Mengubati hati yang sakit, sedih dan gelisah.
1) Membaca Al-Quran
2) Rajin mengosongkan perut(berpuasa)
3) Mendirikan solat malam(tahajjud)
4) Merendahkan diri di hadapan Allah(dgn doa dan zikir) di akhir malam
5) Bergaul dgn org² soleh
Al-Imam An-Nawawi Rahimahullahu Taala
Minda Presiden PAS
PERJUANGAN MEMINGGIRKAN ISLAM
Allah berfirman banyak perkara yang benar-benar berlaku terhadap Islam sepanjang zaman, sejak Iblis menentang Allah yang mencipta Adam AS iaitu manusia pertama diperintahkan supaya membawa Islam di alam dunia, beribadat hanya kepada Allah, mentadbir urusan dunia berpandukan agama Allah, dan berlaku adil kepada semua. Seterusnya, Islam diperjuangkan oleh semua anbiya’ dan kumpulan Islam yang bertali arus.
Islam ditentang dan dimusuhi kerana keadilannya, sehingga kedatangannya dianggap sebagai penyelamat, bukan pengganas seperti yang disalah lapor oleh musuhnya yang hasad dengki terhadap Islam.
Penentangan terhadap Islam tidak berprinsipkan kebenaran. Perjuangannya bukan kerana benar, tetapi kerana sikap kufur dan ingkar akan Allah serta hasad dengki terhadap kejayaan Islam.
Terkini, seorang diplomat Arab membuat kenyataan kepada media Barat supaya perubahan yang berlaku di Syria wajib berkonsepkan sekular dan jangan disertai oleh semua kumpulan Islam.
Senjata paling berbisa ialah menyebarkan fahaman sekularisme yang memisahkan urusan kehidupan dunia daripada Islam melalui pentadbiran dan jentera kerajaan, di samping mengawal pengajian Islam melalui sijil kebenaran atau lesen mengajar agama, termasuk mengawal khutbah Jumaat, hari raya, dan lain-lain.
Apabila terpaksa memberikan kemerdekaan kerana penentangan umat Islam terhadap penjajah, tiba-tiba semua langkah tersebut diteruskan melalui kepimpinan negara daripada anak negeri yang bernama dan berwajah Islam yang menjadi syarat penyerahan kepimpinan negara dan pentadbirannya mengikut acuan penjajah. Maka, negara dipimpin oleh kalangan jahil agama yang ditarbiah untuk melaksanakan agenda penjajah. Dibentuk otak pemikiran mereka sehinggalah bahasa dan budaya kehidupan.
Baca selanjutnya:
https://t.co/O79rRLedUE
Minda Presiden PAS
PAS FOR ALL DAN SALING MENGHORMATI
Tercetus persoalan oleh beberapa pihak yang menggunakan akal tanpa panduan yang betul. PAS menjadi sasaran serangan media anti-Islam kerana meletakkan aqidah perjuangannya.
Ramai kalangan yang jahil agama dan buta al-Quran tidak peka bahawa terdapat perbezaan antara fitrah (naluri) tingkah laku semula jadi manusia yang berakal dan beragama dengan binatang dan makhluk lain. Nalurinya berbeza sehingga bernafsu dan tidak berakal.
Aspek agama mewajibkan kepercayaan secara reda dengan ikhlas tanpa paksaan kepada Tuhan dan beribadat kepada-Nya sahaja dengan rela hati tanpa paksaan. Maka, Islam membawa konsep tiada paksaan dalam beragama dan menyerah diri kepada seluruh ajaran Islam, lalu dibenarkan beragama, termasuk agama yang paling salah mengikut prinsip Islam, khususnya beribadat kepada yang lain daripada Allah.
Maka, Islam tidak membolehkan paksaan beragama Islam terhadap penganut agama lain, pada masa yang sama Islam membenarkan melakukan upacara agama masing-masing tanpa gangguan. Namun, Islam mengharamkan penganutnya melakukan upacara agama lain dan penganut agama lain juga wajib menghormati hak penganut Islam.
Dalam perkara yang diharamkan dari segi kemanusiaan seperti membunuh yang tidak bersalah, termasuk membunuh diri sendiri, merompak, menyamun harta, menipu, rasuah, mencuri, dan berlaku zalim terhadap sesiapa sahaja, maka Islam mengharamkan terhadap semua tanpa mengira agama kerana diharamkan oleh semua agama, termasuk undang-undang keselamatan jalan raya yang tidak ada perbezaan bangsa dan agama.
Islam pernah mengharamkan upacara Santi (membakar isteri bersama suami) dalam agama Hindu dan korban ratu di Mesir kerana melanggar sifat kemanusiaan, serta semua perbuatan keji dari segi kemanusiaan dan oleh semua agama.
Maka, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam “PAS For All” sehingga memberikan lesen kebenaran membunuh, zina, rasuah, mencuri, dan sebagainya.
Oleh itu, Islam mengharamkan penganutnya melakukan upacara ibadat agama bukan Islam dan tidak memaksa penganut agama lain melakukan upacara agama bukan Islam kerana konsep tiada paksaan.
Malangnya, ada parti yang bersuara melanggar sempadan konsep ini. Terdapat pula dalam kalangan penganut Islam yang hanyut sesat bersama kerana fahaman sekular yang memisahkan agama daripada urusan kehidupan manusia yang sesat daripada agama para anbiya’.
Baca selanjutnya:
https://t.co/pmTir84BJE
Nak pertahankan pesta liar yang dibuat di KTMB, maka gigihlah diorang korek bahan nak kenakan Pas.
Rupanya event di negeri Lebai tak dapat permit dan kebenaran pun. Terus kene panggil untuk tindakan.
Baru walanon nak hype, dah kena cari isu lain dah.
Marilah kita menyambut hari raya pada tahun ini dengan memperingati peristiwa kemenangan Peperangan Ahzab yang disebutkan bersama takbir, yang berlaku pada bulan Syawwal tahun keempat Hijrah (riwayat al-Bukhari) atau tahun kelima Hijrah (riwayat Ibn Hisyam) pada zaman Rasulullah SAW.
Pada masa yang sama, bagi mengubati luka hati umat Islam pada akhir zaman ini, yang kalah dijajah kerana meninggalkan ajaran Islam.
Akibat pengkhianatan pemimpin-pemimpin yang menyeleweng daripada Islam dengan menubuhkan negara mengikut arahan penjajah (musuh Islam), sehingga umat berpecah belah menjatuhkan kerajaan Islam Uthmaniyyah pada tahun 1924 (kini sudah genap seratus tahun).
Akibatnya, Palestin ditakluk oleh kaum Yahudi yang dimurkai dan dilaknat oleh Allah pada tahun 1948 dan terkini mereka sedang menceroboh Masjid al-Aqsa yang mulia.
Walaupun pada tahun 1948 ketika itu, ada beberapa kumpulan Islam bersama para ulama’ yang berjihad mempertahankannya, tetapi mereka dikhianati oleh negara-negara yang meninggalkan Islam dengan bersekongkol bersama musuh menyebabkan Bait al-Maqdis ditawan pada tahun 1967.
Kini, kumpulan Islam kembali semula bangkit berjihad menentang kaum Yahudi yang dilaknat Allah itu dan berjaya menawan daerah Gaza. Hal ini menyebabkan kaum Yahudi menubuhkan pasukan Ahzab yang baharu bagi menentang kumpulan Islam.
[Khutbah Aidilfitri, 1 Shawwal 1445H]
Pagi ini tersebar berita bahawa berlaku kebakaran rumah Ahli Parlimen Berus, Ngeh Koo Ham yang dikatakan dilakukan oleh seorang individu tidak dikenali sekitar jam 2.50 pagi. Kita rakamkan takziah kepada beliau atas musibah yang dialami.
1/3
TAKZIAH ATAS PEMERGIAN AL-SYAHID WISSAM AL-TAWIL
Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga al-Syahid Wissam al-Tawil, komander kanan Hezbollah yang terbunuh dalam serangan dron Israel di Selatan Lubnan.
Almarhum merupakan Timbalan Ketua Pasukan Elit Radwan
Semoga Almarhum ditempatkan dalam kalangan para solihin dan dilimpahkan dengan rahmat Allah SWT serta kurnia daripada-Nya.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 28 Jumada al-Akhirah 1445H / 9 Januari 2024
—————————
MESSAGE OF CONDOLENCES ON THE PASSING OF AL-SYAHID WISSAM AL-TAWIL
I express my heartfelt condolences to the family of al-Syahid Wissam al-Tawil, a senior Hezbollah commander who was killed in an Israeli drone attack in South Lebanon.
He was the Deputy Leader of Hezbollah's Elite Radwan forces.
May his soul be placed among the righteous and be blessed with the mercy of Allah SWT.
ABDUL HADI AWANG,
President of PAS
Dated: 28 Jumada al-Akhirah 1445H / 9th January 2024
1. Tuan Guru Presiden PAS nasihatkan YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk jadi diri sendiri. Maka beliau jadi diri sendiri.
2. Menjadi seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, bercakap dalam bahasa rakyat dan bekerja untuk rakyat.
Minda Presiden PAS
GEMPAR LANGKAH DUBAI
Dimulakan jenama langkah untuk mengubah kerajaan oleh kumpulan Langkah Kajang dan juga kumpulan demonstrasi jalanan yang mahu memaksa kerajaan diubah berslogankan ‘Reformasi’. Kemudiannya, mereka meletakkan jenama Langkah Sheraton dan kerajaan tebuk atap kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mendapat Akuan Berkanun (SD) yang mencukupi mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.
Pihak yang mengambil langkah dan berusaha menarik wakil-wakil rakyat, melakukannya dengan janji diberikan jawatan menteri, kedudukan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan lain-lain. Di samping itu, mereka memberi sogokan wang bagi menjatuhkan Kerajaan PN dan Barisan Nasional (BN), sehinggakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) terpaksa diadakan.
Maka, terbentuklah sebuah Kerajaan Perpaduan yang setiap parti komponennya mempunyai masalah dalaman masing-masing, apa lagi kalau mahu membentuk perpaduan dengan komponen lain yang nyata mempunyai ideologi yang berbeza dan saling bercakaran antara satu sama lain dalam kempen pilihan raya yang baru saja berlalu.
Saya sangat bersetuju dengan komen wartawan veteran, Abdul Kadir Jasin berkenaan politik wang dan Langkah Dubai, bahawa ia mestilah datang daripada pihak yang mempunyai wang dan menguasai kalangan yang diharapkan mendapat wang, dikatakan mahu bertindak menjatuhkan kerajaan yang berjenama Madani. Sedangkan, pihak kerajaan sekarang yang menguasai wang dan dapat mempengaruhi mereka yang mencari segala projek yang menghasilkan kewangan dengan cara yang paling mudah.
Adapun pihak pembangkang pula disekat peruntukan yang wajib diberikan, bahkan dibekukan perjalanan kewangannya dan juga disita. Pada masa yang sama, pihak yang menyokong pihak pembangkang pula dilakukan sekatan dan disusahkan kerana dianggap menjadi pencabar paling bahaya terhadap kerajaan.
Kerajaan Madani yang tidak nyata asas tamadunnya telah menubuhkan kerajaan laksana pokok yang reput akarnya, sehingga ditakuti ia akan tumbang disebabkan oleh angin yang bertiup perlahan sahaja, apa lagi kalau berlaku taufan dan tsunami.
Mendengar guruh di langit sahaja sudah disangkakan mesti akan datang angin yang dapat menumbangkan pokoknya yang tidak berakar tunjang kuat. Laksana kata-kata dalam pantun Melayu yang tidak lupa:
Melukut di tepi gantang,
Buka sanggul mencari kutu,
Orang yang takut akalnya hilang,
Jumpa tunggul dikata hantu.
Telah ditubuhkan sebuah kerajaan berjenama perpaduan dan Madani yang kabur makna madani yang diuar-uarkan, sehingga dikatakan penyokong juga ikut membangkang terhadap ucapan-ucapan di Parlimen dan kenyataan media secara terbuka.
Malah, banyak janji yang tidak mampu ditunaikan, cakapnya pula tidak serupa bikin. Banyak kenyataan yang bercanggah, sekali gus menandakan kerapuhannya umpama retak mencari belah.
Baca selanjutnya:
https://t.co/p13CS7T7Vh
Beria buat movie pendatang konon nak sampaikan mesej bagai..
Masalah perpecahan rakyat kat Malaysia ni berpunca dari SJK dan sebab tak nak cakap bahasa kebangsaan. Masing2 keras nak cakap mandarin...
Apalah yang puak2 ni susah nak faham...
Pergi ke konsert, hukumnya haram daripada beberapa sudut:
1) Muzik - ada perbezaan pandangan
2) Lirik yang tak elok, berunsur maksiat
3) Ikhtilat - percampuran lelaki dan perempuan
4) Paling tak dapat elak adalah terbukanya aurat di sana sini.
Firman Allah SWT:
وَأَعِدُّوا۟ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةࣲ
Dan sediakanlah kamu dengan sekadar kemampuan kamu dengan kekuatan. (Surah al-Anfal: 60)
TWITTER SARANG LIBERALISME YANG MEROSAKKAN
Liberalisme ialah pegangan yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Liberalisme adalah idea yang terarah sepenuhnya kepada tingkah laku manusia di dunia ini.