KENYATAAN MEDIA
PEMBATALAN LESEN PERNIAGAAN DAN ARAHAN PENGHENTIAN OPERASI NS0 MALAYSIA SDN. BHD. (NETWORK SCHOOL) DI FOREST CITY
1. Kerajaan Negeri Johor mengambil maklum dan menyokong sepenuhnya keputusan Mesyuarat Penuh Khas Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) untuk membatalkan lesen perniagaan serta mengarahkan semua aktiviti NS0 Malaysia Sdn. Bhd. (Network School) di Forest City dihentikan, berkuat kuasa pada 22 Julai 2026.
2. Keputusan tersebut dibuat berdasarkan proses dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, selepas penelitian terhadap laporan pemeriksaan, dapatan penguatkuasaan serta representasi yang dikemukakan oleh pihak syarikat.
3. Untuk makluman, tindakan penguatkuasaan hanya boleh diambil selepas aduan serta maklumat disahkan, pemeriksaan dijalankan, ketidakpatuhan dikenal pasti dan proses undang-undang disempurnakan. Tempoh sesuatu premis beroperasi tidak bermakna semua aktivitinya sentiasa mematuhi syarat lesen. Apabila ketidakpatuhan dikenal pasti, tindakan mesti diambil tanpa kompromi. Kerajaan Negeri akan terus memperketat penyelarasan antara agensi agar sebarang ketidakpatuhan dapat dikesan dan ditangani segera.
4. Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa Johor sentiasa mengalu-alukan pelaburan berkualiti tinggi yang memberi manfaat kepada ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan memacu pembangunan negeri. Namun begitu, tiada mana-mana pelabur, syarikat atau organisasi boleh diletakkan mengatasi kedaulatan undang-undang negara.
5. Dalam ruang lingkup bidang kuasa yang diperuntukkan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang atau perkara yang boleh menjejaskan keselamatan, kedaulatan dan kepentingan negara.
6. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi keselamatan berkaitan meneruskan siasatan dan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat penyalahgunaan pasport kedua, salah nyata identiti, pelanggaran syarat kemasukan atau apa-apa kesalahan di bawah undang-undang Malaysia.
7. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi apabila Johor merupakan pintu masuk strategik negara yang bersempadan dengan Singapura. Sebarang kelemahan atau penyalahgunaan sistem imigresen mesti ditangani segera, tegas dan tanpa kompromi.
8. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri menggesa Kementerian Digital dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) mengambil tindakan sewajarnya terhadap status Malaysia Digital atau sebarang pengiktirafan yang telah diberikan kepada organisasi berkenaan sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap syarat atau prinsip yang ditetapkan.
9. Kerajaan Negeri turut menggesa semua agensi berkaitan memperketat proses “due diligence”, termasuk semakan latar belakang, pemilikan, sumber pembiayaan, bentuk operasi serta naratif yang dibawa oleh mana-mana syarikat atau organisasi.
10. Penyelarasan antara agensi juga perlu diperkukuh agar setiap pelaburan atau inisiatif antarabangsa diteliti secara menyeluruh dari aspek pelesenan, imigresen, keselamatan, penggunaan premis dan pematuhan undang-undang. Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan Johor kekal sebagai destinasi pelaburan yang diyakini, tanpa berkompromi terhadap keselamatan, kedaulatan dan undang-undang negara.
11. Semua perkara diatas telah disembah maklum serta perkenan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Sekian.
ONN HAFIZ GHAZI
Menteri Besar Johor
21 Julai 2026
Doomsday arrives December 18th.
Experience Avengers: Doomsday on bigger, brighter, & more immersive screens. Tickets are now on sale exclusively for Infinity Vision certified theaters: https://t.co/2HHPv9pj8t
Ini sebenarnya memesong fakta.
Tanah di bawah Kerajaan Negeri.
Kebenaran Merancang (KM) untuk guna bangunan di bawah PBT Johor.
Lesen di bawah PBT Johor.
Menteri Besar harus ambil tanggungjawab dan menjawab.
1/x
40% of Forest City is owned
- between the Sultan,
- the state gov, and
- the Sultan's business partner/advisor (Daing A. Malek).
60% of it is owned by China's Country Garden.
I don't envy anyone who has to apply the rule of law to Forest City's activities.
Dalam tempoh tidak sampai setahun, kehidupan normal Muhammad Nurhafiy Mohd Sazali berubah sepenuhnya apabila dia kini bukan sahaja terlantar akibat kedua-dua kaki dipotong, malah turut akan kehilangan kedua-dua tangan akibat barah darah.
https://t.co/15hb7z0Bpw
“Pengundi atas pagar kini sedang mencari alternatif tulen.”
Pemimpin Parti Bersama, Rafizi Ramli menolak tuduhan partinya memecah-belahkan undi, sambil membidas kempen gabungan tradisi (PH, PN, BN) yang didakwa sarat dengan agenda menyerang peribadi dan politik wang.
👥 Senarai calon #PRNJohor ke-16
PRN Johor akan diadakan 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai.
Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari https://t.co/xwTmDssjZn
#BernamaNews#InfografikBernama#CalonPRNJohor16
🎬 The Age of Adaline ❤️⏳
She stayed 29 for decades, but true love made her question everything. A beautiful and emotional romance you'll never forget. 🍿✨
This is the opening ceremony of the 2022 World Cup.
This was the World Cup everyone claimed Qatar couldn't pull off, but they ended up hosting arguably the best, most organised World Cup in recent memory.
The Quran recitation and the calm atmosphere gave it a unique feel never seen before.
Now, we wait to see what the upcoming tournament in North America will bring.
The bar has been set incredibly high, and it is going to take a lot more than the usual American corporate and media hype to match this level of soul and standard.