7. Lelaki itu mendakwa seorang rakan Eddie menikam pahanya manakala Eddie pula menembak ke arah kakinya tetapi tersasar.
Bapa kepada lapan orang anak itu mendakwa dia diserang susulan pertikaian berkaitan isu tanah di Rompin, which is dia terlibat dalam pembinaan jalan di situ.
6. Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, 20 — serta Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39, Mohd Fouzi Md Nur, 44, Mohd Taufik Daud, 32, dan Khairul Azhar Rosli, 38, didakwa secara bersama dengan sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian paha kanan seorang lelaki.
5. Eddie didakwa mencederakan pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan, Alias Awang, 44, dengan menggunakan pisau di kawasan lot tanah bangsal kuda, Jalan Teluk Sisek di Kuantan pada 6 Jun 2024.
4. Selepas sepuluh tahun menikahi Che Puan Muda Julita Aisyah, Tengku Abd Rahman berkenan menyunting Che Puan Nur Bahiyah binti Mohd Akip pada 2012 sebagai suri hatinya yang kedua.
3. Hasil perkongsian hidup Tengku Muda Pahang dan Che Puan Muda Julita Aishah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata yang elok paras rupa serta baik budi bahasa:
-YM Tengku Ameera Asya
-YM Tengku Eddie Akasya
-YM Tengku Ahmad Firhan Shah
-YM Tengku Armaan Alam Shah
2. Eddie merupakan anakanda kepada Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Che Puan Muda Pahang Dato’ Sri Julita Aishah binti Abdul Latif, seorang bekas pramugari Singapore Airlines.