Tahun 2022 - State Gov sasarkan KB Sentral siap 2025.
Tahun 2023 - Sasaran siap dipinda kpd hujung 2026.
Hari ini bila ditanya oleh ADUN Pembangkang bila tarikh muktamad siap, jawapannya -
Mei 2027 dijangka siap tambun tanah & tiada tarikh khusus KB Sentral siap sepenuhnya.
"Biar lambat asal jadi molek", tambah State Gov lagi.
5 kali Gabenor BNM, TS Zeti utus surat amaran kpd Jamil Khir & Azeez Rahim peringat depa tentang kewangan TH kini dalam masalah bila asetnya lebih rendah dari tanggungan/liabiliti.
TS Zeti sebenarnya tak perlu pun peringat TH, sebab TH bukan bawah kawalan BNM.
Tapi mungkin sayang punya pasai.
5 kali peringat, 5 kali surat masuk bakul sampah.
Akhirnya hujung 2017 - Aset TH ada RM70.3 bilion, manakala liabiliti RM74.4 bilion.
Akta TH kata kalau nak bagi hibah aset kena lagi tinggi dari liabiliti.
Dari sini idea kreatif perakaunan mai!
"Dia dah dapat kerja, aku belum"
"Dia dah naik pangkat, aku belum"
"Dia dah ada kereta, aku ni takde apa"
"Dia dah ada anak, aku masih sendu sepi"
Tak aneh kalau kita pernah rasa begini. Cuma, tahu tak ada ayat yang sangat indah, al-Quran huraikan tentang sifat ini?
Ringkasan Pandangan 4 Mazhab: Adakah Perlu Solat Jumaat Jika Sudah Solat Hari Raya?
1. Hanafi & Maliki: Tetap wajib.
2. Hanbali: Tidak wajib.
3. Syafi'i: Tetap wajib, kecuali bagi penduduk kampung yang jauh dan terpencil.
14 tahun MRM dijalankan tanpa sekatan. DAP jadi menteri wilayah tiba tiba DBKL paksa tutup. Coincidence? Kuil haram bukan main kononnya toleransi dan jaga perpaduan, benda ni yang takde masalah undang undang diberi perhatian oleh dbkl. This is absurd
Jalan terkenal jadi 'Zombieland'
Kensington Avenue, sebuah jalan yang terkenal sebagai pasar dadah terbuka paling besar di Amerika Syarikat (AS) kini menghadapi ancaman baharu yang membimbangkan.
Dadah sintetik medetomidine yang asalnya digunakan sebagai penenang haiwan, yang dicampur bersama fentanyl menjadikan kawasan itu seolah-olah menjadi 'Zombieland' sebenar.
Artikel: https://t.co/V3TS8PEPrr
#SinarHarian #BeritaTerkini #KensingtonAvenue #pasardadah #AmerikaSyarikat
Ramai usahawan masih menggunakan ChatGPT pada tahap permukaan sahaja. Hakikatnya, potensi sebenar AI terletak pada keupayaannya untuk bertindak sebagai pengarah yang menguruskan 92 peratus tugas rutin perniagaan anda.
Menurut Dan Martell, perbezaan antara pengguna biasa dengan usahawan yang berjaya memanfaatkan AI adalah pada pengurusan konteks. Dengan membina Master Prompt yang memahami profil syarikat secara mendalam, AI tidak lagi memberikan jawapan umum, sebaliknya memberikan solusi strategik yang khusus untuk masalah anda.
Strategi ini merangkumi pembinaan System Prompts yang berfungsi sebagai harta intelek syarikat. Setiap jabatan boleh mempunyai bot tersuai (Custom GPTs) yang memastikan kualiti kerja sentiasa konsisten walaupun dikendalikan oleh kakitangan yang berbeza.
Jika anda ingin beralih daripada menjadi pelaksana tugasan kepada seorang pengarah strategi, fahami bagaimana struktur AI ini boleh membantu anda.
Kredit kepada Dan Martell untuk perkongsian yang sangat bernilai ini.
Tonton video penuh beliau di sini: https://t.co/QZYqJ3hGPz
Bila kerja zakat ni kerap dapat jumpa,
Pemuda usia tak sampai 30 tahun, minta kirakan zakat. Gaji dia RM22,000 sebulan.
Beberapa minit kemudian, ada sorang abang 40an datang mohon bantuan zakat. Gajinya RM1,500 dengan isteri tak bekerja dan anak 4 orang.
Dua kehidupan berbeza, tapi menggambarkan hakikat dunia sebenar. Rezeki itu benar-benar ujian serta milik Allah.
Namun indahnya Islam ini, di sebalik perbezaan begini, ada satu sistem yang menyatukan mereka iaitu zakat.
Ia bukan sekadar rukun Islam yang wajib, tapi 'jambatan penghubung' antara si kaya dan si susah. Tanpa mereka saling mengenali. Yang memberi tidak tahu siapa yang menerima, dan yang menerima tidak tahu siapa yang memberi.
Yang kaya disucikan hartanya, yang susah diringankan beban hidupnya.
Terima kasih semua pengeluar zakat. Semoga hidup anda selalu baik-baik, bertambah kaya dan berkat rezekinya, Ameen.