Bahagian Pengurusan Perubahan dan Prestasi,
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat. JKR
Sekretariat KPI PPTPA JKR, Pelan Strategik JKR, Pelan Bisnes, ERM JKR.
Merafak Sembah Menjunjung Kasih Dan Setinggi-Tinggi Tahniah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026
'Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku'
Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua yang meraikannya.
Sambutan Hari Gawai bukan sahaja meraikan musim menuai dan kesyukuran, malah menjadi simbol perpaduan, keharmonian serta kekuatan warisan budaya yang membentuk identiti masyarakat majmuk di Malaysia.
Seiring dengan peranan JKR Malaysia dalam menyediakan infrastruktur yang mampan dan inklusif, semangat kebersamaan yang dizahirkan melalui perayaan ini turut mencerminkan aspirasi kita dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat serta memacu pembangunan negara secara berterusan.
Semoga sambutan ini membawa kemeriahan, kesejahteraan dan perpaduan kepada semua, di samping terus menyemai nilai hormat-menghormati serta keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya Malaysia
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan dan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat Kadazan-Dusun-Murut-Rungus (KDMR) serta seluruh rakyat Malaysia, khususnya di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
JKR Malaysia turut menyambut makna perayaan ini sebagai lambang kebersamaan, saling menghargai dan semangat muafakat yang menjadi asas kepada kesejahteraan negara. Seiring dengan aspirasi organisasi, JKR Malaysia terus komited untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan infrastruktur yang inklusif, lestari dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat, selaras dengan semangat “I am JKR” dalam memacu pembangunan negara.
Semoga nilai-nilai murni yang dibawa melalui sambutan ini terus menjadi pemangkin kepada perpaduan, kesejahteraan serta kemakmuran masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya Malaysia
#IamJKR #KitaJKR #JKRSynergy
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙✨
Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan membawa keberkatan, dipermudahkan segala urusan, dan dikurniakan hati yang penuh keikhlasan.
#SalamAidiladha#RayaHaji#AidiladhaMubarak
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail atas segala jasa, kepimpinan serta pengorbanan sepanjang menabur bakti dalam perkhidmatan awam. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah memainkan peranan penting dalam memperkasa pembangunan infrastruktur negara serta memacu kecemerlangan organisasi menerusi pelbagai inisiatif dan pembaharuan.
Susulan persaraan wajib YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya pada 25 Mei 2026, dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), telah diarahkan menjalankan tugas Ketua Pengarah Kerja Raya di samping melaksanakan tugas hakiki beliau, berkuat kuasa mulai 25 Mei 2026 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki. Selamat Menjalankan Tugas diucapkan buat kepimpinan baharu Jabatan Kerja Raya Malaysia.
#IamJKR #KitaJKR #JKRSynergy
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga kerja.
Semoga segala usaha, dedikasi dan komitmen yang dicurahkan terus dihargai serta menjadi pemangkin kejayaan bersama.
29-30.4.2026I
ICOS 2026 melakar kejayaan hasil komitmen bersepadu semua pihak. BPPP sebagai Jawatankuasa Protokol, bersama sokongan wakil daripada BAI, BPSM dan BS, telah memastikan setiap aspek pengurusan protokol dilaksanakan dengan teratur dan profesional.
KUALA LUMPUR, 29 APRIL 2026 – International Conference on Slope 2026 (ICOS 2026) telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya di Royale Chulan Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya merangkap Presiden Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM), Pengurusan Tertinggi KKR dan JKR Malaysia.
Bertemakan “Resilience, Adaptation and Sustainable Slope”, ICOS 2026 menjadi platform perkongsian ilmu, inovasi dan teknologi terkini melibatkan pakar tempatan dan antarabangsa dari Indonesia, Taiwan, Jepun, Hong Kong dan India. Antara fokus utama termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam menangani risiko tanah runtuh serta memperkukuh amalan pengurusan cerun yang lebih mampan.
JKR Malaysia terus komited memperkasa pembangunan kapasiti dan profesionalisme warga teknikal dalam memastikan keselamatan awam serta kelestarian infrastruktur negara, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak
23.4.2026I
Mesyuarat Pencapaian Pelan Bisnes, KPI & Pelan Pengurusan Risiko Organisasi (ERM) CDPK Bil.2/2026
Bilik Mesyuarat Nilam 1, Aras 1, Menara Kerja Raya
20-24.4.2026I
Audit Pensijilan Semula (Recertification Audit) SPK MS ISO 9001:2015 Di JKR Malaysia Tahun 2026 Oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Menara Kerja Raya
17.4.2026I
Mesyuarat Kerja Bersama Agensi Sumber Berhubung Pembangunan Kamus Bagi Pelaksanaan Penilaian Demerit Performance Evaluation (DEEP) Terhadap Ketua Perkhidmatan Dan Ketua Jabatan (RINTIS) Tahun 2026
Bilik Mesyuarat Orked, Aras 4, Jabatan Perdana Menteri