05 Jun 2026 – Majlis Pemakaian Pangkat Laskar Kelas I Depot Bekalan Armada Barat (DBAB)
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anggota Depot Bekalan Armada Barat (DBAB) yang telah menerima kenaikan pangkat ke Laskar Kelas I.
#ReadyResourcefulResponsive
23 Apr 26 - Majlis Pemakaian Pangkat Depot Bekalan Armada Barat.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anggota (DBAB) atas kenaikan pangkat yang telah dianugerahkan. Pengiktirafan ini merupakan amanah yang lebih besar dalam meneruskan khidmat.
#ReadyResourcefulResponsive
16 April 26 - Lawatan daripada pihak MAHSA University telah diadakan di Automated Storage and Retrieval System (ASRS), Depot Bekalan Armada Barat (DBAB) dalam rangka Kajian Awal Pemodenan Sistem Berasaskan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
#ReadyResourcefulResponsive
02 April 26 – Lawatan Sesi Libat Urus bersama Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Pertahanan dan BRO, Kementerian Kewangan di Pangkalan Lumut TLDM.
Lawatan ini bertujuan membawa delegasi turun padang bagi meninjau ekosistem sedia ada sokongan logistik dalam TLDM.
13 Mac 26 – Amanat Pegawai Memerintah Depot Bekalan Armada Barat
Pegawai Memerintah menyampaikan amanat kepada warga Depot agar mengutamakan keselamatan sebelum pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri yang akan menjelang tiba.
#ReadyResourcefulResponsive
13 Mac 26 – Majlis Khatam Al-Quran DBAB
Majlis Khatam Al-Quran diadakan sebagai tanda kesyukuran bagi meraikan warga depot yang telah berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran, sepanjang bulan Ramadan di kalangan warga Depot Bekalan Armada Barat
#ReadyResourcefulResponsive
12 Mac 26 – Majlis Berbuka Puasa Depot Bekalan Armada Barat 2026
Majlis Berbuka Puasa Depot Bekalan Armada Barat 2026 telah berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan kebersamaan.
#ReadyResourcefulResponsive
12 Mac 26 - Lawatan Depot Material Utama TUDM ke ASRS DBAB
Lawatan ini turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk melihat dengan lebih dekat kaedah penyimpanan, pengendalian serta pengurusan logistik material yang dilaksanakan di ASRS DBAB.
#ReadyResourcefulResponsive
11 Mac 26 - Program Agihan Bubur Lambuk Ramadan 2026
Program Agihan Bubur Lambuk telah dilaksanakan di Anjung Seri DBAB. Program ini diadakan bagi menyemarakkan semangat Ramadan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga Depot.
#ReadyResourcefulResponsive
13 Feb 26 - Majlis Serah Terima Tugas Pegawal Koordinasi dan Refit
Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Koordinasi Material dan Refit (RCO) telah dilaksanakan dengan jayanya.
#ReadyResourcefulResponsive
12 Feb 2026 – Ceramah Ambang Ramadan DBAB
Program ini memberi ruang kepada seluruh warga DBAB untuk menghayati makna sebenar Ramadan serta memperkukuh keimanan.
#ReadyResourcefulResponsive
11 Feb 26 - Taklimat Keselamatan Piket Bomba dan Latihan Kebakaran.
Taklimat Keselamatan Piket Bomba dan Latihan Kebakaran telah dilaksanakan di Bomba KD Malaya bagi meningkatkan kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi sebarang kecemasan.
#ReadyResourcefulResponsive
3 Feb 26 – Ceramah Integriti Dalam Perolehan oleh SPRM
Ceramah Integriti Dalam Perolehan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan integriti dan pematuhan prosedur dalam urusan perolehan.
#ReadyResourcefulResponsive
30 Jan 26 – Majlis Anugerah Anggota Kreatif dan Kualiti Tahun 2025 serta Majlis Ramah Mesra DBAB.
Majlis telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh harmoni dan semangat kekeluargaan.Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat.
#ReadyResourcefulResponsive
30 Jan 26 – Ikrar Bebas Rasuah Depot Bekalan Aramada Barat.
Warga DBAB telah mengangkat Ikrar Bebas Rasuah sebagai tanda komitmen menegakkan integriti dan amalan kerja beretika.
#ReadyResourcefulResponsive
30 Jan 26 – Perbarisan Pegawai Memerintah DBAB.
Perbarisan Pegawai Memerintah Depot telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh disiplin dan tertib. Perbarisan ini mencerminkan kepimpinan yang berwibawa dan tahap kesiapsiagaan anggota.
#ReadyResourcefulResponsive
22 Jan 2026 - Pertandingan Sukan Badminton Piala Panglima Logistik Barat 2025
Telah berlangsung dengan jayanya Pertandingan Sukan Badminton yang menghimpunkan para peserta dalam suasana penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat.
#ReadyResourcefulResponsive
16 Jan 2026 – Hebahan Penegasan Tanggungjawab Pemerintah dalam Penyampaian Maklumat dan Pemeliharaan Imej Organisasi
Pegawai Memerintah menegaskan komitmen terhadap disiplin dan integriti dalam penyampaian maklumat serta pemeliharaan imej organisasi.
#ReadyResourcefulResponsive
16 Jan 2026 – Majlis Penyerahan Cendera Hati kepada Anggota Bertukar Keluar.
Pegawai Memerintah menyampaikan cendera hati kepada anggota yang akan bertukar keluar dari unit sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka sepanjang perkhidmatan.
#ReadyResourcefulResponsive