu minyak kita selesai.
Hujah ni, at the surface nampak macam hebat. Mak aiiii… senang sgt.
Tapi saya seriau menengokkan. Level fahaman EXCO Pertanian ini tentang industri oil and gas negara.
Kalau dia naik jadi Menteri, boleh melingkup Petronas dibuatnya.
****************
Perkara pertama saya nak tanya:
Adakah dia tahu minyak mentah Malaysia ni minyak premium?
Light Sweet Oil Malaysia adalah antara yang paling dikehendaki dalam pasaran. Sebab minyak kita pure dari dasar laut. Senang nak diproses takde banyak sulfur. Harga dia USD4-5 lebih mahal dari Brent Crude.
Minyak kita diproses untuk kegunaan premium seperti minyak jet dan bahan plastik.
Sejak penubuhan Petronas tahun 70-an. Ini lah business model nya. Petronas jual harga tinggi minyak negara, dan import pula minyak negara luar yang lebih murah sesuai diguna untuk kereta. Itu yang datang untungnya.
Untuk rekod, 38% minyak import kita datang dari Selat Hormuz.
Bayangkan kalau Petronas hanya gali dan proses minyak kita.
Bekal minyak yang patutnya untuk jet dan plastik, pi guna untuk kereta 🤦🏻♀️🤦🏻♀️🤦🏻♀️🤦🏻♀️
Adakah itu solusi EXCO tersebut?
Nescaya boleh meranap Petronas dibuatnya.
*****************
Solusi EXCO punya mudah. Semua minyak mentah kita, kita proses dan kita yang guna. Maka selesai cerita.
Tapi apa implikasi solusi ini?
Malaysia tak eksport dan import minyak. Petronas meranap. Negara terkesan.
Solusi yang surface konon nampak bijak.
Tapi hancus, bila micronya dia tak nampak.
***********
Saya tak faham macam mana Pembangkang bangkang isu minyak ni.
Petrol kurang isu setakat ni. Rakyat Malaysia dapat harga RM1.99 seliter, antara yang terendah di dunia. Lagi murah dari Saudi. Nikmat mana yang nak didusta lagi?
Diesel pula ada sektor disubsidi. Ada yang tidak. Rakan2 kita pakai 4x4 dan Hilux banyak sangkut jua. Kereta pun takleh gerak. Diesel mahal punya angkara.
Makanya, ini patutnya bullet yang Pembangkang guna. Desak Kerajaan lindungi mereka. Bagi solusi yang lebih baik. Tunjukkan kalau anda memerintah, kita boleh yakin anda boleh urus negara.
Ini bagi solusi merepek jauh dari realiti.
Bila kita tegur berpusing-pusing.
Masalah besar bila ada EXCO kita fikir urus minyak negara macam masak Maggi.
Jumpa, masak, makan, selesai.
Saya tak pasti ini strategi memandirkan pengundi. Atau dia yang pandir sendiri.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
NB- sis kurang mahir tentang lembu dan padi. Tapi pasal trade minyak ni boleh lah bagi inputs serba sedikit. Pernah jadi Pegawai Khas di MITI ✌🏼
Negara macam UAE yang mandi minyak pun tak mampu kekalkan harga murah tanpa had. Tapi ada mangkok yang fikir Malaysia boleh buat lebih hebat daripada negara Arab.
Untuk rekod, UAE adalah antara 10 pengeluar minyak terbesar dunia. Menghasilkan kira-kira 4.2 juta tong sehari berbanding Malaysia, kira-kira 500,000 tong.
Tapi sejak 2015, UAE telah hapuskan subsidi besar-besaran. Harga minyak disemak setiap bulan ikut pasaran global.
Maksudnya, negara kaya minyak pun ikut harga dunia bukan ikut retorik politik.
Ada faham @abdulhadiawang
Prinsip hidup ni mudah…
Kalau diri sendiri terlibat dalam kes sorok minyak, jangan berborak pasal Diesel..
Kalau jadi menteri terkait dengan isu salah guna kuasa, jangan dok bercakap pasal Azam Balance.
Ini semua Sembang‼️‼️‼️‼️