Stay safe everyone, keep the social distancing and always keep your hygiene ✨
#keepsocialdistancing#PatuhiSOP#Kitajagakita
Sekian, terima kasih.
Majlis Tertinggi dan Exco BASiC
Sesi 2019/2020
Semoga di bulan yang mulia ini kita diberi ganjaran pahala yang berganda dan keampunan dari Allah S.W.T.
Patuhi arahan SOP yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa dan utamakan keselamatan serta kesihatan anda.
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Kita Uitm.
Kami dari pihak Majlis Tertinggi dan Exco BASiC ingin merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi pada 8 Jun 2020.
Pihak fakulti akan sentiasa mencuba membantu anda dalam menempuh sesi pengajian semester kali ini. Jangan patah semangat, teruskan usaha anda dan lakukan yang terbaik. ✨
#StayAtHome#KitaJagaKita
Majlis Tertinggi & Exco BASiC
Sesi 2019/2020
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Kita Uitm✨
Sepanjang sesi Online Distance Learning (ODL) pada semester ini, semua pelajar AM228 digalakkan untuk berhubung dengan Penasihat Akademik masing-masing
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Kita Uitm✨
Kami dari pihak Majlis Tertinggi dan Exco BASiC ingin mengucapkan kepada semua pelajar Salam Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan dan sinar di dalam kehidupan kita ✨
Semoga semua pelajar berada dalam keadaan yang baik, sihat dan sejahtera. Sama sama kita mendoakan agar kita semua diberi perlindungan dan dijauhkan daripada terkena wabak penyakit Covid-19 yang sedang melanda.
Jadi diharapkan kepada semua pihak yang berkemampuan untuk memberikan sedikit sumbangan. Setiap wang ringgit yang disumbangkan dapat meringankan beban para penerima.
Ikhlas dari kami,
Majlis Tertinggi dan Barisan Exco
BASiC 19/20
TABUNG COVID-19 KELAB IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN (BASiC)
Berikutan wabak Covid19 yang sedang melanda, kami telah mewujudkan satu tabung khas bagi mengumpul dana dalam meringankan beban pelajar AM228 yang tidak berkemampuan & tidak dapat pulang ke kampung halaman.
Marilah sama-sama kita bermunajat kepada Allah SWT supaya kita dilindungi drpada penyakit berjangkit Covid-19 serta dijauhkan kita semua dari sebarang malapetaka. Semoga Allah sentiasa kurniakan kita dengan lembayung rahmat-Nya, In sha Allah.
.
#StayAtHome#KitaJagaKita
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Kita UiTM.
Kami dari pihak Majlis Tertinggi dan Exco BASiC ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Israk Mikraj (27 REJAB 1441H) kepada semua pelajar yang beragama Islam ✨
Marilah sama-sama kita menghayati dan menggunakan peluang yang ada di hari yang mulia ini dengan meningkatkan amalan serta ibadah kita kepada Sang Pencipta Allah Azza Wa Jalla.
Semoga semua pelajar berada dalam keadaan yang baik, sihat dan sejahtera. Sama sama kita mendoakan agar kita semua diberi perlindungan dan dijauhkan daripada terkena wabak penyakit ini. Stay safe everyone !
#StayAtHome#KitaJagaKita
Assalamualaikum dan Salam Kita UiTM
Kami dari pihak Majlis Tertinggi dan Exco BASiC ingin mengingatkan kepada semua pelajar agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran bagi mengelakkan terkena wabak penyakit Covid-19.
Syabas & Tahniah kpd semua Mahasiswa UiTM Cawangan Kedah atas kputusan peperiksaan akhir sesi September 2019-Januari 2020 yg lalu!
Majlis Tertinggi & Exco Basic (19/20) mgucapkan selamat kembali ke kampus Uitm Kedah! Semoga semester baharu ini mmbawa lebih peningkatan kpd anda✨
Assalamualaikum. Pihak BASiC ingin melakukan satu kutipan sumbangan untuk membantu kos rawatan bapa pelajar Nur Aqila Bt Zamri (Sem 5, AM288) yang sedang mengalami kanser usus tahap kritikal.
Sumbangan anda amat dihargai 💕