Perasan tak, sekarang pukul 6:30 petang pun langit dah mula gelap. Rasa macam tak sempat nak buat apa-apa lepas balik kerja, tahu-tahu dah malam.
Kenapa jadi macam ini?
Jawapannyaa sebab paksi Bumi senget 23.5°
Walaupun negara kita dekat dengan Garisan Khatulistiwa, kita tetap ada perubahan waktu siang dan malam. Bulan November (sehingga awal Disember) adalah waktu di mana matahari terbenam awal dalam setahun bagi Malaysia.
Kalau waktu pertengahan tahun (sekitar Julai) matahari terbenam dekat pukul 7:30 malam, bulan November ini pukul 6:55 petang matahari dah mula terbenam.
Bandingkan:
Masa bulan Julai: Syuruk = 7:09 am, Maghrib = 7:30 pm
Masa bulan November: Syuruk = 6:55, Maghrib = 6:58 pm
Jarak Matahari terbit hingga terbenam:
Julai = 12 jam 21 minit
November = 12 jam 3 minit
Apabila Bumi mengelilingi Matahari, kecondongan Bumi menyebabkan bahagian Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan menerima jumlah cahaya matahari yang berbeza mengikut bulan.
Masa bulan Jun/Julai, Hemisfera Utara condong ke arah Matahari (musim panas di sana). Jadi, kawasan di utara Khatulistiwa (termasuk Malaysia) mendapat waktu siang yang lebih panjang. Sebab itu waktu ini maghrib kita lewat (sekitar 7:25 PM ke atas).
Masa bulan November/Disember, Hemisfera Utara mula condong menjauhi Matahari (musim sejuk di sana). Dia macam dapat teduhan sebab condong.
Disebabkan kedudukan kita di atas garisan Khatulistiwa, Malaysia turut terkena tempias di mana waktu siang kita menjadi sedikit pendek, menyebabkan matahari terbenam paling awal dalam setahun.
Kita punya siang lebih kurang 12 jam 30 minit masa pertengahan tahun. Kalau kita tengok negara-negara 4 musim, waktu siangnya ketika musim panas boleh mencecah 14-15 jam.
Tapi bila dah nak masuk musim sejuk, waktu siang kita pendek lebih kurang 20 minit pendek. Tapi di negara 4 musim, lebih ketara iaitu lebih kurang 9-10 jam. Beza banyak.
Kita beza sikit sebab kedudukan kita menghampiri garisan khatulistiwa.
Di ceramah Trak Kancil Selayang, saya ada sentuh sikit tentang isu ini.
Sebelum ini ada satu video yang viral.
Dua orang pegawai muda Cawangan Khas rakam video ketua agensi sempadan kita secara sembunyi, dan dia marah. Atas sebab itu, dia didakwa di mahkamah.
Ramai tengok ini sebagai cerita kecil. Saya minta orang Selayang balik, tengok keliling taman sendiri. Ada ke orang kita tanam dadah?
Dekat mana di Malaysia ada ladang dadah besar-besaran? Pernah tak kita jumpa kilang dadah sintetik dekat Selayang ni?
Kalau takde ladang dan takde kilang, maknanya dadah ini diimport dari luar negara. Dia bolos di sempadan.
Pendatang asing tanpa izin, sempadan. Dadah, sempadan. Rokok haram RM3 sekotak yang buat negara rugi berbilion setiap tahun, sempadan. Barang subsidi yang diseludup keluar, sempadan.
Setahu saya, kalau penjawat awam dituduh di mahkamah, dia akan digantung. Tak pernah berlaku pegawai tinggi penguatkuasaan didakwa macam ini. Saya tak percaya ini kebetulan.
Ada satu isyarat yang sangat jelas dalam kes ini.
Lima rakyat Malaysia termasuk seorang wanita ditahan di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut.
Kumpulan itu dipercayai membawa dadah berkenaan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).