Dia camni tau…
Marriage is the ending of a new beginning.
Rasa takleh ubah diri? Takyah kawin.
Rasa takleh tinggal kawan? Takyah kawin.
Come on, guys. Remember why you marry her. She’s your choice. Not your option.
Isteri sanggup tinggalkan family sebab nak duduk dengan kita.
Please jangan seksa isteri macam ni. Biarlah orang kata kita takut bini ke apa. Isteri ni takde orang lain dah. Dia ada kita je.
Nak dilayan macam raja? Layan la isteri macam permaisuri. Susah ke? Ye, susah. Itulah yang isteri rasa.
Demand nak isteri itu ini, surirumah, layan suami je 24 jam. Tapi kita sendiri susah nak jaga hati isteri.
Jangan cakap “before kawin aku gini, wife pun tahu”. Stop. It’s in the past. You don’t live there anymore. Come on.
Kalau kawan ada waktu susah senang kau, kawin la ngan kawan tu. Settle.
Kawan kau lelaki? Ha takyah pikir kawin lagi. Jangan seksa isteri.
At one point, kita pun bersetuju yang kita tak tahu banyak benda pasal diri kita dan kita pun bersetuju yang kita pun perlukan bantuan orang... https://t.co/QziYEmFT9M
Dulu saya pernah join group ini, “B40 Buat Perangai Apa Hari Ini”, tapi banyak toksik lalu saya keluar.
Tadi terperasan tulisan di group berkenaan, yang sangat bermanfaat ini.
Sangat deeeeeeeeeeeeeeppppp. Berbeza daripada posting biasa yang saling mengutuk B40 dan acah-acah T20.
Ini tulisan penuh:
Assalamualaikum, saya nak kongsi pengalaman sikit.
Saya ni masih belajar. Hobi saya ialah detailing kereta.
Jadi bila cuti sem, saya akan ambil part time detailing kereta.
Kalau ada yang tak tahu detailing tu apa, detailing tu macam polish dan bersih kereta.
Saya selalu detail kereta saya sendiri.
Tak pernah terfikir nak cari side income.
Sebab ia sekadar hobi.
Customer pertama yang saya dapat pun tak pernah minta, jumpa melalui kenalan. Orang kaya.
Tak tahu la T20 ke apa. Dia ada koleksi kereta mewah.
Jadi setiap cuti sem, saya akan ke rumah nya untuk detail kesemua kereta nya.
Dia puas hati dengan hasil kerja saya. Jadi dia recommend pada kawan kawan selevel nya untuk ambil khidmat saya.
Pada mulanya takut, sebab nak detail kereta kereta atas sejuta. Tapi gagahkan diri.
Dapat la pengalaman dan dapat juga merasa naik kereta nya. Saya dah detail bermacam macam kereta.
Customer baik muda dan tua. Apa yang saya dapat dari pengalaman saya ini ialah :
1. Orang yang betul betul kaya, tak pernah minta kurang. Contoh, saya letak harga RM2500 untuk satu kereta. Mereka bayar tiada masalah.
2. Bila dia bayar, dia expect kerja tiptop. Kalau kerja tak tiktop, dia takkan maki atau apa apa, tak marah pun. Cuma itu je la kali terakhir dia ambil servis kita.
3. Orang kaya ni bila dia bayar, dia tahu kerja cantik, perfect dan siap. Jangan hassle dan buat kerja ala kadar.
4. Sangat bagus jika kalian ada customer atau kenalan orang kaya, bagus untuk networking. Saya ada borak borak dengan customer saya, ada yang tawarkan intership di syarikat mereka bila saya habis belajar.
5. Mereka tak kedekut ilmu, saya bebas bertanya bermacam macam soalan dan minta pandangan, mereka rancak bercerita. Macam seolah olah mereka suka. Saya berumur 24. Jadi saya banyak bertanya pada customer, hal ehwal ekonomi, politik, perkahwinan, perbankan dan macam macam lagi. Saya suka bertanya dan belajar. Sebab saya baru setahun jagung, dapat ilmu free.. dari orang hebat. Siapa taknak.
6. Pada mula kenal mereka, saya rasa rendah diri sangat. Yela kita bukan sesiapa, dapat customer yang high level. Tapi mereka layan saya sebaik mungkin. Menghormati saya. Saya sangat menghargai layanan mereka. Patutla makin kaya. Sebab jenis tak riak dan sombong.
7. Boleh dikatakan kesemua customer saya tak pernah ambil gambar dan video kereta post di social media, baik tua atau muda. Saya lihat sendiri. Sebab saya ada add mereka di FB. Mereka mereka ni pakai mclaren, porsche, ferrari, lambo, aston. Kita pakai Honda dah hari hari up story tunjuk stereng. Benda ni buat saya reflex diri saya.
8. Saya pernah bertanya pada mereka ni, kenapa tak post di social media. Untuk kongsi hobi pada orang ramai. Jawapan mereka, mereka malu. Sebab mereka kata, post atau share di social media pakai ferrari, ada lagi orang kaya pakai lebih dari ferrari. Jadi mereka rasa malu nak kongsi.
9. Mentaliti mereka agak lain dari kita. Cara bercakap, pun dah tahu. Mereka lebih banyak dengar dari bercakap.
10. Tak semua orang kaya tu poyo dan berlagak. Ada tu memang ada, tapi orang yang betul betul kaya duit tak habis, jenis tidur pun duit masuk ni lain gayanya. Macam kau tengok apek cina pergi masuk kedai pakai seluar pendek selipar jepun, duit dalam bank juta juta. Ini fakta.
11. Saya juga melihat lifestyle mereka, biasa biasa je. Nak kata over limit, tiada. Macam kita kita juga, tapi tak pernah pulak nampak mereka beli Starbucks atau apa apa. Beli Nescafe 3 in 1 je bancuh sendiri. Benda yang ni saya tahu, kebanyakkan bos bos atau doktor doktor lunch pun bawak bekal, kita yang kerja gaji minimum ni lunch Starbucks. Benda ni juga banyak buat saya reflex diri saya.
12. Saya tengok gaya anak anak mereka ni, tak sombong. Mereka tegur saya dulu, ajak berborak. Sangat ramah. Tengok telefon mereka pun, saya punya telefon lagi mewah dan canggih haha. Ada anak mereka yang masih belajar tu, pun bekerja part time bila cuti sem. Itu bapak kete juta juta macam hotwheels pun ada kena cari
duit sendiri. Ini sangat bagus. Berdikari.
13. Untuk pengetahuan, mereka mereka ni kaya dan beli kereta mewah bukan untuk berlumba tengah highway macam kera dapat bunga. Mereka jenis sewa track sehari buat event diantara mereka sendiri. Nak pecut ke apa semua dalam track. Benda ni boleh tanya pada para pekerja litar, betul atau tidak. Mereka boleh jawab.
14. Isteri orang kaya, saya lihat takda handbag mewah. Ataupun rantai emas di tangan. Yang saya nampak gelang silver dan cincin. Itu sahaja. Tiada pandang saya atas bawah, sangat menghormati saya. Ada jugak dapat customer dari orang konon kayangan, padahal suami bekerja, suami yang kaya. Dia tumpang kaya je. Tapi dia lebih sudu dari kuah. Ada beza mentaliti orang betul betul kaya dan golongan wanita yang bekerjaya. Saya tak kata housewives tak elok, jangan salah faham, tapi berdasarkan pengalaman, housewives yang suami kaya la layan saya teruk. Cerewet dan pandang saya atas bawah, kadang bercakap tak pandang muka saya pun.
Saya banyak belajar dari mengenal golongan kaya, profesional dan high level ni.
Yang buruk tu ada, tapi tolak tepi. Saya ambil yang baik sahaja. Surround yourself with high quality people.
Bila kita lihat kat social media sekarang, dengan jenis tayang kereta, tayang emas, rumah, duit.
Banyak buat saya reflex diri saya. Orang yang mewah pun ala kadar, kau dan aku yang secebis ni acah acah pulak.
Sekarang ni ada kasta b40 la t20 la. Saya tak percaya benda tu.
Bukan duit yang melambangkan kedudukan social kita. Tapi mentaliti.
Bila mentaliti elok, automatik nampak bijak dan berpendidikan waima kau kerja tukang kebun sekalipun.
Mentaliti dan common sense.
Saya akhiri dengan quotes dari one of my customer.
“The idea is to be RICH, not to look RICH”
Jangan lupa follow @afyanIFP utk lagi tip-tip kewangan dari Wakanda.
To really love yourself is not anyone can do. It takes efforts, sacrifices, knowledge, classes, tears, healing, caunselors, and every little... https://t.co/tIRbuXnPSY
@gweenchanna Dia nk kisah pun buat apa he still cheats. She's building herself to leave him. Eh tetiba nak kisah pulak. He should've let her go when he started cheating.. tp tulah. Scandal pun nak bini pun nak
Feelings sedih tu real. Feeling sedih sbb kena tinggal plus kena marah plak. Feeling sedih kena tinggi suara dgn parents tu real. Ntah la. aku dah nangis tgok budak ni. mcm nmpk diri aku time kecik dlu. Trauma kecik yg xnampak.