Malaysia menggesa peluasan ketersambungan digital melangkaui kawasan berpenduduk dengan memberi tumpuan kepada lokasi ekonomi utama seperti pelabuhan, rangkaian kereta api dan lebuh raya melalui penerokaan konsep Coverage of Economic Areas (CoEA). ๐๐ถ
Saya baru selesai menyampaikan pendirian Malaysia pada sesi Meja Bulat Peringkat Menteri sempena Persidangan Plenipotensiari Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa 2026 (ITU PP-26) di Doha, Qatar.
Antara perkara yang saya tekankan ialah kepentingan memperkukuh keselamatan siber, perlindungan kanak-kanak dalam talian serta memastikan pembangunan dan penggunaan AI dilaksanakan secara bertanggungjawab.
Malaysia turut menekankan tiga keutamaan agenda digital negara, iaitu ketersambungan bermakna, keterangkuman digital serta persekitaran digital yang selamat dan dipercayai.
Kita mahu pastikan kemajuan teknologi membuka peluang kepada semua, tanpa ada negara atau komuniti yang tercicir, di samping membina masa depan digital yang lebih inklusif dan selamat.
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong menitahkan siasatan RCI Tabung Haji dilaksanakan secara menyeluruh dan tanpa kompromi terhadap pihak yang didapati bersalah. โ๏ธ
Tindakan sewajarnya perlu diambil bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa hadapan. ๐ฒ๐พ
#RancakkanMADANI
๐บ Jangan lupa saksikan Ruang Bicara malam ini bersama Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Encik Erwin Khairul Ahmad yang akan mengupas topik Memperkasa Naratif, Memperteguh Jalinan Dengan Rakyat.
๐ 9.00 malam | BERNAMA TV & Facebook Jabatan Penerangan Malaysia.
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku
Risalah Siri 17/2026 โ Krisis Bekalan Global
Menangani krisis bekalan global, Kerajaan menetapkan 5 keutamaan strategik untuk menstabilkan input kritikal dan mengawal kos sara hidup rakyat.
Operasi membanteras jenayah seksual siber terus diperkasa menerusi kerjasama PDRM, MCMC dan negara serantau bagi melindungi keselamatan digital rakyat. ๐ก๏ธ๐ป
MADANI Bekerja (27 Apr โ 3 Mei 2026)
Fokus keselamatan negara, transformasi digital dan pengurusan ekonomi yang berhemah. ๐ฒ๐พ
Langkah utama termasuk MyDigital ID, eKYC media sosial, PACE RM710 juta serta inisiatif kebajikan pekerja dan wanita. ๐ผ