Dengan 10 malam terakhir Ramadan, mungkin ada banyak insan soleh yang doanya dimakbulkan Allah.
Disamping doa untuk diri, mohon agar tambah doa untuk ummah keseluruhannya. Begitu juga untuk nikmat keamanan, ketenteraman dan kemakmuran negara kita berkekalan.
Kita ni bersyukur sangat Allah lahirkan dalam negara yang aman dan tenteram.
Pagi-pagi cuma risau pasal traffic jammed, sekolah anak, bahas tentang politik/bola/makanan/tarawih 20 rakaat. Isu-isu negara aman.
Di satu sudut lain dunia, ada rakyat dizalimi dan hopeless. Mereka semua tidak memilih untuk lahir di negara yang bergolak, berperang, isu kemiskinan dsb. Ada yang seumur hidup berjuang untuk hidup. Walau bukan pilihan dan salah mereka.
Tapi negara ni tak dapat berdiri dengan sendiri. Perlukan semua rakyat bekerjasama untuk jadikan negara kita selamat, aman dan makmur.
Semua kena usaha kekalkan keamanan ini. Elak timbulkan ketegangan dan konflik secara berlebihan.
Mudah-mudahan nikmat seperti ini berkekalan lama, Ameen!
"The first sip from the glass of natural sciences will make you an atheist, but at the bottom of the glass God is waiting for you."
— Werner Heisenberg, Father of Quantum Physics
Sedutan Forum Perdana Ehwal Islam sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-92 dengan Tajuk: “ Mendaulat Nusa. “
Penganjuran Forum Perdana Ehwal Islam bertemakan “Mendaulat Nusa” merupakan hasil kerjasama ATM, JAKIM dan RTM serta Bank Islam sebagai penaja utama.